AKU PENGEMBARA: 06_14


Monday, June 30, 2014

Terima Kasih kerana rosakkan saya

Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat
Saya memakai kaca mata
Saya tak pakai make-up
Bagi saya cantik itu tak penting
yang penting cantik pada pandangan Allah

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya seorang pendiam kurang bercakap
Waktu lapang saya dihabiskan baca Al-Quran
smartphone di tangan bila perlu sahaja

Gambar ihsan google

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya jarang tengok cermin
Sebab bila tengokk cermin
Akan ada bisikan berkata "awak cantik, awak paling cantik"
Saya tak layan sebab saya tahu itu bisikan syaitan
Saya ignore, saya kekal dengan tudung labuh hitam saya

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah
Terlihat awak memandang saya
Pandangan awak terus ke mata saya
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah..

Terima kasih kerana rosakan saya
Tiap masa saya teringat kat awak
Tiada lelaki pernah tenung saya begitu
Saya ternanti bila lagi awak akan tenung saya
Saya sedar semua ini salah dan Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak cukup memukau..

Terima kasih kerana rosakkan saya
Suatu malam..
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya
Saya tengok gambar dia, saya tersenyum..
Awak cakap "Asalamulaikum"
Saya jawab "waalaikumsalam"
Awak tanya esok kelas start pukul barapa
Saya jawab pukul 10..
Awak kata nak kawan dengan saya
Saya kata in shaa Allah boleh..
Dan hubungan berterusann..

Oh! Whatsapp

Terima kerana rosakan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsapp saya
Saya tunggu sebab saya tahu
Awak akan whatsapp saya
Saya gembira.. awak gembira
Masa kosong saya tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan
kita hari-hari texting
Saya suka..

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya suka awak pandang saya
Dan awak kata senyuman saya manis
Saya tengok cermin, saya cakap dalam hati
"ermmm.. betullah kata awak"
Saya memang cantik..

Terima kasih kerana rosakan saya
Satu hari, saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink
awak kata saya manis dengan tudung pink
Saya senyum, awak kata "saya suka awak"
"Saya jugaaa...."

Terima kasih kerana rosakan saya
Kawan-kawan saya tahu pasal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakkan saya
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya
Hehe, saya suka..

Terima kasih kerana rosakan saya
Hari ni saya pergi kuliah
Tak tudung labuh tapi pakai tudung bawal
Saya tak pakai kaca mata
Saya pakai contact lens
Seperti saya harapkan awak kata,
saya nampak lebih manis
saya gembira..

Terima kasih kerana rosakan saya
Tiap-tiap malam kita sembang
Awak bagitahu masalah awak
Saya bagitahu masalah saya
Saya ada awak, awak ada saya

Saya ada awak dan awak ada saya

Selepas berapa lama
awak jarang dah whatsapp saya
Saya tunggu, awak tak wahtsapp
Saya whatsapp, awak tak balas
Saya sedih...

Terima kasih rosakan saya
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru
Awak tinggalkan saya, dan saya rasa tertipu
Tapi nak buat macam mana kita just kawan..
Saya sedih..

Setiap masa saya fikirkan awak
Awak tak fikirkan saya lagi
Awak tak pandang saya lagi
Saya kecewa..

Saya tengok cermin, saya buka tudung
Saya pakai lipstick merah
Supaya awak tengok saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu
Tapi awak langsung tak tengok saya
Awak sibuk dengan si Dia

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya cari orang lain untuk cemburukan awak
Tapi awak tiada respon.. awak tak kisah
Saya tekad, cari yang lain
Tapi awak langsung tak kisah

Terima kasih kerana rosakkan saya

Sebenarnya saya taknak dia saya nak awak..
Saya tekad upload gambar mesra
Saya dengan lalaki lain sekali lagi
Awak langsung tak kisah
Awak…..

Saya menangis…….
Menangis dan menangis...
Bukan sebab awak....
sebab saya dah lain Saya hilang diri saya yang dulu.


Saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah Saya
Allah help me.. Astaghfirullah :'(

*****

Adaptasi by Jang Abd Mutalib. Saya tak pasti sama ada luahan ini ditulis melalui kisah benar atau pun sekadar rekaan. Tetapi kalau diamati secara mendalam, saya merasakan tulisan ini merupakan kisah benar sebuah coretan pengalaman yang dialami oleh seseorang yang saya sendiri tak tahu siapa.

