AKU PENGEMBARA: 04_14


Wednesday, April 30, 2014

Wordless Wednesday: Semoga panjang umur murah rezeki






Friday, April 25, 2014

Kata-kata dan pesanan tentang solat oleh 11 tokoh agama

Di bawah ini disenaraikan kata-kata atau pun pesanan tentang solat oleh 11 orang tokoh-tokoh agama. Sama-sama kita ambil pengajaran dan amalkan dalam kehidupan kita. Semoga bermanfaat..

Ustaz Azhar Idrus

1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekali pun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikan. - USTAZ KAZIM ELIAS

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga. "Jaga solat... In shaa Allah bahagia..." - USTAZ DON DANIYAL

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - DATUK ISMAIL KAMUS

5. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”. - AL-HABIB ALI ZAINAL

Ustaz Haslin Baharin

6. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat. - USTAZ HASLIN BAHARIN

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. - TG SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya". - SHEIKH ABDULLAH JAHAF

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - USTAZ DASUKI RANI

10. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - USTAZ PAHROL

11. Jangan cakap, "pergi solat kalau tak masuk api neraka!" Tapi cakap, "Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama. In shaa Allah. - TG HARUN DIN

*****

Muhasabah diri kita. Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka-mereka yang menjaga solat. Amin Ya rabb..

Wednesday, April 23, 2014

Aspek penting yang harus diberi perhatian sebelum membuat kad bisnes

Kepentingan kad perniagaan tidak dapat disangkal lagi pada masa kini. Melalui hanya sekeping kad, ia sudah memadai untuk menyampaikan informasi tentang perniagaan yang kita jalankan. Namun ada beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian ketika hendak membuat kad bisnes. Mari kita lihat bagaimana ciri-ciri kad bisnes yang baik dan efektif:


1. Logo
Bisnes anda ada logo ke tak? Kalau tiada, sila buat. Logo bisnes akan diletakkan di kad bisnes sebagai suatu penjenamaan.. Pastikan reka bentuk logo bisnes itu bersesuaian juga untuk digunakan pada kepala surat (letterhead), sampul surat, inbois, resit dan segala cetakan lain..

2. Selogan atau tagline
Macam KFC selogan mereka ialah “Finger Lickin’ Good”.. Itu dulu.. Sekarang dah tukar ke “So good”.. Jadi selogan atau tagline bisnes anda kena diletak ke dalam kad bisnes supaya ia memberi gambaran awal tentang bisnes yang dijalankan..

3. Font
Saiz font harus tidak kurang dari 8.. Sebab jika kurang daripada tu, takut-takut sesetengah orang tak dapat baca.. Kena pula kalau pelanggan kita tu rabun dekat.. Kesian dia terkebil-kebil tengok kad bisnes kita..

4. Warna
Warna latar dan font pastikan kontra.. Kalau warna dah dekat sama, menyusahkan orang nak baca.. Orang yang tak rabun warna pon boleh ambil masa sejam nak faham apa kita tulis.. Kuantiti warna dalam kad bisnes sebaiknya tidak melebihi 5..

5. Material
Gunakan material yang berkualiti.. Jangan gunakan kad lembut yang mudah koyak atau terlipat di hujung.. Material baik yang paling popular adalah art card 260 gsm.. Material ni tak tebal tapi keras..

6. Offset vs Digital printing
Dari segi kualiti warna, offset memang lebih cantik daripada digital printing.. Kosnya pon lebih murah.. Material kad pon pelbagai.. Nak matt laminate boleh.. Spot UV boleh.. UV varnish boleh.. Eh semua boleh lah! Jadi buat jelah kad tu dengan offset printing..

7. Maklumat
Anda tak perlu letakkan status anda yang sudah berkahwin atau bujang di dalam kad bisnes.. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, nombor telefon, emel, alamat, laman web, laman sosial, servis dan produk yang ditawarkan.. Itu antara yang penting..

*****

Adaptasi daripada artikel yang pernah ditulis oleh umarvellous.com dalam laman blognya. Senarai tersebut merupakan sebahagian daripada aspek penting kad bisnes yang baik dan efektif. Pastikan anda semua memiliki aspek tersebut dalam kad bisnes masing-masing. Diharap melalui perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita terutamanya mereka yang bergelar usahawan.

Bagi yang masih belum mempunyai kad bisnes tu, saya sarankan cepat-cepatlah buat. Usahawan yang tidak mempunyai kad bisnes memang payah sebab saya sendiri pernah alami. Terpaksa keluarkan pen dengan kertas untuk memperkenalkan siapa dan apa bisnes yang kita buat. Memang leceh. Kalau ada kad bisnes kan senang sikit. Barulah nampak macho. Oppsss! :)

Monday, April 21, 2014

Senarai ranking 18 universiti terbaik di Malaysia 2014

Senarai ranking universiti terbaik di Malaysia bagi tahun 2014 telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik 2014 ini telah disusun mengikut kajian yang dikeluarkan dengan terperinci oleh QS ASIA Top University Ranking.

