Mesej menyedihkan khabar dari Semporna, Sabah | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Sunday, March 3, 2013

Mesej menyedihkan khabar dari Semporna, Sabah

Semalam riuh di beberapa laman sosial yang mengatakan Semporna telah di serang pemberontak bersenjata. Betulkah? Betul atau tidak, yang pastinya Aku pengembara menerima satu mesej sedih daripada Norhafizah (nephew) yang sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan mengenai perkhabaran di Semporna. Satu mesej yang hantar dan ini jawapan yang Aku pengembara terima.

 
# Mesej sedih daripada Norhafizah

# Sayu di hati baca mesej nie walaupun terdapat smile dihujung ayat ^^... Nek wan (Mak tua) yang dimaksudkan adalah adik kepada mak yang menetap di Semporna, Sabah.

Selepas sahaja mendapat mesej ini, Aku pengembara terus bertanyakan khabar dari semporna menerusi satu panggilan telefon. Ternyata panggilan yang Aku pengembara buat itu menambahkan lagi rasa sedih apabila Mak tua sendiri mengatakan mereka sedang dalam ketakutan yang amat sangat. (mak tua merupakan panggilan mesra adik kepada mak Aku pengembara itu)

Itu boleh tahan kira lagi, yang membuatkan air mata ini hampir-hampir mengalir, Mak tua siap tanya lagi, Aku pengembara sihat ke tak? Ada ke patut.. Dalam keadaan genting di sana pun, masih sempat lagi bertanyakan khabar. Aish, ini yang buat Aku pengembara touching nie.

"Kami di semenanjung nie sihat walafiat.. Jangan risau pasal kami, mak tua yang di situ tu jaga diri.. jangan keluar-keluar rumah". Pesanku kepada Mak tua walaupun hati bergelora menahan air mata.

Ada bunyi tembakkan kedengaran yang khabarnya dari Kampung Simunul (hanya beberapa kilometer daripada rumah) namun belum ada kepastian. Ada khabar angin mengatakan ada seorang telah terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul lapan semalam itu kata Mak tua. Aik, biar betul Mak tua nie ke saja nak bagi suspen..??

Walau apa pun keadaan di sana, Apa yang penting banyakkan berdoa untuk saudara-saudara kita yang berjuang di sana semoga semuanya dalam keadaan selamat. Amin ya rabbal alamin! Belum habis kes Lahad Datu seperti yang Aku pengembara tulis sebelum ini [KLIK SINI], kali ini semporna plak menjadi sasaran. Wallahu Alam..

Di sini diselitkan beberapa pesanan penting yang dipertik daripada beberapa page popular di facebook. Please take note:

- Penceroboh juga ada dalam page kame dan sedang memerhati setiap post dan comment kita..tolong jgn update selagi Pdrm xupdate confirmed..sebab diorg suda cipta post palsu ni untuk menakutkan rakyat dannkita panic...bila kita sebarkan keadaan akan bertukar nampak mcm tentera mereka ramai padahal sikit saja..ini salah satu taktik diorang...tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn update dekat facebook kalau ternampak ATM tgh buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..percuma Penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2 simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!!

- Kepada Fan ISOM keseluruhannya diseru agar tenang dan waspada terutama dalam menerima maklumat pelbagai versi agar tidak terjebak dalam kancah propaganda pihak opurtunis. Pastikan saluran yang berwibawa dan sumber yang jelas untuk mendapatkan maklumat serta jangan terseret dalam membuat telahan sendiri dan akhirnya mengeruhkan keadaan yang akan menimbulkan keadaan panik & huru-hara. Terdapat banyak sangat spekulasi dan kenyataan yang berbeza-beza dari warga laman sosial FB. Ada yang kata dapat sumber dari anggota keselamatan kita yang ada di sanalah, sumber dari keluarga terdekat disanalah dan sebagainya. Diingatkan isu ini bukan untuk dibuat main-main dalam laman FB... Harap maklum!!!

- Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana2 sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Anda hanya akan mengeruhkan lg keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara... Sekarang anda juga memegang amanah negara dgn tidak menyebarkan maklumat... Pegang amanah itu erat2... Lebih baik berdiam diri dan terus berdoa...

#LetsPray4Sabah#


TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

9 comments:

  1. betul...tp keadaan masih terkawal di sini. semoga semua ini cepat berakhir

    ReplyDelete
  2. yaa. semoga cepat berakhir =(

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...perkara di semporna telah berakhir. Tapi sedihnya, angka anggota polis terkorban meningkat menjadi 8 orang. Harap2 semuanya akan berakhir secepat mungkin. Amin.

    ReplyDelete
  4. let's pray for sabah , semoga cepat berakhir ...

    ReplyDelete
  5. harap sangat sangat semua ni akan berakhir dengan cepat dan semoga takde lg sahabat2 kita yang terkorban di sabah.

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya selamat
    sedih tgok ramai polis Malaysia terkorban

    ReplyDelete
  7. Kpd mereka yg ikhlas, sila bersolat hajat malam ini dan doakan keselamatan mereka di Sabah, khususnya anggota keselamatan kita. Jika tak mampu, boleh doakan aje selepas solat Isyak. Moga2 Malaysia kembali aman makmur.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ... Hampir seluruh rakyat malaysia berdoa untuknya ... In shaa Allah ...

    ReplyDelete
  9. moga semuanya selamat :)
    sentiasa berdoa untuk sabah

    ReplyDelete