Tak kisahlah coretan ini kisah benar atau pun tidak dan siapa penulis asal. Apa yang penting bagi saya, apa yang dikongsikan melalui coretan kali ini kita ambil pengajaran. Kita manusia biasa yang punya perasaan dan kita tidak dapat menafikan fitrah manusia. Salurkan cinta pada tempat yang betul dan jangan terjerat dengan pujukan dunia yang penuh pancaroba ini.

Sunday, June 29, 2014

Kadar zakat fitrah negeri-negeri seluruh Malaysia 2014/1435

Berikut merupaka kadar zakat fitrah negeri-negeri seluruh Malaysia 2014/1435 yang ditentukan Majlis agama Islam negeri. Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

Zakat fitrah negeri-negeri di seluruh Malaysia 2014
Kelantan (RM 7.00)
Terengganu (Rm 7.00)
Pahang (RM 7.00)
Perlis (RM 6.50)
Kedah (RM 7.00)
Pulau Pinang (RM 7.00)
Perak (RM 7.00)
Selangor (RM 7.00)
Negeri Sembilan (RM 6.50)
Melaka (RM 6.70)
Johor (Belum diumumkan)
Sarawak (RM 7.00)
Sabah (RM 7.00)
WP Kuala Lumpur (Rm 7.00)
WP Putrajaya (Rm 7.00)
WP Labuan (RM 7.00)

Sedikit tambahan info mengenai waktu menunaikan zakat fitrah.

Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Pautan, Pautan ii

Saturday, June 28, 2014

Felixia bakal memeluk Islam 5 Ramadan

Felixia Yeap Chin Yee

"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel  jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.

Sumber

Lain-lain artikel berkaitan Felixia Yeap
- Siapa sebenarnya Felixia Yeap
- Telemovie pertama Felixia Yeap
- Felixia Yeap penyelamat

Tuesday, June 24, 2014

Lawatan rasmi hari ke-2 Presiden Tajikistan H.E. Emomali Rahmon ke Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari Ke-2 presiden Tajikistan H.E. Emomali Rahmon berada di Malaysia. Lawatan hari ke-2 ini diisi dengan lawatan ke salah sebuah universiti yang menempatkan ramai pelajar Tajikistan iaitu Universiti Limkokwing. Di bawah ini saya sertakan sedikit gambar lawatan sekitar hari ke-2 untuk tatapan anda. Saksikanlah.

Ketibaan H.E. Emomali Rahmon Ke perkarangan kampus Limkokwing
Kedatangan yang disambut dengan pakaian tradisi masyarakat Malaysia
Emomali Rahmon melihat tarian Melayu yang dipersembahkan di laluan masuk
Penerangan mengenai Universiti Limkokwing daripada wakil Limkokwing
Wajah pemimpin Tajikistan yang cukup disegani
Meeting selama hampir sejam dengan pihak pentadbiran Universiti
Ucapan daripada Tan Sri Limkokwing di Hall of Fame
selepas majlis bersambung sebelah petang
Persembahan koir oleh kelab koir Limkokwing yang turut dianggotai
Shaari AF (bekas student Limkokwing)
Ucapan President Tajikistan
Antara student yang hadir dalam majlis tersebut.
Hero of Tajikistan
Rombongan presiden berangkat pulang sambil diiringai Tan Sri Limkokwing

Ini sahaja yang dapat saya sajikan kepada anda hasil daripada lensa kamera saya. Mana-mana agensi ataupun orang perseorangan yang inginkan gambar ini diminta maklumkan kepada saya (maklumkan saja, tak marah pun). Ia Sebagai tanda hormat anda dengan hasil kerja tangan photographer muda macam saya ini. Kesian dekat saya berebut-rebut dengan wartawan daripada Tajikistan untuk mendapatkan setiap shoot yang menarik.