Ranking 18 universiti terbaik di Malaysia 2014

Universiti Malaya (UM) telah disenaraikan oleh QS University Rankings sebagai IPT terbaik di Malaysia dengan meraih tempat ke 33 Universiti terbaik di Asia mengalahkan University Of Tsukuba. Di bawah ini merupakan senarai penuh ranking 18 universiti terbaik di Malaysia pada tahun 2014.

1) Universiti Malaya (UM)
2) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3) Universiti Sains Malaysia (USM)
4) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5) Universiti Putra Malaysia (UPM)
6) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8) Universiti Multimedia (MMU)
9) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
10) Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
11) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
12) Universiti Utara Malaysia (UUM)
13) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14) Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT)
15) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
17) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
18) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Petunjuk: Universiti awam, Universiti swasta

Senarai universiti terbaik di Malaysia 2014 ini dipilih berdasarkan beberapa faktor termasuklah sumbangan kertas projek (research), tahap kecermerlangan akademik, reputasi graduan-graduan yang dihasilkan yang sudah bekerjaya dan berdasarkan kemudahan fasiliti serta infrastruktur sesebuah universiti.

Universiti lain yang tidak tersenarai selepas UTAR bermakna universiti tersebut tidak termasuk dalam kalangan 300 universiti terbaik di asia. Tahniah buat universiti-universiti yang tersenarai termasuk Universiti Limkokwing tempat admin study itu.

Pautan 1, pautan 2

Sunday, April 20, 2014

Bagaimana blog boleh menghasilkan wang?

Menghasilkan wang melalui blog

Beberapa hari lepas ketika saya naik bas pergi ke kampus, baru sahaja hendak duduk tiba-tiba ada seorang member tanya, "Eh! macam mana kau dapat duit dari blog hah?". Saya tersenyum mendengar soalan itu dan secara spontan hati berkata, "ini mesti terbaca artikel tulisan sebelum ini, cek Nuffnang sampai rumah.

Baiklah, untuk menjawab soalan itu dengan lebih detail lagi di lembaran ini saya kongsikan bagaimana sesebuah blog yang dibina itu menghasilkan wang dan memberikan pulangan kepada pemilik blog tersebut. Ada beberapa cara untuk menghasilkan wang melalui blog antaranya:

1) Menjual produk sendiri
Seorang yang mempunyai blog bebas untuk meletakkan apa jenis iklan dalam blog miliknya. Ini merupakan salah satu cara menghasilkan wang melalui medium blog. Tidak kira bagaimana cara anda mempromosikan produk tersebut tetapi apa yang pasti kaedah ini semakin mendapat tempat dalam kalangan blogger itu sendiri. Pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan produk mahu pun perkhidmatan yang ditawarkan. Seperti saya, saya menggunakan blog saya ini untuk memperkenalkan produk t-shirt printing saya selain perkhidmatan fotografi bagi mereka yang memerlukan.

2) Menjadi agen jualan mempromosikan produk orang lain (affiliate)
Melalui blog juga, seseorang itu boleh menjadi agen jualan dengan mempromosikan produk orang lain di blog mereka. Seperti yang diterangkan oleh blogger Syuhada Baharuddin dalam laman blognya, kerja agen jualan atau pun affiliate ini simple sahaja. Caranya anda pilih satu produk untuk dipasarkan dan anda promosikan produk tersebut. Pemilik blog blog tersebut akan menerima komisyen daripada promosi yang dilakukan. Kebiasaannya produk yang dipromosikan melalui kaedah affiliate ini ialah produk ebook.

3) Memasang ruang iklan di blog
Apabila sesuatu blog itu sudah semakin dikenali, kebiasaannya blogger akan mencuba nasib untuk memasang ruang iklan di dalam blog masing-masing. Saiz ruang iklan yang kebiasaannya ditawarkan ialah 125x125 dan 728x90. Harga setiap ruang iklan itu bergantung pada pemilik blog namun harus diingat, harga ruang iklan hendaklah seiring dengan tafik blog tersebut. Jika blog tersebut mampu mencecah 1000 view sehari, harga rm10 berpatutan untuk ruang iklan 728x90 dan rm5 untuk ruang iklan 125x125. Bagi yang mendapat view kurang daripada 1000 view pun boleh tetapi amat sukar untuk anda menerima penyewa melainkan blogger tersebut mempunyai teknik-teknik tertentu yang luar biasa untuk menarik penyewa.

4) Meletakkan syarikat pengiklanan
Cara ini merupakan cara yang paling mendapat tumpuan blogger untuk mendapatkan wang. Kaedah ini sangat mudah kerana blogger hanya pasang iklan dan tunggu sahaja komisyen daripada syarikat-syarikat terbabit. Antara syarikat pengiklanan yang memberikan perkhidmatan ini temasuklah Nuffnang, Komli, Adverlets, Innity, H12, Genee dan banyak lagi. Blogger hanya pilih sahaja syarikat-syarikat tersebut bersesuaian dengan status dan kelayakan blog mereka.

