AKU PENGEMBARA: 07_14


Wednesday, July 30, 2014

Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.

Bagi yang mempunyai kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR), inilah masa untuk anda bersedia dengan sedikit ilmu asas fotografi mengendalikan gajet canggih ini supaya gambar hari raya anda berkualiti mempunyai nilai tersendiri. Ada beberapa tips sebelum dan semasa hari raya yang mungkin berguna untuk anda.

DSLR Canon EOS550D

Sebelum hari raya.
1. Cas bateri bagi penuh pada malam raya. Kalau habis bateri tengah dok syiok rakam gambar mesti potong mood nak ambil gambar raya.
2. Gunakan memori kad bersaiz besar atau pun spare memori kad lebih bagi mengelakkan memori full ketika sedang tangkap gambar.
3. Bagi yang berkemampuan, gunakan lens 50mm f/1.8 (lens portrait terbaik dan termurah) seperti:

* Canon 50mm f1.8 = RM 325
* Nikon 50mm f/1.8D = RM 399 (kena pakai Nikon D90 dan ke atas).
* Nikon 50mm f/1.8GRM 786 (boleh pakai semua body nikon).

Antara gambar yang pernah saya ambil menggunakan Canon 50mm f1.8

Semasa hari raya.
1. Ambil gambar family seawal mungkin disebabkan waktu dan ketika ini baju masih elok (tiada tompok-tompok air peluh dll).
2. Bagi group photo pastikan kedudukan rapat dan jangan renggang barulah nampak suasana keluarga ceria dan bahagia. Kalau nak renggang-renggang tunggu gaya bebas.
3. Cari tempat yang cerah bila bergambar. Kalau ada flash tambahan manfaatkan sepenuhnya dan pastikan bounce pada tempat yang betul.
4. Jangan lupa rakam gambar anak-anak tengah kira duit raya dan sebagainya. Masa ini kita akan nampak bermacam-macam kerenah yang mencuit hati dan menambahkan lagi nilai gambar yang kita ambil. Tak percaya? Cuba, try, test.
5. Ambil gambar rakan-rakan yang datang berkunjung kerumah. Mana nak tau ada yang mak abah berkenan, boleh buat menantu.
6. Elakkan gambar yang mendatangkan dosa (gambar peluk-peluk dengan pakwe/makwe). Lepas puasa enam nanti hantar rombongan meminang, tahun depan boleh ambil gambar peluk-peluk.
7. Akhir sekali jangan lupa suruh orang lain tolong tangkap gambar kita. Selalunya gambar photographer ni la yang missing.

-SELAMAT MENCUBA-

Pautan

Tuesday, July 29, 2014

Adab meminta maaf yang kita selalu terlepas pandang

Adab-adab meminta maaf yang kita sering terlepas pandang

1. Berjabat tangan.


2. Pandang ke arah mata.

3. Senyum.

4. Selawat ke atas nabi.

5. Sebut apa dosa kita kepadanya.


Perbuatan nampak kecil tetapi meninggalkan kesan yang mendalam kepada pengamalnya. Bersempena dengan syawal yang mulia ini, ayuh kita amalkan beramai-ramai semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang berakhlak mulia dan mempunyai peribadi yang cantik dipandangan manusia lebih-lebih lagi di pandangan Allah swt.

Saturday, July 26, 2014

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014

Berikut adalah Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Yang Terbaik Tahun 2014 untuk dikongsikan bersama. Hantarlah ucapan ini kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda semoga hubungan yang dibina itu berkekalan dan bertambah utuh.


yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN
"Salam aidilfitri maaf zahir dan batin".

This SoUL FeeL so Peace..
before the coming Of HoLy Day..
AfteR sTruggLing In the RamadhAn Month..
Now, I get My Victory..
At tHis TIme I waNna Say..
ForGive My Sin And All Of My Mistakes..
Hopefully in the days of Eid Here
we all are given Forgiveness ..
happY IedUL Fitri..

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut raya,
jika ada kata membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

B4 lebaran tiba,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator buzy,
B4 mesej asyik pending,
B4 kreadit abes,
Nak wish awal,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
MäÅf zäHir & BÄtin..

Jika jiwa sebening air, jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan, jangan mendungkan.
Raihkan kemenangan ini dengan
saling bermaafan sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMe SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYa,
MaAF ZaHiR DaN BaTiN.

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya
TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yang tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
dan macam-macam lagi
yang TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Lapar Puasa Terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye!
Selamat hari raya Aidil Fitri.
Maaf zahir dan batin..

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan ini kaku
MOHON Maaf atas segala silap dan salah
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin..

Kalau dilipek sebosar kuku.
Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi.
Kok hanyut dipinteh.
Kok tonggolam disolam.
Datang biarla nampak muko.
Kok poei biarla nampak belakang.
Jauh diimbau, dokek digamit.
Seuntai salam, sojambak kato.
Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah
ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda
tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SABTU cari AHAD,
Nak tanya nampak tak ISNIN,
Agar ingatkan SELASA, bagitau
RABU, supaya tak lupa
Mesej kat KHAMIS, yang JUMAAT dah raye!!
Selamat Menyambut hari raya aidil fitri
maaf zahir dan batin..

