Ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Tuesday, May 13, 2014

Ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki

Di bawah ini merupakan sembilan ciri wanita idaman kaum adam menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Wanita-wanita di luar sana bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai panduan untuk menjadi wanita first class seterusnya menjadi idaman setiap lelaki. Ciri-ciri wanita idaman adalah seperti berikut:

Gambar hiasan

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:

- Bersopan satun.
- Sentiasa memaniskan wajah.
- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.
- Menutup aurat.
- Tidak terlalu cemburu.
- Menghormati orang lain.

*****

Wanita-wanita di luar sana take noted.. :D

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

14 comments:

  1. as salam. benar2 berdoa agar ayah kie dpt berjumpa n memiliki seorang wanita yg memiliki ciri2 sedemikian...Amin...

    ReplyDelete
  2. sebelum nak ciri-ciri macam tu. Nak kena ubah diri dulu nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan untuk saya.. Hehe. Nak dapat yang baik, kena baiki diri :)

      Delete
  3. haaa..betul lah tu hehee :)

    ReplyDelete
  4. Yang macam ni, kalau hantaran mahal pun dak perrr...kan??hehe

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah.. moga diketemukan dengan jodoh yg sedemikian ya aniq... amin..:)

    ReplyDelete
  6. Sudah ada tips jangan berlengah lagi untuk mencari jodoh. :-)

    ReplyDelete
  7. Nak dapatkan yang terbaik ni kena banyak bersabar. Kalau nak cepat pun boleh, buat macam cerita P Ramlee, Musang Berjanggut. Teknik membezakan antara betina dan perempuan.

    ReplyDelete
  8. Hihihihi... smua org inginkan yg tbaik..dan kta jga brusha kearahnya.. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  9. Kunci kepada kejayaan menjadi wanita idaman ialah sifat no 8 iaitu memahami lelaki... Kemudian yang selanjutnya adalah atas usaha sendiri untuk wanita itu menjadi wanita idaman di mata pasangannya.. :)

    ReplyDelete
  10. Bagus infonya :)
    Memilih pasangan hidup sangatlah harus selektif, dan jangan salah pilih agar tidak menyesal di kemudian hari.
    Ijin berbagi ini dia Ciri-ciri Wanita Idaman para Pria

    ReplyDelete