4) Review produk atau perkhidmatan
Kaedah ini kebiasaannya dilakukan oleh blogger-blogger yang sudah berpengalaman. Hal ini kerana untuk review sesuatu produk atau pun perkhidmatan itu bukanlah satu kerja mudah. Kena ada cara-cara tertentu. Melalui kaedah review ini, blogger akan mempromosikan sesuatu produk/perkhidmatan dengan satu review menarik melalui entri tulisan mereka. Kebiasaannya blogger akan dibayar mahal untuk promosi melalui kaedah ini.

*****

Rasanya cukup setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini untuk yang tertanya-tanya bagaimana menghasilkan wang melalui blog. Bagi otai-otai blogger pula, jika ada ebarang penambahan untuk artikel kali ini, amatlah dialu-alukan. Saya budak baru belajar. :)

Friday, April 18, 2014

Kisah mengapa mendiang Karpal Singh tidak memakai serban (Turban)

Pernah sekali penulis terdengar pergaduhan di Parlimen melibatkan mendiang Karpal Singh ketika penulis masih wartawan dengan sebuah syarikat akhbar arus perdana.

Ketika itu hari pembentangan Bajet (tak ingat tahun mana) dan sebelum pembentangan dibuat, Karpal bangun mempersoalkan sesuatu berhubung aturan di Parlimen.

Seperti biasa… maka timbullah suara yang mendesak beliau agar duduk… diselang seli dengan pertukaran kata-kata kasar dari kedua belah pihak (kerajaan dan pembangkang).

Antara yang penulis masih ingat adalah seorang Ahli Parlimen menjerit… “Hoi bengali, duduklah”.

Lepas itu, ada pulak yang menyambung… “Ini bukan bengali… ini bengali murtad… serban tarak,” .

Bengali kalau di rantau Asia Selatan bukan merujuk kepada orang Sikh tetapi kepada orang Bangladesh… tapi tidak mengapa dengan pemahaman seperti itu… ia tidak berapa penting buat masa ini.

Mendiang Karpal Singh

Walaupun serban adalah tenet atau prinsip penting dalam agama Sikh, namun yang tidak memakainya bukan dikatakan murtad tetapi dikenali sebagai sahajdhari (berlajar dan menerima secara perlahan-lahan).

Seperti mendiang Karpal, beliau mengamalkan semua prinsip utama (5K) dan memakai serban pada waktu-waktu tertentu menjadikan beliau sebagai seorang sahajdhari.

Pemakai serban dan pengamal 4 lagi perkara wajib dikenali sebagai lelaki Khalsa.

Mengikut ajaran Sikh, tidak ada satu bulu pun di badan yang boleh dipotong atau dibuang. Penggunaan serban adalah bertujuan mengemaskan rambut panjang yang akan tumbuh selepas bertahun-tahun tidak dipotong.

Ok berbalik kepada tajuk rencana ini… mengapa Karpal Singh memilih untuk tidak mengenakan serban?

Jika mengikut wawancara beliau dengan sebuah akhbar berbahasa inggeris beberapa tahun lalu, Karpal berkata, beliau memakai serban secara tetap sehingga tahun 1970.

Wajah mendiang ketika memakai
serban di universiti Singapura

“Bagaimanapun, pada 1969 saya telah berada di kedai gunting rambut menunggu giliran saya untuk mengunting rambut saya yang panjang sebelum menoleh ke luar tingkap dan melihat ayah saya sedang menaiki basikal (lalu di hadapan kedai), saya terus gugup dan membatalkan hasrat.

“Tahun berikutnya saya berada di Alor Star dan ia sangat panas ketika itu yang merupakan musim menuai. Saya baru sahaja memulakan kerjaya sebagai peguam dan keperluan untuk membasuh dan mengikat rambut memakan masa yang amat lama. Saya berfikir bahawa sesuatu perlu dilakukan.

“Ia bukan mudah untuk mengambil tindakan seperti itu. Saya berseorangan dalam bilik saya, berjalan mundar-mandir memikirkan keputusan saya. Akhirnya, saya mengikat rambut saya, mengambil gunting dan memotong bahagian ekornya. Kemudian saya ke kedai gunting rambut dan tukang gunting mencantikan potongan saya,” katanya.

Sudah melakukannya satu benda kata beliau, untuk berhadapan dengan ibu bapanya satu lagi hal besar.

“Saya memakai kembali serban tetapi ibu saya perasan yang ia kelihatan lain dari belakang dan mula menangis. Dia menjerit ‘kamu telah memalukan kami’.

“Nasib baik ayah saya menarik saya ketepi dan berkata; : Sabar, orang perempuan memang suka membuat kecoh. Teruskan memakai serban untuk sedikit masa lagi sehingga mereka dapat menerima idea itu,” katanya.

Karpal seterusnya menambah, beliau memakai lagi serban untuk setahun sebelum menanggalkannya.

“Namun, pada majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan anak saya, saya tetap akan pakai,” katanya.

