AKU PENGEMBARA: 03_14


Monday, March 31, 2014

Rahsia rezeki melimpah melalui solat dhuha

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Rahsia rezeki melimpah melalui solat dhuha

Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:


Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:


Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”.
Nota
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
SEMOGA BERMANFAAT

P/s: Selepas serius mengendalikan bisnes di TERATAK ANIQ BUKHARY tu, baru plak terfikir nak buat solat dhuha. Alahai... Lemahnya iman.. Tak tahu cara nak solat dhuha, so saya buatlah sedikit research then saya kongsikan di halaman ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk diri saya terutamanya setrusnya para pembaca yang terus menerus memberikan sokongan kepada blog ini. :)

Pautan: Ibu berbicara

Tuesday, March 25, 2014

Nilai disebalik sebuah gambar

KOTA BHARU- Hanya kerana sekeping gambar, namanya kini sebaris juru foto antarabangsa lain selepas dinobatkan sebagai pemenang ketiga Anugerah Fotografi Antarabangsa Hamdan (HIPA), Dubai baru-baru ini.

Muhamad Saleh Dollah, 40, tidak pernah menyangka percubaan pertamanya menghantar gambar untuk menyertai pertandingan itu tahun lalu berhasil apabila idea dan kreativiti yang diaplikasikan berjaya menyaingi peserta dari seluruh pelosok dunia.

Nilai disebalik sebuah gambar

“Mungkin ini rezeki saya, tidak ada persiapan dilakukan, hanya hantar gambar sedia ada yang diambil dua tahun lalu, dengan ambil kira tema ditetapkan, iaitu ‘mencipta masa depan’. Malah, proses penghantaran gambar dibuat melalui laman web anugerah itu juga dilakukan saat akhir, kira-kira enam jam sebelum penyertaan ditutup,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhamad Saleh yang lebih dikenali sebagai Abe Less Classictouch Full berkata, beliau merupakan peserta pertama dari Malaysia yang menyertai anugerah itu sejak diperkenalkan pada 2011.

Mempertaruhkan gambar warga emas sedang mencari cucunya yang hilang di Pantai Mek Mas, PCB, dengan bertemankan pelita, Muhamad Saleh tidak menyangka ia mampu menarik perhatian juri sehingga melayakkan beliau menangi sebuah trofi dan wang tunai USD6,000 (RM20,000).

Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - Najib

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.


Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Pautan: www.astroawani.com

Friday, March 21, 2014

Anda bukan gagal, cuma kejayaan tertangguh

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun diumumkan. Pelbagai macam ragam pelajar-pelajar menyambut keputusan SPM. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang baik, sudah tentu perasaan gembira terpancar diwajah tetapi sebaliknya pula yang dialami bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang baik. Jangan kecewa. Rezeki Allah diluar sana masih luas.

Aku sebenarnya lebih suka bercerita mengenai pelajar-pelajar mendapat keputusan yang kurang baik disebabkan aku pun berada dalam kalangan mereka suatu ketika dulu. Malah aku tidak malu untuk mengatakan bahawa aku bukanlah pelajar cemerlang yang disayangi cikgu macam pelajar-pelajar lain. Dalam bahasa kasarnya aku merupakan 'pelajar yang lembab'.

Aku jika dibandingkan dengan result adik Elfira Loy yang dapat 7A ini,
amat jauh sekali..

Keputusan SPM aku tidaklah gempak macam member-member aku yang lain. Hanya mendapat keputusan 2A yang lainnya memang menyakitkan mata untuk dipandang. Terus terang aku kecewa. Namun berkat dorongan dan semangat yang diberikan oleh keluarga, aku gagahi juga hidup ini walaupun hati kecil berkata, 'aku benci tengok result aku ini'. Keluarga aku terus menerus support aku terutamanya mak.

Pernah sekali mak berkata, "mak sanggup berhutang untuk hantar kau belajar, yang penting kau berjaya". Sentap mendengar kata-kata mak itu sehingga sampai tahap air mata ini nak menitik rasanya namun sedaya upaya aku tahan. Aku berjanji pada diriku bahawa aku akan buktikan pada mak betapa anak lelakinya ini mampu membuatnya gembira suatu hari nanti.

Keesokan paginya, aku pergi pejabat FELDA yang jaraknya lebih kurang dua puluh minit dengan berjalan kaki. Tanya mana-mana universiti yang menawarkan kursus yang sesuai dengan kelulusan aku yang cukup-cukup makan itu. Kali ini aku pergi tak bagi tahu mak.

Aku bincang dengan kerani bertugas di situ dengan pelbagai proses soal jawab yang aku lalui. Boleh tahan lama jugalah kerani itu soal siasat aku. Conclusionnya aku dicadangkan supaya mencuba nasib di Universiti Limkokwing berdasarkan minat aku yang lebih kepada multimedia. Aku mencuba dan mencuba isi mana-mana borang yang patut malah borang yang tidak menerima result seperti aku pun aku isi juga. Lantak lah!

Beberapa hari selepas itu, pihak Limkokwing menghubungi aku dan mengatakan aku diterima meneruskan pengajian di Universiti. Ya Allah! aku terkejut. Syukur pada mu Ya Allah. Aku tak sangka pun aku diterima. Alhamdulillah, mungkin rezki aku sudah tertulis di Universiti Limkokwing. Buat adik-adik lepasan STPM dan SPM,

Bagi yang cemerlang, tahniah...

Bagi yang tidak, usahlah goyah...

Anda bukan gagal, cuma kejayaan tertangguh.