Ada ketikanya..
MATA silap memandang,
TELINGA salah mndengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf mentafsir,
Dan..
HATI tersilap menduga.
Mohon maaf atas segalanya,
Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

When syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih makan,
if silap seloroh,
plez forgivekan,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

*****

Saya Aniq Bukhary a.k.a pemilik blog Aku pengembara turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua saudara mara, sahabat handai, sahabat sekampus, sahabat photographer, sahabat blogger serta semua yang mengenali diri ini. Kosong, kosong, kosong bak kata Najwa Latif. :D

Pautan

Friday, July 25, 2014

Perbezaan cara kita dan mereka sambut raya

Assalamualaikum sahabat tersayang, pak cik, mak cik, adik, kakak serta para pembaca setia blog ini. Beberapa hari lagi ramadhan akan melabuhkan tirainya. Macam mana puasa hingga ke hari ini. Ada perubahan positif? Kalau ada alhamdulillah kerana sesungguhnya beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam.


Tarbiah ramadhan semakin ke penghujung dan raya bakal menjelma tidak lama lagi. Semua bergembira menyambut syawal yang bakal tiba. Anak-anak seronok bermain bunga api, Mak ayah pula sudah sibuk memikirkan persiapan raya dengan pelbagai karenah dan macam-macam lagi cara kita menyambut raya.

Sambutan Raya KITA.
1. Berakhirnya Ramadan di sambut dengan riang ria.
2. Raya lebih bermakna daripada Ramadan.
3. Datangnya Idil Fitri melenyapkan ingatan kepada Ramadan yang lalu.
4. Lalai dengan sambutan raya tanpa usha jadikannya sebagai ibadah.
5. Raya dijadikan medan hiburan dan maksiat.
6. Foundation amalan dalam Ramadan musnah di telan kemeriahan Raya.
7. Tiada azam nak jadi orang baru selepas Ramadan.

Sambutan Raya golongan SALAFUSSOLEH.
1. Pemergian Ramadan di tangisi.
2. Raya tak bermakna jika ibadah Ramadan tak di terima Allah.
3. Hati berharap agar bertemu Ramadan yang akan datang.
4. Hisab diri dengan rasa penuh kehambaan.
5. Kemeriahan Raya tak bercanggah dengan Ramadan yang baru berlalu.
6. Istiqamah dan kekalkan amalan yang di bina sepanjang Ramadan.
7. Azam jadi orang baru yang diredhai Allah.

Selamat tinggal Ya Ramadhan :'(

Nampak tak perbezaan kita dan mereka? Muhasabah diri kita dan semoga kita tergolong dalam golongan yang istiqamah dalam melakukan kebaikan. Di kesempatan ini (sebelum terlupa), saya Aniq Bukhary penulis blog Aku pengembara memohon sejuta kemaafan jika pernah terkasar bahasa, tertulis yang bukan-bukan, terkomen menyakitkan hati dan apa-apa yang pernah saya buat yang mengguris hati anda. Maaf. Semoga Aidil fitri yang bakal tiba ini kita raikan dengan penuh keinsafan seperti mana golongan salafussoleh yang begitu dekat dengan Allah. Aaminnnn..

Saturday, July 19, 2014

Allah jauh atau kita yang menjauh?


Banyak orang tanya,
kenapa kita susah mencintai Allah?
kenapa kita susah khusyuk dalam solat?
dan kenapa hati susah ingat Allah?

Saya jawab.
Ingat masa kita bayi?
Siapa yang alirkan makanan dari tali pusat ibu kita terus pada kita?
Ibu kita tak dapat kawal tali pusat walau sesaat pun.

Lahir-lahir kita.
Kita menyusu dari susu ibu kita.
Ibu kita tak punya kuasa keluarkan susu walau setitik pun.

Kita keluarkan air mata dengan suara nyaring
Kita lapar kita nangis
Kita kencing kita nangis
Kita tak tahu pun kekuatan tangisan tu dari mana
Kita tiada ilmu kalau nak sesuatu kita nangis, macam butang buzzer.
Siapa bagi ilmu, siapa bagi susu dan siapa bagi makan?
Jawapannya Allah!

Kemudian kita membesar.
Kita tak solat Allah masih bagi udara.
Kita tak ibadah Allah masih bagi nikmat tidur, makan, rehat, tempat tinggal.
Allah tunggu kita sampai kita taubat.
Allah bagi ujian bagi peringatan supaya kita tak terlambat.

Hati kita susah ingat Allah.
Hati kita besar mana?
Kita masukkan lagu, drama korea, drama melayu, cinta manusia dan lain-lain.
Habis, mana nak letak cinta Allah?

Sekarang saya tanya.
Allah jauh, atau kita yang menjauh?