Jadi… kita dapat fahamlah mengapa Karpal tidak memakai serban… satu tindakan yang diambil atas desakan kerjaya yang pada mula tidak diterima keluarganya tetapi kemudian boleh.

*****

Dalam banyak-banyak tulisan mengenai mendiang Karpal Singh, penulisan ini antara yang paling saya suka. Cara penulis mengolah ayat sangat kemas dan teratur (teringin pula nak menulis macam penulis Mynewshub.my ini). Apa-apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

Thursday, April 17, 2014

10 amalan yang boleh mengubah kehidupan anda

1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya). Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:
“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci.


2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin). Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)
3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh). Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya.

Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)

4) Jaga solat dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha). Rasulullah SAW bersabda:
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter'miss' atau tertinggal walaupun sehari.

5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang). Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)
6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’). Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA:
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

7) Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda). Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT. Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.

Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.


9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati). Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya:
“Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata:
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT). Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:
“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
 *****

Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin

Monday, April 14, 2014

Alhamdulillah! Cek dari nuffnang untuk tahun ini

Alhamdulillah! setelah beberapa lama menanti, akhirnya cek daripada Nuffnang sampai juga. Boleh tahan jauh jugalah aku ambil cek Nuffnang ini yang menggunakan alamat abang dekat Sepang. Tak pasal-pasal pinjam kereta member selepas akak ipar bagi tahu ada surat untuk aku. Punyalah excited sebab aku dapat mengagak surat yang sampai ini mesti cek daripada Nuffnang.

Aku jika dibandingkan dengan shakiddo.com pakar Nuffnang itu memang amat jauh sekali. Mungkin ada melihat nilai ini begitu kecil tetapi bagi aku nilai ini sangat-sangat besar kerana inilah hasil titik peluh memerah idea untuk dipersembahkan kepada pengguna alam maya. Sekali lagi ucapan syukur kepada Allah swt atas rezeki ini.

Jumlah wang terkumpul semenjak bergelar blogger. Alhamdulillah

Apa nak buat dengan cek ini?

Pertama sekali, melalui cek ini aku akan membina satu website untuk production yang telah lama menjadi planning dengan member-member. Sebelum ini, hanya ada laman facebook, Antz Pictures Studioz untuk mempromosikan production dan itu masih belum mencukupi bagi aku. Orang cakap, kalau ada website, ia akan nampak lebih profesional selain menjadi rumah untuk mengumpulkan hasil-hasik karya production. Untuk mewujudkan website production ini, Rm30 akan dibelanjakan untuk satu domain baru.

Baki daripada bayar domain tu nak buat apa?

Ok, dalam perancangan sebelum ini melalui cek ini juga, kad bisnes yang baru akan dilancarkan. Menyedari betapa pentingnya kad bisnes ini jadi tindakan segera akan diambil (tak mahu tangguh-tangguh lagi). Pendek kata, cek daripada hasil Nuffnang ini semua dilaburkan untuk menjenamakan dan meng'upgrade'kan lagi bisnes yang sedia ada. Nampak gayanya memang tak dapatlah aku nak beli kasut futsal baru untuk bulan ini. Kesian.. kesian.. Bisnes diutamakan, kasut futsal diketepikan (slogan baru). Huhu  

Apa-apa pun, Semoga dengan kedatangan cek kali ini dapat membakar lagi semangat untuk terus menyumbangkan sesuatu kepada dunia blogging. Terima kasih atas support daripada pembaca-pembaca tidak kira pembaca setia mahu pun silent reader Teratak Aniq Bukhary ini. Tanpa pembaca, siapalah penulis.

Akhir kata daripada aku seperti biasa 'tegur bila aku salah, hulurkan tanganmu bila aku lemah'. Assalamualaikum sayang. :) 

21 fakta mengenai filem titanic yang tak masuk akal

Tahukah anda apakah yang berlaku pada tarikh 14 april? Bagi sesiapa yang tidak tahu atau pun terlupa, hari ini merupakan hari ulang tahun tenggelamnya kapal titanic pada pagi ahad 14 april 1912 sebelum tenggelam sepenuhnya pada 2.20 pagi isnin 15 april 1912.

Peristiwa bersejarah ini berjaya menarik perhatian dunia sehinggakan tercetusnya idea untuk menerbitkan sebuah filem yang mengisahkan tentang tenggelamnya kapal titanic 1997 arahan James Cameron. Namun, hari ini saya bukan nak bercerita mengenai peristiwa 14 april itu, tetapi lebih daripada itu menyentuh kisah filem titanic yang pernah mencetuskan satu fenomena luar biasa kepada dunia perfileman.

Peminat filem Titanic mesti ingat babak ni kan?

Rasanya saya tak perlu mengulas panjang, tengok tajuk sahaja mesti ramai dah terbayang-bayang Jack dan Rose berpegangan tangan di atas kapal titanic bukan? Baiklah, kita terus kepada tajuk asal mengenai beberapa fakta yang begitu menarik mengenai pembikinan filem titanic yang memakan belanja sehingga AS$200 ini.
1. Pengarah "Titanic", James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.

