Aniq Bukhary Channel: Di bawah bayu


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Showing posts with label Di bawah bayu. Show all posts
Showing posts with label Di bawah bayu. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Kod rahsia ini sedikit sebanyak membantu pewira kita di Sabah

Apa cerita di Sabah sekarang nie? Dengar khabarnya dah semakin pulih sejak operasi daulat yang dilancarkan baru-baru nie. Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuklah seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa.

Namun disebalik kejayaan itu harus diingat, pihak musuh sebenarnya tidak pernah berdiam dengan apa yang berlaku. Dengan lebih kurang 50 orang yang telah terkorban dan yang lainnya berjaya ditahan pihak kerajaan Malaysia ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Pastinya mereka akan terus mencari jalan untuk membalas dendam di samping merancang bagaimana Sabah menjadi hak milik mutlak mereka. Semua pihak harus peka mengenai hal ini kerana sesungguhnya musuh tidak pernah tidur lena.

Ok cukup dengan intro. Kita berbalik pada tajuk asal. Apakah sebenarnya kod rahsia yang dimaksudkan yang dapat membantu pewira-perira kita yang berjuang di Sabah? Bagi kita yang tidak dapat membantu di medan pertempuran, dengan mencuba kod ini sedikit sebanyak ia dapat menambahkan lagi kekuatan tentera kita yang sedang berkorban nyawa mempertahankan negara tercinta. Kod rahsia yang hanya menggunakan handphone ini sebenarnya berada dalam handphone anda tetapi mungkin disebabkan jarang menggunakannya menyebabkan kita tidak tahu keunikannya handphone yang kita miliki.

Ok malas nak cakap banyak, jom ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1) Ambil handphone anda

2) pergi ke "write message"

3) tukar 'abc' kpd "abc yg bergaris" atau aktifkan dictionary/kamus english.

4) tutup skrin handphone guna tangan anda.

5) tekan nombor rahsia di bawah ini dengan betul:

538706383707867077294640

6) sekarang buka tangan dan baca..

Dapat jawapan? tahniah diucapkan bagi mereka yang dapat jawapan dengan tepat. Jangan lupa aplikasikan kod yang telah anda perolehi itu dan kongsikan bersama-rakan-rakan. Bagi mereka yang masih belum menemui jawapan, sila cuba sekali lagi dengan teliti dan pastikan nombor yang anda taip adalah betul. SELAMAT MENCUBA! #Pray4Sabah.. Wassalam!

Off topic: Lain-lain kod (kod suami isteri). Just klik link di bawah..
Kod 1
Kod 2

Sunday, March 3, 2013

Mesej menyedihkan khabar dari Semporna, Sabah

Semalam riuh di beberapa laman sosial yang mengatakan Semporna telah di serang pemberontak bersenjata. Betulkah? Betul atau tidak, yang pastinya Aku pengembara menerima satu mesej sedih daripada Norhafizah (nephew) yang sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan mengenai perkhabaran di Semporna. Satu mesej yang hantar dan ini jawapan yang Aku pengembara terima.

 
# Mesej sedih daripada Norhafizah

# Sayu di hati baca mesej nie walaupun terdapat smile dihujung ayat ^^... Nek wan (Mak tua) yang dimaksudkan adalah adik kepada mak yang menetap di Semporna, Sabah.

Selepas sahaja mendapat mesej ini, Aku pengembara terus bertanyakan khabar dari semporna menerusi satu panggilan telefon. Ternyata panggilan yang Aku pengembara buat itu menambahkan lagi rasa sedih apabila Mak tua sendiri mengatakan mereka sedang dalam ketakutan yang amat sangat. (mak tua merupakan panggilan mesra adik kepada mak Aku pengembara itu)

Itu boleh tahan kira lagi, yang membuatkan air mata ini hampir-hampir mengalir, Mak tua siap tanya lagi, Aku pengembara sihat ke tak? Ada ke patut.. Dalam keadaan genting di sana pun, masih sempat lagi bertanyakan khabar. Aish, ini yang buat Aku pengembara touching nie.

"Kami di semenanjung nie sihat walafiat.. Jangan risau pasal kami, mak tua yang di situ tu jaga diri.. jangan keluar-keluar rumah". Pesanku kepada Mak tua walaupun hati bergelora menahan air mata.

Ada bunyi tembakkan kedengaran yang khabarnya dari Kampung Simunul (hanya beberapa kilometer daripada rumah) namun belum ada kepastian. Ada khabar angin mengatakan ada seorang telah terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul lapan semalam itu kata Mak tua. Aik, biar betul Mak tua nie ke saja nak bagi suspen..??

Walau apa pun keadaan di sana, Apa yang penting banyakkan berdoa untuk saudara-saudara kita yang berjuang di sana semoga semuanya dalam keadaan selamat. Amin ya rabbal alamin! Belum habis kes Lahad Datu seperti yang Aku pengembara tulis sebelum ini [KLIK SINI], kali ini semporna plak menjadi sasaran. Wallahu Alam..

Di sini diselitkan beberapa pesanan penting yang dipertik daripada beberapa page popular di facebook. Please take note:

- Penceroboh juga ada dalam page kame dan sedang memerhati setiap post dan comment kita..tolong jgn update selagi Pdrm xupdate confirmed..sebab diorg suda cipta post palsu ni untuk menakutkan rakyat dannkita panic...bila kita sebarkan keadaan akan bertukar nampak mcm tentera mereka ramai padahal sikit saja..ini salah satu taktik diorang...tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn update dekat facebook kalau ternampak ATM tgh buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..percuma Penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2 simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!!