Sebelum saya mengakhiri tulisan kali ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Firdavsi Kholiqov kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi photographer sepanjang event berlangsung (macam tau-tau je saya ni photojournalist..) :D

Koleksi ucapan bulan ramadhan Al-mubarak


Semoga 1 bulan mendatang penuh rahmat,
4 minggu dengan keimanan,
30 hari mendapat keberkatan,
720 kasih dan sayang,
dan 43200 saat kesabaran..
SELAMAT MENYAMBUT
RAMADHAN AL-MUBARAK :)

Selamat menaiki penerbangan
RAMADHAN AIR, bernombor 1435H..
Kita akan terbang dengan ketinggian
30/30 atas permukaan haus dan lapar..
Para penumpang diwajibkan untuk memasang
niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT..
Penerbangan ini bebas daripada asap PERSELISIHAN..
Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan
SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIAH RAMADHAN.

Anak ketam belajar berjalan,
matanya tanggal digigit lipan,
selamat datang BULAN RAMADHAN,
moga kita bersama dapat keberkatan.

Bermula dengan sunatnya tarawih,
berazam untuk perbaiki diri,
rahsianya besar nikmatnya jernih,
hati yang keruh kan menjadi bersih,
iman dirangkul islam diraih.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Hati ibarat pokok yang kekeringan..
suburkanlah ia dengan zikrullah..
pastinya ia mekar membuahkan
amal seranum halawatul iman..
usah biarkan ia layu dengan racun dunia..
pagarilah ia dengan tembok puasa kerana
puasa menundukkan nafsu serta mendidik jiwa.
SELAMAT BERPUASA

4 racun hati yang biasa dilakukan
dan mempunyai kesan besar kepada hati iaitu
Banyak berbicara, Pandangan yang tidak dijaga,
Banyak bergaul dengan sembarangan orang
dan Terlalu banyak makan..
So, ingat-ingatlah makan tu..
Selamat menyambut bulan Ramadhan..


~SEKIAN~

Dikesempatan ini, saya Aniq Bukhary a.k.a Aku pengembara mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan Al-mubarak buat pembaca-pembaca blog Aku pengembara dan seterusnya seluruh umat islam di seluruh dunia. Semoga ramadhan yang tempuhi kali ini, lebih baik daripada ramadhan sebelumnya. Amin!

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam.."

Saturday, June 21, 2014

Mati-mati aku ingat running man tu drama Korea

Assalamualaikum semua. Apa khabar saudara, saudari, pak cik, mak cik, dan adik-adik yang sedang membaca celoteh kali ini. Saya yakin dan pasti anda yang sedang membaca sebenarnya peminat setia lelaki berlari Running Man tu kan? Hah! jangan tipu.

Ok, tak kisahlah anda peminat setia atau peminat tak berapa setia dengan running man. Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah mengenai costumer saya baru-baru ini. Saya mendapat panggilan daripada seorang rakan dan dia cakap dia nak cetak t-shirt running man dekat saya. "Hah! apa benda tu?". Sudah menjadi kebiasaan apabila berdepan dengan kehendak costumer saya akan search terlebih dahulu contoh design yang costumer kehendaki.


Oh! Running Man.

Sedang seronok buat research tiba-tiba saya berasa agak pelik. Sepanjang saya search dekat google image tiada benda lain yang saya nampak kebanyakan abang-abang kacak yang tak pakai baju. "Running man ini cerita apa sebenarnya"?. Untuk lebih memuaskan hati, saya buatlah sedikit kajian fakta-fakta berkaitan running man dan di situ saya temui jawapannya.

Apa itu Running Man?

Running Man merupakan satu rancangan yang lebih kepada realiti TV yang berasal dari Korea Selatan. Rancangan ini menampilkan bintang-bintang K-pop yang membentuk barisan program Good Sunday di saluran Seoul Broadcasting Station. Pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai rancangan "anekaragam aksi urban", satu genre baharu yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini.

Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut. Ia turut mendapat sambutan hangat dan seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara termasuklah Thailand.

"Laaa.. running man nie TV show rupanya. Mati-mati aku ingat drama korea nangis-nangis macam winter sonata".
Nampak sangat pemilik Teratak Aniq Bukhary ini tak layan Korea. What ever lah apa yang penting tempahan t-shirt untuk costumer telah pun siap dan Fitrez yang tempah t-shirt tu pun berpuas hati. Nak tengok t-shirt tu? 