2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.

3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.

4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.

5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.

6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.

7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.

8. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.

9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.

10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.

11. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.

12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.

13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.

14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.

15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.

16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.

17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.

18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.

19. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.

20. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.

21. Vcd filem titanic merupakan vcd pertama yang admin beli menggunakan duit poket sendiri dengan harga Rm17 (Mohon jangan gelak). Senyum je :)
Fakta ke-21 itu merupakan fakta benar walaupun menyimpang sedikit daripada tajuk (jangan marah). Ok, di bawah ini saya selitkan satu video animasi titanic yang mungkin dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan filem titanic ini (tontonan 18 tahun ke atas sahaja).

First time layan hari tu gelak guling-guling tengok video ni.

Pautan 1, Pautan 2

Sunday, April 13, 2014

Tangan ibu tangan ajaib, sentuhan ibu sentuhan kasih

Kasih seorang ibu :'(

Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi,
Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata,
Ketika kita mandi, tangan ibu yang membersihkan,
Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur,
Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu jugalah yang
membelai sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

Namun, ketika ibu sudah tua..

Ibu kelaparan, di mana tangan kita yang menyuapi.
Dengan tangan gemetar ibu menyuap
sendiri diiringi linangan air mata.
Ibu sakit, dimana tangan kita yang diharapkan
dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Sampai satu waktu.. ketika ibu telah pergi..

Ketika jenazah ibu hendak dimandikan,
di mana tangan kita yang ibu harapkan
untuk memandikan ibu buat kali terakhir.
Di mana, di mana dan dimanakah? :'(


Buat mereka yang telah kehilangan ibu.. Al-fatihah :'(

Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih membawa ke Syurga Firdausi.
Salam sayang buat ibu saya dan salam sayang buat ibu-ibu semua... Assalamualaikum

Friday, April 11, 2014

Perbuatan melipat lengan kemeja dari sudut pandangan wanita

Hampir 90% peratus lelaki tidak mengetahui hal ini termasuklah orang yang menulis entri ini. Nampak seperti tak masuk akal tetapi rupa-rupanya perbuatan ini mempunyai satu tarikan bagi kaum wanita yang telah pun dibuktikan oleh kaum wanita itu sendiri.

Beberapa hari lepas saya terbaca dalam satu perkongsian sahabat saya Khairil Mazri dalam facebooknya berkaitan perkara unik ini. Dia berkongsikan satu gambar petikan daripada majalah MASKULIN mengenai perbuatan melipat lengan kemeja bagi lelaki. Gambar di bawah ini merupakan perkongsian daripada Khairil yang saya re-upload dalam page facebook saya, BloggerMate.

Manisan mata untuk kaum wanita :)

Saya kongsikan gambar ini kerana saya merasakan ia begitu unik dan sangat menarik untuk dibincangkan. Pada awalnya saya sendiri tidak percaya apa yang tertulis sehingga membuatkan saya terdorong untuk mengetengahkan persoalan ini di laman page facebook milik saya itu. Saya perlukan satu jawapan pasti mengenai persoalan yang unik ini.

Selepas saya kongsikan gambar tersebut, selang beberapa minit sahaja satu jawapan saya terima melalui komen pada gambar tersebut. Apa yang menariknya, jawapan ini diberikan oleh seorang kaum hawa yang memang saya nanti-nantikan jawapan daripada golongan ini. Lihat jawapan di bawah:

Nampak cool kata sahabat kita, Nia Lania :)

Apa yang cool dengan benda tu? Mungkin saya lelaki dan saya tidak nampak dari sudut presepsi wanita. Ok, fine. Sebenarnya saya masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana ia terlalu umum bagi saya tanpa huraian yang jelas.

Untuk mendapat satu jawapan lengkap, semalam saya sempat bertanyakan dengan rakan wanita saya mengenai hal ini. Jawapan yang agak mengejutkan. Tanpa berfikir panjang dia terus memberikan satu jawapan selepas mendengar soalan itu. "Ya! lelaki yang menggulung lengan kemeja memang nampak macho". Ya, macho!

Tambahnya lagi, "kebiasaannya perbuatan melipat lengan kemeja ini dilakukan ketika seorang lelaki itu ingin mengambil air sembahyang. Nampak? Jawapan inilah yang masuk terus ke dalam kepala saya. Betul juga apa yang dia cakap kan?

Nampak macho bukan sahaja dipandangan manusia

Daripada perlakuan ini dia membuat satu kesimpulan, "lelaki yang macho adalah lelaki yang melipat lengan kemeja sebab dia nak ambil air sembahyang". Jawabnya separuh bergurau.

Namun, dalam gurauan itu saya dapat menangkap bahawa mungkin itu satu luahan jujur dan ikhlas dari seorang wanita. Jadi, bagi lelaki-lelaki yang ingin kelihatan macho dan bergaya, rajin-rajinlah melipat lengan kemeja anda. Dah lipat tu, jangan lupa ambil air sembahyang barulah sempurna ke'macho'an. Bagi tahu wanita-wanita di luar sana bahawa kita semua lelaki-lelaki macho. :D

Wallahu alam..