- Kepada Fan ISOM keseluruhannya diseru agar tenang dan waspada terutama dalam menerima maklumat pelbagai versi agar tidak terjebak dalam kancah propaganda pihak opurtunis. Pastikan saluran yang berwibawa dan sumber yang jelas untuk mendapatkan maklumat serta jangan terseret dalam membuat telahan sendiri dan akhirnya mengeruhkan keadaan yang akan menimbulkan keadaan panik & huru-hara. Terdapat banyak sangat spekulasi dan kenyataan yang berbeza-beza dari warga laman sosial FB. Ada yang kata dapat sumber dari anggota keselamatan kita yang ada di sanalah, sumber dari keluarga terdekat disanalah dan sebagainya. Diingatkan isu ini bukan untuk dibuat main-main dalam laman FB... Harap maklum!!!

- Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana2 sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Anda hanya akan mengeruhkan lg keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara... Sekarang anda juga memegang amanah negara dgn tidak menyebarkan maklumat... Pegang amanah itu erat2... Lebih baik berdiam diri dan terus berdoa...

#LetsPray4Sabah#

Saturday, March 2, 2013

Detik-detik cemas pencerobohan Lahad Datu (Diceritakan terus oleh Kak Mariana)



Berita pemergian dua orang petugas UNIT 69 KOMANDO benar-benar menggemparkan seluruh tanah air. Aku pengembara terkejut dengan laporan oleh BERNAMA yang diterbitkan di laman www.malaysiakini.com pada pukul 2.49 pm yang mengatakan ada pertumpahan darah di Lahad Datu.

Untuk mendapatkan kepastian, Aku pengembara tidak menunggu lama dan terus mendapatkan respon daripada member-member yang berada di Lahad Datu. Di bawah merupakan antara respon yang Aku pengembara dapat daripada seorang rakan yang sudi berkongsi detik-detik menakutkan di Lahad Datu.

 
# Pekerja tidak dibenarkan pergi office.

Tidak berpuas hati dengan gambaran itu, Aku pengembara pun mencapai handphone dan membuat satu panggilan terus kepada Kak Mariana (sepupu) yang berada di Lahad Datu. 

Apabila sahaja telefon diangkat, Aku pengembara tersentak mendengar suara kak Mariana yang begitu cemas menjawab panggilan. Aku pengembara turut panik.

Selepas keadaan menjadi tenang, Aku pengembara tidak menunggu lama dan terus bertanyakan kepada mereka apa sebenarnya yang berlaku di sana. Menurut Kak Mariana, keadaan di sana semakin genting. Tidak seseorang pun yang dibenarkan keluar daripada rumah bermula daripada pagi tadi. Keadaan cukup membimbangkan katanya. Aku pengembara hanya mampu terdiam mendengar luahan Kak Mariana yang penuh emosi itu.

Aku pengembara sempat juga bertanyakan mengenai dua orang komando polis yang telah terkorban dalam kejadian petang tadi. Kak Mariana mengatakan petang tadi dia melihat dua buah ambulans diiringi trak polis lalu depan rumah dengan keadaan yang begitu mencemaskan. Dia tidak menolak kemungkinan bahawa itu adalah dua orang anggota polis yang menjadi mangsa serangan mortar seperti yang dikhabarkan.

Kak Mariana meneruskan cerita lagi. Pada ketika ini kehidupan kami tidak ubah seperti di zaman peperangan. Rumah sentiasa bertutup tidak kira siang mahupun malam. Kedai-kedai pun tutup katanya. Ada sahaja bunyi tembakan kedengaran sehinggakan akak dan anak-anak tidak tidur sejak kebelakangan ini. Sebenarnya keadaan ini sudah lama berlaku dan hari ini (semalam) merupakan hari yang paling sedih dan menakutkan katanya. Sekali lagi Aku pengembara kelu mendengar cerita Kak Mariana.

Belum sempat bercerita panjang, kedengaran plak suara tangisan anak kak Mariana.
"Kau cakaplah dulu dengan si Fiza, nangis si Boboy nie. Tiba-tiba kak Mariana berkata.
"Ok". Aku pengembara tiada pilihan lain. Tapi ok juga idea kak Mariana suruh Aku pengembara berbual dengan anak buah yang selalu cari pasal nie ^^..

"Oi Pakcik! kau nie kacau daun la. Aku mesej bah dengan kawan ku sekarang nie". Katanya.
"Mesej la.. siapa larang.." Jawabku.
"Lain kali la kau call".
"Ok". Jawabku sepatah. (Dalam hati, ganas juga anak buah ku nie) ^^..
"Oh ya, jangan lupa doakan sekolah kami nie cepat buka ya.." Sambungnya.
"Buat apa doa supaya sekolah buka. Doa untuk keselamatan anak buah kan lagi ok". Balasku.
"Emmm, minggu depan ada ujian". jawabnya dengan nada yang berjaya menarik simpatiku.

Mendengar jawapan itu, otak ini terfikir sejenak.. Rupa-rupanya keamanan yang dikecapi selama ini merupakan satu nikmat yang tidak ternilai harganya. Sepanjang persekolahan Aku pengembara tidak pernah merasai ketakutan untuk pergi ke sekolah. Aku pengembara dapat bayangkan betapa peritnya mereka mengharungi kehidupan dalam situasi yang menakutkan sebegini.


Wahai Allah! Selamatkanlah saudara-saudara kami disana.
Berilah kemenangan di pihak kami dan lindungilah negara kami yang tercinta ini. Amin!
  
P/s: Artikel ini merupakan maklumat yang diprolehi dari mulut ke mulut dengan individu-individu tertentu yang mengalami sendiri situasi yang berlaku di Lahad Datu. Kesahihan maklumat tidak dapat di pastikan seratus peratus dan anda bolehlah merujuk laman-laman rasmi yang berkaitan untuk mendapatkan kepastian.