Ini dia t-shirt yang telah pun siap

T-shirt dengan design serta warna pilihan Fitrez
"Fitrez pandai kau bagi aku kerja ya. Tak pasal-pasal aku khatam bab-bab running man". Ahhhh lantaklah! apa yang penting kepuasan pelanggan itulah keutamaan kami di Teratak Aniq Bukhary. Itu cerita running man tetapi di bawah ini pula pula saya selitkan t-shirt yang paling mendapat sambutan sejak kebelakangan ini. T-shirt I am Nikon (Nikon tukar nama sendiri). Nak buat t-shirt dengan kami? Jangan malu jangan segan, hubungi kami dengan segera.

Baju I am yang paling mendapat sambutan kini

Maklumat tempahan:
☎ 014-5504453 (panggilan di luar waktu kelas)
✉ 014-5504453 (Mesej 24 jam)
✉ aniqbukhary@gmail.com
FB Teratak Aniq Bukhary

Friday, June 20, 2014

Berhentilah menjadi gelas

Seorang guru mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.

“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? ” sang Guru bertanya.

“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, ” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

Berhentilah menjadi gelas

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu coba kau minum airnya sedikit.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.

“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.

“Asin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis keasinan.

“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

“Sekarang, coba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”

“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.

Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”

“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi Nak, rasa `asin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”

Pautan

Thursday, June 19, 2014

Reaksi kecewa Zizan selepas kekalahan 2-0 Spain

Pelakon dan pelawak tanah air, Zizan Razak

Kejutan terbesar berlaku pagi ini apabila juara bertahan Spain terpaksa pulang awal selepas mencatatkan kekalahan ke-2 berturut-turut. Selepas dibelasah Belanda 5 gol berbalas 1, kini giliran Chile pula yang menewaskan juara 2010 itu sekaligus menutup terus peluang Spain ke peringkat seterusnya.

Peminat bola sepak dunia sama sekali tidak menjangkakan pasukan Spain akan pulang awal pada edisi piala dunia kali ini. Turun dengan status juara bertahan sedikitpun tidak menggentarkan pasukan Chile yang rata-rata dibarisi pemain kurang ternama. Pasukan Chile menang bergaya ke atas Spain dengan jaringan 2-0 masing-masing disumbangkan oleh Vargas pada minit ke-20 dan Aranguiz pada minit ke-43.

Pemain tengah Chile, Aranguiz meraikan jarigan ke-2 pasukan Chile

Kekalahan pasukan Spain ini nyata begitu sukar untuk ditelan oleh segelintir penyokong mereka di Malaysia termasuklah pelakon KL Gangster, Zizan Razak. Pelakon dan juga pelawak itu tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa selepas mengetahui keputusan perlawanan antara Spain dan Chile yang berkesudahan dengan dua gol tanpa balas. Jom kita lihat apa reaksi Zizan..

Kekecewaan yang tak dapat dibendung..

Sekali lagi diingatkan, gambar Zizan ini hanya sekadar hiburan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Bagi mereka yang sokong Spain macam Zizan kat atas ni, bolehlah berfikir untuk tukar team lain. World cup lambat lagi nak habis. Jomlah join admin sokong pasukan Belgium yang bakal ke final ini.


Selamat tinggal Spain, jumpa lagi di edisi akan datang. Pesanan untuk Zizan pula, jangan sedih-sedih lagi ok.. :D

Tuesday, June 17, 2014

Keputusan terkini Piala dunia FIFA Brazil 2014

Piala dunia FIFA Brazil 2014

Sedar tidak sedar, Piala dunia Brazil telah pun memasuki hari yang ke-5 hari ini. Kejutan demi kejutan terus berlaku dan terbaru pasukan Portugal yang diperkuatkan oleh pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo dibelasah Jerman 4-0. Semakin menarik persaingan untuk edisi kali ini walaupun masih di peringkat awal.

Antara keputusan luar jangkaan pemerhati bola sepak

Mungkin ada dalam kalangan anda yang terlepas untuk mengikuti perlawanan pasukan kegemaran anda lantaran urusan kerja yang banyak. Jangan risau anda boleh mengetahui keputusan itu dengan cepat dan pantas melalui widget yang saya perolehi melalui blog Hasrul Hassan ini. Widget ini memaparkan semua keputusan serta detail sesuatu perlawanan dengan pantas.

Football results provided by whatsthescore.com

Widget ini akan mepaparkan keputusan terkini kesemua perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2014. Bagi peminat tegar bola sepak mungkin tidak asing lagi dengan perkataan livescore yang akan update secara live sesuatu perlawanan dan widget ini mempunyai fungsi yang sama dengannya. Semoga dapat membantu.