Thursday, April 10, 2014

Aku, t-shirt printing dan kesibukan ini

Kadang-kadang apabila sampai kepada satu tahap kesibukan yang melampau, diri ini rasa nak rehat juga macam orang lain. Aku student, aku seorang blogger  dan aku pengusaha t-shirt printing. Itu tidak termasuk lagi kerja part time dekat hostel Desaria Villa sebagai photographer event sabtu dan Ahad. Serius Aku penat.

Minggu ini pula aku terpaksa mencari model untuk photoshoot muslimah fesyen yang menjadi tema pilihan untuk assignment aku kali ini. Tetapi bayang-bayang untuk seorang menjadi model aku pun masih belum kelihatan. Biasalah fesyen muslimah memang susah nak dapat berbanding dengan fesyen seksi dan seksa. Aku sedih.

Aku masih mencari dan mencari..
Tapi aku terpaksa cari juga sebab tugasan inilah yang akan menentukan sama ada aku lepas untuk subjek fashion photography semester ini atau sebaliknya. Masih mencari dan aku berharap selepas aku menulis entri ini akan ada seorang gadis comel yang akan inbox aku dan mengatakan "Assalamualaikum Abang, saya nak tolong awak dan boleh menjadi model assignment awak". Waahhh, bahagianya hidup ini.

Aahhh! benda mustahil. Takkanlah ada yang nak menawarkan diri dan bersusah payah nak tolong aku. Pening kepala otak aku ini memikirkan. Sudah cukup cukup sudah. Kita lupakan sekejap pasal benda yang nampak mustahil itu.  Daripada aku terus bersedih dan menyerabutkan kepala, lebih baik aku bercerita pasal bisnes t-shirt printing aku.

Tahun ini telah masuk tahun ke-3 aku bergelar usahawan printing selepas tamat kursus pada 15 april 2012 [SINI]. Sejak dari itu, dengan kesungguhan dan minat yang mendalam, aku kuatkan semangat untuk serius dalam bidang ini.

Aku dan t-shirt printing.. 
Tempahan demi tempahan aku terima dari sekecil kecil tempahan sehinggalah ratusan tempahan. Kalau dua puluh atau tiga puluh helai tempahan t-shirt, aku akan settlekan dekat hostel sahaja tetapi apabila menjejak ratusan helai, maka aku akan hantar kedai dekat Beranang, Semenyih. Dekat sana pekerja mencukupi untuk print tshirt-tshirt yang banyak.

Di bawah ini saya sertakan gambar pengalaman sepanjang bergelar usahawan printing. Penuh suka dan duka, saksikanlah:

Bermula di sini
T-shirt pertama yang dihasilkan dan tak boleh dilupakan
Try dekat baju sendiri. :)
Permintaan daripada costumer Pantai Dalam
T-shirt yang akan dipenuhi oleh design-design costumer
T-shirt design terbaru kami. Berminat? pm kami. :)
Contoh t-shirt yang dah siap.
Kedai dekat Beranang untuk tempahan cecah ratusan helai.
T-shirt kelab, persatuan, rewang dll semua kami sailang :)

Rasanya cukup setakat ini dulu celoteh untuk kali ini. Sebelum itu, aku ambil kesempatan ini nak bagi tahu tentang page terbaru kami yang baru dilancarkan pada 19 mac lepas. Jangan lupa support ye --> TERATAK PRINTING ANIQ BUKHARY

Maklumat tempahan bolehlah hubungi:
☎ 014-5504453 (panggilan di luar waktu kelas)
✉ 014-5504453 (Mesej 24 jam)
✉ aniqbukhary@gmail.com
FB Teratak Aniq Bukhary

Tuesday, April 8, 2014

Waktu yang paling sesuai ping blog

Waktu yang paling sesuai ping blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Teratak Aniq Bukhary yang dirindui dan disayangi. Pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu berkaitan waktu yang sesuai dan yang tak sesuai untuk ping entri blog. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat kita.

Sebelum itu diingatkan, perkongsian ini dibuat mengikut pandangan dan pengalaman peribadi. Pendapat blogger lain mungkin berbeza-beza namun saya tetap juga kongsikan kepada semua apa yang saya tahu dan faham mengenai ping blog.

Baiklah, di bawah ini gambaran statistik nuffnang blog ini yang saya ambil pada pukul 11.41 malam semalam mengikut jam:

Bahagian yang berada dalam kotak merah itu merupakan waktu kemuncak.