#MuhasabahDiriKita #PrayForMH370 #PrayForMH17 #PrayForGaza

Wednesday, July 16, 2014

Realiti seorang jurufoto perkhawinan

Pasangan pengantin sedang beronok-ronok membuat persediaan untuk hari bahagia mereka. Meriah! Alhamdulillah. Dalam list items dan budget tercatat:

Pelamin Rumah: RM4,000
Pelamin Dewan: RM8,000
Catering: RM30,000
Baju Pengantin: RM3,000 (2 pasang)
Barang Hantaran: RM8,000
Duit Hantaran: RM15,000
Kain utk Family: RM3,000
Sewa Dewan: RM3,000
itu ini itu ini: RM5,000 (spare!)
Photographer: ermmmm.. tunggu baki sat..

Di hari deal dengan photographer
"Bang, pakej abang ni giler mahal! Tapi kiter kesian kat abang, so kiter decide amek abang jugak la. Kite boleh bayar RM1,000 untuk semua majlis, make sure dua atau tiga orang photographer tau, takut tak tercover plak, majlis kiter besar. Album nak yang best, yang leather-leather punya album, dua album ye bang.. pleaseeee. Hari tu ada orang offer frame, abang pun bagi la frame ye. Yang RM1,000 tu kalau abang boleh kasik diskaun pun cantek gak tuh."
Sudah tidak asing dengan situasi-situasi sebegini. Sedarkah kita, pelamin hari ini pasang esok roboh, balik rumah bentuk pelamin pun orang dah lupa. Baju-baju sekali pakai lepas tu simpan. Bentuk dewan, hiasan dewan, color baju pengantin, ingat?

Last skali apa yang pengantin akan cari, ALBUM WEDDING. Hasil kerja photographer yang sangat murah tu ler. Murah sangat pun sepanjang hayat boleh tengok balik album dan gambar kenangan detik-detik manis perkhawinan. It is reality!

I am photographer..

Tahukah anda setiap kali seorang photographer captured image, shutter count akan di kira. Semakin banyak tangkap gambar maka shutter count akan bertambah. Apabila semakin bertambah nilai shutter count maka semakin kurang kualiti kamera tersebut dan sampai satu tahap shutter count perlu ditukar. Untuk menukar shutter count pula bukannya lima, enam puluh ringgit malah memakan kos sehingga ratusan ringgit dan inilah yang pasangan pengantin di luar sana tak pernah tahu.

Monday, July 14, 2014

Kenapa wajah ini persis ummi dan ayah?


 "Allah Taala tidak mencipta wajahku persis ummi dan ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah ini dilukis sebegini supaya tiap kali aku renung cermin, aku akan nampak ummi dan ayah. Lalu tidak kira kemana sahaja aku pergi dan manusia apa aku jadi, aku membawa ummi dan ayah bersama".

"Bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada dan Allah tahu kita rindu, kita perlu lihat wajah mereka". :'(

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Saturday, July 5, 2014

Scha pun tempah t-shirt dengan Aniq Bukhary?

Siapa tak kenal dengan Scha Al-Yahya artis comeloteh isteri Awal Ashaari tu. Seperti diketahui umum baru-baru ini Scha dan Awal menganjurkan satu majlis baby shower atau dalam budaya Melayu dipanggil sebagai upacara lenggang perut. Alhamdulillah! Murah rezeki pasangan romantik ini dan semoga semuanya berjalan lancar serta dapat baby yang comel-comel.


Sebenarnya bukan baby comel yang saya nak cerita tetapi lebih daripada itu satu kisah menarik berkaitan dengan 'Scha'. Beberapa minggu lepas, saya mendapat satu mesej yang bertanyakan tentang tempahan t-shirt I am Nikon (nikon tukar nama sendiri). Dia cakap nak dua helai dan satu tulis tulis nama I am Scha. Aik! Scha yang mana plak ni. Scha Al-Yahya ke?


Seperti biasa apabila menerima tempahan t-shirt kami akan minta nama penuh dan detail costumer untuk rekod company. Saya pun bertanyakan nama penuh dengan harapan yang bertanya itu adalah Scha Al-Yahya walaupun peluang nampak tipis. Beberapa ketika selepas itu mesej pun sampai.

Oh! Syafiqah Jamaludin rupanya. Patutlah nama Scha. Tak kisahlah siapa pun apa yang pasti kehendak pelanggan itulah keutamaan kami.

Ni dia baju untuk Scha, Syafiqah Jamaludin bukan Scha Al-Yahya

Terima kasih Syafiqah Jamaludin kerana meberi kepercayaan 100% kepada Teratak Aniq Bukhary untuk menyiapkan t-shirt I am ini. Buat Scha Al-Yahya pula bila lagi nak tempat t-shirt di Teratak Aniq Bukhary? Kami masih tertunggu dan harap-harap Scha bacalah hasil tulisan ini. Huhu :D

Maklumat tempahan:
☎ 014-5504453 (panggilan di luar waktu kelas)
✉ 014-5504453 (Mesej 24 jam)
✉ aniqbukhary@gmail.com
FB Teratak Aniq Bukhary

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Saya Aniq Bukhary dengan penuh takzimnya menjemput anda untuk join segmen Ihya' Ramadhan By Ummudd80. Rapatkan hubungan sesama blogger di bulan yang mulia ini :)

http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...