Aniq Bukhary |
Bismillah alhamdulillah terlebih dahulu saya ucapkan rjutaan terima kasih kepada fans dan silent reader blog Aku pengembara kerana andalah yang menaikkan blog ini sehingga telah mencecah sejuta pengunjung beberapa minggu lepas. Alhamdulillah. Tepukan untuk diri masing-masing.
Terima kasih semua |
Untuk pengetahuan aku merupakan seorang Jurufoto part time, pengusaha t-shirt printing dan seorang blogger yang mungkin siapa pun tidak kenal. Aku suka menulis, aku suka tangkap gambar dan aku mempunyai impian untuk memiliki perniagaan sendiri sejak dulu sehinggalah tertubuhnya kedai print t-shirt Teratak Aniq Bukhary pada hari ini.
Bermula dari zero |
Namun berbekalkan minat serta keazaman tanpa kenal erti putus asa, perjalanan aku teruskan jua walaupun time tu first time aku jejakkan kaki di bumi Wangsa Maju. Dari situ aku sudah nampak gambaran jelas suatu hari nanti aku akan buka satu syarikat printing kepunyaan aku sendiri dan ia terbukti pada hari ini. Alhamdulillah.
Hasil daripada kepayahan itu apabila mendapat tempahan t-shirt beratus helai dengan harga cecah ribuan ringgit aku termenung depan meja printing, "Ya Allah inikah rezki yang engkau berikan buat insan yang bodoh macam aku ni".
Suka duka di bengkel printing |
"Jangan panggil aku bos sebab apabila anda panggil dengan panggilan itu maka anda telah membuatkan aku menahan air mata mengingatkan kepayahan lalu. Kerja sendiri dan bangun sehingga Teratak yang aku bina sampai ke tahap ini".
Terima kasih ayah kerana darah bisnes mengalir kuat dalam diri ini, terima kasih mak kerana mak lah orang pertama yang tahu apabila aku berdepan masalah dan terima kasih semua kerana andalah semangat untuk aku terus berjuang dalam dunia bisnes ini...
Tahniah Aniq. Bukan senang nak senang... Hidup kena tabah. Teruskan menjadi bos yg gigih dan memahami keperluan dan kebajikan pekerjanya ^__^
ReplyDeleteIn shaa Allah kak.. Doakan yang terbaik buat Aniq agar tidak lupa dengan kurniaan sang pemberi rezki...
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah Aniq.. moga teru smaju ya bro.. InsyaAllah kepayahan lalu tu akan menjadikan kita lebih cekal dlm hidup.. kemanisan menanti...amin...:)
ReplyDeletealhamdulillah bagus aniq bagus..ika doakan segala usaha aniq dipermudahkan ya...semoga business terus maju..amiiinnnn :)
ReplyDeletealhamdulillah. kepayahan masa lalu membuatkan kita lebih menghargai nikmat yg dikecapi pada hari ini.
ReplyDeleterasa mcm dah lama sgt tak singgah sini..
Teruskan hidup berbakti untuk agama bangsa dan negara
ReplyDeletebetul tu...dunia perniagaan mmg ada payahnya.janji hati mau kental. go go Aniq :)
ReplyDeleteTahniah....terusakan kecemerlangan..
ReplyDeletebukan sembarangan orang ni..macam pernah terdengar empunya nama blog aku pengembara di radio hotfm..
Tahniah Aniq..semoga di permudahkan segala urusan harian.
ReplyDeletetahniah, Aniq. Semoga terus berjaya dalam perniagaan T-shirt printing.
ReplyDelete