Apa yang anda faham melalui statistik di atas? Pengunjung mempunyai kecenderungan pada waktu-waktu tertentu. Membuat entri mungkin boleh pada bila-bila masa tetapi waktu yang sesuai untuk ping entri anda itu yang perlu diberi perhatian agar apa yang anda kongsikan itu dapat menarik seberapa banyak trafik masuk ke blog anda. Lihat waktu-wakti di bawah:

1.00am - 8.00am (sangat tak sesuai)
Waktu ini memang tak sesuai untuk post entri kerana traffik pada waktu ini bergerak sangat-sangat perlahan. kebanyakan pengguna alam maya pada waktu ini sedang lena dibuai mimpi indah di atas katil yang empuk. Apabila matahari menunjukkan sinar dalam pukul 7.00 mereka akan breakfast, hantar anak sekolah, pergi ke tempat-tempat kerja atau pun ke kuliah. So, cuba elakkan untuk update entri pada waktu ini.

10.00am-3.00pm (sangat sesuai)
Waktu yang saya istilahkan sebagai waktu emas. Waktu kemuncak dimana menerusi pengamatan saya, waktu ini memang ramai pengguna internet yang sedang online. Bagi yang dekat office, sambil-sambil buat kerja, sambil buka blog cari maklumat-maklumat berkaitan. Oleh itu, gunakan peluang pada waktu emas ini untuk melonjakkan jumlah traffik pada masa ini. Rajin-rajinkanlah diri untuk ping entry di laman sosial seperti facebook dan tempat-tempat ping yang lain.

4.00pm - 8.00pm (tak sesuai)
Waktu petang memasuki malam ini merupakan waktu yang sangat tak sesuai. Pada waktu inilah ramai yang pergi mandi, ada yang pergi surau dan waktu ini jugalah  ada yang keluar makan. So, elakkan update pada waktu ini bagi mengelakkan entri anda orang tak perasan.

9.00pm -12.00am (Sangat sesuai)
Waktu yang sesuai bagi pengguna laman sosial. Pada masa inilah pengguna-pengguna internet akan meluangkan masa dihadapan laptop masing-masing. Oleh itu, pilihlah waktu-waktu yang sesuai untuk mengetengahkan hasil tulisan-tulisan anda.

Sekian terima kasih dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..

Sunday, April 6, 2014

Entri yang mendapat sambutan di blog Denaihati (2012-2014)

Selepas membaca hasil tulisan pemilik blog Denaihati daripada tahun 2012 sehingga 2014, satu ayat yang boleh saya ungkapkan, "saya merupakan orang yang paling malang kerana baru mengenali blog beliau". Secara peribadi saya tidak begitu rapat dengan beliau, namun melalui tulisan-tulisan dalam blog beliau, saya mendapati beliau mempunyai satu keunikan yang tidak dimiliki mana-mana blogger lain. Blog yang lengkap mengisi pelbagai aspek merangkumi tips blogging, politik, agama, sukan dan isu semasa.

Saya pernah berjumpa dengan pemilik blog Denaihati ini semasa Perhimpunan blogrrr dekat The Mines hari tu. Itu pun tak sempat nak tegur. Time tu, beliau sedang rancak berbual projek juta-juta dengan Bro Framestone. Tak naklah kacau. Oppsss! Gurau. :)

Ok, cukup dengan intro yang panjang tu, sekarang jom kita lihat 5 entri Denaihati yang mendapat share terbanyak.

Hidupkan untuk memberi sebagai trade mark.. :)

1) Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia (9.4k Share)
Entri yang ditulis pada bulan puasa lepas ini telah mendapat tumpuan pembaca dengan lebih 9000 share dilaman sosial. Entri ini bukan sahaja memudahkan pembaca untuk mengetahui waktu imsak dan berbuka, malah ada juga diselitkan niat puasa dan berbuka yang sangat diperlukan ketika masuk sahaja bulan ramadhan. Cukup menarik.

2) Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia (4.8k share)
Ini lagi satu artikel di bulan ramadahan yang berjaya mendapat tumpuan pembaca. Dalam entri kali ini beliau menyenaraikan 45 buffet ramadhan hotel dan restoran di Malaysia lengkap dengan detail harga. Melalui entri ini saya mendapat satu inspirasi walau bulan ramadhan pun blog masih boleh mendapat trafik yang baik walaupun ada sesetengah yang menagatakan masuk sahaja bulan ramadhan pembaca akan berkurang. Ambil satu tajuk dan pelbagaikan entri dan sampaikan apa yang diperlukan pembaca pada bulan ramadhan.

3) Semak Saman AES Online (3.9k Share)
Entri ini pula entri yang memudahkan pengunjung menyemak surat cinta saman AES bak kata Denaihati dalam entri tersebut. Enti yang mendapat share 3.9k ini semenagnya entri yang menjadi carian kepada mereka yang mendapat surat saman AES. Kebanyakan entri-entri semakan sebegini memang menarik perhatian pembaca kerana sangat diperlukan.

4) Aqiqah Ramadan di Kemboja (3.0k Share)
Entri yang bertarikh 9 julai 2013 ini telah mendapat share sebanyak 3.0k share. Sesuatu yang cukup mengkagumkan. Entri ini menceritakan pakej Aqiqah Ramadan dengan harga yang murah dan sangat berpatutan. Selain itu ia dapat menyedarkan kita sebagai umat Islam betapa pentingnya ibadah akikah ini.

5) Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal (1.7k Share)
Entri ini pula merupakan entri serius yang disertakan dengan satu video yang cukup menyentuh dan patut diberi perhatian. Agak panas apabila kita membincangkan isu ini secara terbuka. Apa-apa pun, saya tak nak mengulas panjang mengenainya dan anda rujuklah sendiri video tersebut dan anda akan mendapat jawapan kenapa kita sering berdoa dan tidak diterima oleh yang Esa. Perhatikan apa yang diperkatakan ustaz Don dalam video tersebut pada minit 2.42.

***

Begitulah sedikit perkongsian 5 artikel dalam blog Denaihati yang mendapat sebaran terbanyak. Dalam banyak-banyak entri dalam blog tersebut, saya sebenarnya tertarik pada satu artikel yang tulis oleh beliau iaitu mengenai Orang tabligh. Entri yang menceritakan pandangan peribadi beliau mengenai pergerakan jemaah tabligh ini. Entri ini juga turut mendapat sebaran antara yang terbanyak dengan 1.6k. Syabas Denaihati!

Suka ulasan dalam entri ini.

Menerusi tulisan-tulisan beliau, banyak benda yang saya sependapat tetapi satu sahaja yang bercanggah. Beliau peminat tegar Arsenal dan saya peminat setia Manchester United yang semakin mantap tu. Huhu (pujuk hati).

Friday, April 4, 2014

12 gambar pemenang anugerah fotografi dunia sony 2014

Anugerah Fotografi Dunia Sony merupakan salah satu program pertandingan yang dibuka kepada golongan profesional, amatur dan pelajar. Di bawah ini disenaraikan para pemenang bagi kategori yang dipertandingkan iaitu terbuka dan belia yang turut dimenagi oleh photographer dari Malaysia. Jom kita saksikan.

Kategori Terbuka 'Split Second' 2014: Hairul Azizi Harun (Malaysia)
Kategori Terbuka Seni Bina 2014: Holger Schmidtke (Jerman)
Kategori Terbuka Panoramik 2014: Ivan Pedretti (Itali)
Kategori Terbuka 'Enhanced' 2014: Kylli Sparre (Estonia)
Kategori Belia Potret 2014: Paulina Metzscher (Jerman)
Kategori Belia Alam Sekitar 2014: Turjoy Chowdhury (Bangladesh)
Kategori Terbuka Seni dan Budaya 2014: Valerie Prudon (Perancis)
Kategori Terbuka 'Low Light' 2014: Vlad Eftenie (Romania)
Kategori Belia Budaya: Anastasia-Zhetvina (Rusia)
Kategori Terbuka 'People' 2014: Arup Ghosh (India)
Kategori Terbuka Pelancongan: Chen Li (China)
Kategori Terbuka Alam dan Haiwan Liar: Gert Van Den Bosch (Belanda)

Amacam, menarik bukan? Semoga ia menjadi sumber inspirasi kepada kita untuk menghasikan karya-karya fotografi yang berkualiti serta memberi mesej berguna buat yang melihatnya. Sedikit ucapan dari Hairul Azizi pemenag dari Malaysia.
"Kategori ini apabila saya buat kajian pada yang pemenang tahun lepas kebanyakannya adalah stage shoot. Jadi bagi pendapat saya ini adalah peluang untuk saya terjemahkan cabaran kisah seorang photographer disebalik untuk mendapatkan sekeping gambar. Saya metaforakan air sebagai cabaran dan selitkan pengisian yang lain dalam cerita ini seperti generasi berbeza, permainan combat2 yang jarang @ tidak dimainkan oleh generasi kanak2 sekarang, pengaruh kemodenan dan rumah lama kampung. Pengambaran ini hanya sekali sahaja..terima kasih atas sokongan dan komen yang diberikan. Alhamdulillah". - Hairul Azizi Harun

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah

Assalamualaikum w.t.b
Saya Aniq Bukhary dengan rendah diri dan penuh takzimnya menjemput anda untuk join Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah  nie. Hadiah menarik menanti anda. :)

http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN! :)



Tuesday, April 1, 2014

Apabila gajah masuk bandar

Satu perkongsian santai dikala otak tengah dibebani dengan assignment portfolio yang cukup mencabar. Apa-apa pun, kita abaikan kejap pasal benda-benda tu dan kita release tension dengan satu perkongsian santai penuh pengajaran ini. Jom layan..

Apa pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini?

1) Kekuatan fizikal bukannya segala-galanya.
2) Berfikir menggunakan otak bukannya lutut.
3) Kesombongan tidak akan membawa kita kemana-mana.
4) Ingat sekuat mana pun kita, akan ada lagi yang kuat daripada kita atau secomel mana pun kita ada lagi yang comel daripada kita. ^_^

Renung-renungkan.. Ada lagi nak tambah? silakan

Lagi kisah menarik --> Emas yang sombong