Senarai penjaring terbanyak (diupdate dari semasa ke semasa)

6 gol
James Rodriguez (Colombia)

5 gol
Thomas Muller (Jerman)

4 gol
Neymar (Brazil)
Lionel Messi (Argentina)
Andre Schurrle (Jerman)

3 gol

Arjen Robben (Belanda)
Robin Van Persie (Belanda)
Karim Benzema (Perancis)
Enner Valencia (Ecuador)
Xherdan Staqiri (Switzerland)

2 gol
Tim Cahill (Australia)
Mario Mandzukic (Crotia)
Gervinho (Ivory Coast)
Luis suarez (Uruguay)
Miroslav Klose (Jerman)
Toni Kroos (Jerman)
Mats Hummels (Jerman)
David Luiz (Brazil)
Oscar (Brazil)
Andre Ayew (Ghana)
Clint Dempsey (USA)
Memphis Depey (Belanda)
Ivan Prisic (Croatia)
Jackson Martinez (Colombia)
Wilfried Bony (Ivory Coast)
Ahmed Musa (Nigeria)
Gyan Asamoah (Ghana)
Islam Slimani (Algeria)
Alexis Sanchez (Chile)
Bryan Ruiz (Costa Rica)
Abdelmoumene Djabou (Algeria)

Monday, June 16, 2014

Jadual penuh piala dunia Brazil 2014 waktu Malaysia

Kejohanan bola sepak terbesar dunia kini bermula. Kejutan demi kejutan telah pun berlaku pada kejohanan bola sepak empat tahun sekali ini. Selepas juara bertahan Spain dimalukan Netherland 5-1, giliran England pula yang menerima nasib yang sama dikala ramai yang menjangkakan England akan menang ke atas Italy dengan pemain dunia yang mereka miliki. Mungkinkah ada kejutan lagi selepas ini? sama-sama kita nantikan.

Di bawah ini saya sertakan jadual penuh Piala Dunia Brazil 2014 mengikut waktu Malaysia untuk memudahkan semua.


Diharapa melalui jadual ini sedikit sebanyak dapatlah membantu anda mengetahui waktu sepak mula pasukan-pasukan kesayangan anda. Lupa nak bagi tahu, pasukan pilihan penulis untuk tahun ini ialah Belgium. Ada yang sama dengan penulis? Kalau sama, kita geng!

Inilah dia pasukan bakal juara (peminat pasukan lain jangan jelous ok)

Sunday, June 15, 2014

Ucapan-ucapan sayu buat blogger Syuhada Baharudin

Blogger Syuhada Baharudin (Kak Syu) :(
Seorang blogger yang berjiwa besar yang sering memberi semangat kepada saya dalam dunia bisnes itulah dia blogger Syuhada Baharudin. Semenjak mendengar cerita Kak Syu koma tidak sedarkan diri, laman facebook miliknya menjadi sasaran untuk saya melihat situasi terkini. Dalam facebook tersebut, terasa sayu pula hati selepas membaca ucapan serta doa untuk Kak Syu. Di bawah ini saya sertakan beberapa ucapan yang cukup mengharukan..

 
 
 
Serius tersentuh membaca ucapan-ucapan ini. Begitu juga dengan sahabat blogger yang tidak ketinggalan memberikan ucapan semangat serta berkongsi kesedihan..

Blogger Akma Omar
Blogger Tengkubutang
Blogger Farah Waheda
Blogger Khairul Asrol
Blogger Aku Penghibur
Blogger Sheda Ucu
Blogger Suria Amanda
Blogger Kathy
Blogger Kamil Salleh
Blogger Tengku Syukri

Tersentuh. Sebenarnya dari start buat blog sehinggalah saat dan detik menyedihkan ini saya sentiasa mengikuti perkembangan blog Kak Syu. Daripada blog Kak Syu menggunakan medium blogspot bertukar menjadi wordpress semua itu saya ikuti. Terasa cukup menyedihkan bagi saya apabila pemilik blog ini sepi walaupun dalam satu ruangan Kak Syu pernah cakap ada rezki nanti nak jumpa.


Terus dan teruskan berdoa untuk blogger Syuhada Baharudin.
Cepatlah sedar kak.. semua orang merindui akak.. :'(