Pemain hoki negara Chua Boon Huat dalam kenangan | Aniq Bukhary Channel

Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Thursday, August 1, 2013

Pemain hoki negara Chua Boon Huat dalam kenangan

Artikel oleh Akbar Sahari

Chua Boon Huat terlibat kemalangan maut?? Seakan terhenti seketika
degupan jantung apabila membawa kiriman pesanan ringkas (SMS) seorang
rakan media di telefon bimbit pada pagi Khamis, 1 Ogos 2013.

Lantas saya terus melihat `timeline` di tweeter, dan seperti dijangka
banyak entri terutamanya daripada wartawan-wartawan kanan sukan dan
rakan sekerja mengenai kemalangan maut itu.

Turut menulis di timeline ialah lagenda hoki negara - Minarwan Nawawi
yang kini berada di luar negara bersama skuad hoki remaja.

Benarlah dan sah Chua Boon Huat telah pergi buat selama-lamanya.Dia
terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas kereta yang dipandunya
melanggar sebuah lori di Lebuhraya Damansara-Puchong pada jam 2:25
pagi, 1 Ogos 2013.

Yang paling sedih kejadian ini berlaku beberapa jam selepas seluruh
skuad hoki negara diberikan hadiah/imbuhan duit raya rm7500 seorang.
Malah wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi sempat menemubual beliau dan ia
dimuatkan dalam siaran berita Nadi Arena pada jam 11 malam, 31 Julai.

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga bagaimana pemain berasal dari
Melaka ini mengungkapkan " ...muncul juara piala Asia lebih penting
daripada imbuhan rm7500 ini...".

Chua Boon Huat
Begitulah semangat yang ada pada pemain yang tampil bersama skuad
senior kebangsaan di temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur ini.

Kejadian ini juga berlaku hanya beberapa hari menjelang Kejohanan
Piala Asia di Ipoh, lantas situasi ini menjelmakan 2 keadaan : moral
pemain menurun ataupun Malaysia bangkit untuk muncul juara, sebagai
hadiah buat mendiang.

Secara peribadi saya tidak pernah membuat liputan semasa beliau
beraksi namun saya pernah menemubual beliau dalam rancangan Kafe Sukan
terbitan Astro Arena suatu ketika dahulu.

Dia seorang yang pemalu dan lokek untuk berbicara, mungkin hanya
dengan individu yang tidak begitu dikenali seperti saya. Namun di raut
wajahnya, dia seorang yang penuh karisma.

Apapun yang pergi tetap pergi, tidak kira semuda manapun usia. Yang
tinggal perlu meneruskan perjuangan - dalam konteks ini, skuad hoki
negara perlu menjadikan insiden ini sebagai pencetus semangat untuk
berjuang bermati-matian di Kejohanan Hoki Piala Asia nanti.

Bawa bukan sahaja nama Malaysia di Piala Dunia 2014 di Belanda tetapi
bawa juga nama Chua Boon Huat bersama menakluki dunia.

Chua Boon Huat - lagenda dalam kenangan.

Pautan: Astro Arena Saluran 801

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

10 comments:

  1. takziah kepada keluarga beliau.. hilangnya sebutir permata yang beharga..

    ReplyDelete
  2. tak sangka kan... apapun dah takdir.. salam takziah buat mendiang.

    ReplyDelete
  3. Saya pun terkejut bila baca kat blog siapa tah pagi tadi. Takziah buat keluarga beliau :(

    ReplyDelete
  4. I'm one of his big fan.. hard to believe but have to accept the faith.. jasamu dikenang.. gonna miss u boon huat

    ReplyDelete
  5. yeke ??? ya Allah .. acik memang minat kalau tengok dia main hoki bersemangat betul , takziah :(

    ReplyDelete
  6. takziah..kathy pun terkejut jugak..tragedi betul cara beliau meninggal...cedera parah di tengkuk dan kepala...

    ReplyDelete
  7. takziah.. perginya sebutir permata negara..

    *laju sikit loading blog ni dari dlu.. :)

    ReplyDelete
  8. jasamu tetap dikenang...

    ReplyDelete
  9. smga keluarga beliau tabah :')

    slmt hari raya..blog dah berubah ye.. cntik2.. ehhehexD

    ReplyDelete
  10. actually sedih dgr brite ni tp pe kn daya da ajal dia huhuu..minat sgt ngn chua idaman kot..

    ReplyDelete