Yakinlah..

Kejayaan dalam sukan bola sepak yang boleh kita ambil
iktibar.
Bill Gates yang kaya raya pun pernah merasai kegagalan

Bagi yang kurang berjaya tu, usahalah sesungguhnya, gagal bukanlah penamat kepada perjuangan. Peluang masih terbuka dan banyak lagi rezeki diluar sana. Dengar pesanan ikhlas daripada Tuan +Denaihati Ilhamku ini:

Keputusan SPM bagus itu sangat bagus, ditambah akhlak bagus lagilah sangat bagus dan paling terbagus apabila ada skill untuk hidup dalam dunia yang semakin mencabar sekarang sebab tu jangan kecewa kepada yang tak dapat keputusan SPM yang bagus kerana kalau akhlak bagus dan ada skill kehidupan pasti anda boleh jadi manusia yang lebih berjaya. Sebenarnya Lebih senang didik anak berjaya dalam SPM cemerlang tetapi sangat mencabar didik anak berakhlak baik.

Sekian terima kasih. Salam sayang buat anda semua dan semoga kejayaan datang kepada kita dengan usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa... :)

GA Mac 2014 by Emas Putih

Wednesday, March 19, 2014

Vokalis kumpulan Slam dibunuh?

Zamani Slam
Apabila bercerita mengenai vokalis kumpulan Slam, secara automatik mesti kita semua terbayangkan seorang penyanyi yang berambut panjang dan mempunyai suara lunak merdu Zamani Slam bukan. Siapa yang boleh lupa dengan lagu popular gerimis mengundang yang pernah menjadi siulan anak-anak muda satu ketika dulu. Abang Zamani inilah penyanyi lagu tersebut.

Persoalan sekarang, benarkah vokalis kumpulan Slam dibunuh? Baru-baru ini, blog saya ini dikejutkan dengan satu keyword 'cerita pembunuhn vokalis kumpulan Slaam'. Biar betul. Saya pun cepat-cepatlah google perkataan itu memandangkan saya merupakan antara peminat kumpulan Slam.

Selepas saya mencari keyword tersebut dekat google, entri ini yang saya temui. Rupa-rupanya kisah pembunuhan Arwah Along Spoon yang tiada kaitan langsung pun dengan Zamani. artikel tersebut merupakan artikel yang saya tulis tahun lepas tetapi memberi sedikit kesan pada keyword blog. Ish.. ish.. Pelik betul permainan SEO sekarang ini. Tak tercapai dek akal.

Siapalah punya kerja taip kat google vokalis Slam kena bunuh. Suspen admin!

Vokalis kumpulan Slam dibunuh? Hmm..

Apa-apa pun semoga terhibur hendaknya. Saya tinggalkan anda dengan sebuah lagu Zamani and the gang serta sedikit daripada lagu berhantu yang pernah menghiburkan kita satu ketika dulu. Serius, teringat kembali nostalgia lama mendengar lagu daripada Kumpulan Slam ini. Ingat! Zamani Slam sihat walafiat okay. Sebarang spekulasi mengenai beliau amatlah ditegah.

Lagu berhantu kumpulan Slam

Sunday, March 16, 2014

Kapten Zaharie Ahmad Shah dari kaca mata sahabat baik beliau

Kapten Zaharie Ahmad Shah

Sedar atau tidak, hari ini sudah pun masuk hari ke-9 misteri kehilangan pesawat MH370 dan orang yang menjadi bualan ketika ini sudah pastinya juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Ramai yang bercerita mengenai beliau sejak kehilangan MH370 8 mac lepas.

Siapa sebenarnya Kapten Zaharie ini masih ada lagi yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan juruterbang yang cukup disegani dalam kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS), berdasarkan kemahiran, kepakaran dan serta pengalaman luas yang beliau dimiliki.

Juruterbang yang telah mencatatkan 18,365 jam penerbangan itu juga mempunyai sebuah sistem simulator penerbangan Boeing 777 di kediaman beliau. Sistem simulator penerbangan itu dipasang oleh beliau sendiri dan siap pada November 2012 menggunakan perkakasan FSX dan FS9 pada enam skrin monitor.

Sistem simulasi itu turut dilengkapi dua kad grafik terkini jenis Asus 7970 serta beberapa perkakasan canggih yang lain. Minat anak kelahiran Pulau Pinang yang juga bekas pelajar Penang Free School itu turut mencakupi pesawat kawalan jauh dan beliau memiliki model Bell 222 dan jenis Cataline PBY.

Menyertai MAS pada 1981, Zaharie juga merupakan pemeriksa bertauliah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Selain Boeing 777, beliau pernah menerbangkan pesawat Fokker 50, Boeing 737 dan Airbus 300.

Disifatkan sebagai seorang yang mesra, peramah, ceria, gemar bergurau serta aktif dalam komuniti kejiranan, Zaharie juga mempunyai kebolehan memasak. Antaranya kari ikan, cendawan brokoli dan sambal tauhu malah beliau seringkali menghantar sendiri masakan seperti spaghetti dan bihun goreng untuk kenduri di kawasan perumahannya. [Sumber]

Juruterbang Zaharie Ahmad Shah dari kaca mata sahabat baik beliau, Kapten Norudin Abd Majid. Saksikan video dibawah:


Daripada penjelasan ringkas ini, dapatlah kita tahu betapa kapten Zaharie bukannya calang-calang orang dalam dunia penerbangan. Pengalaman yang begitu luas dan kemahiran yang begitu tinggi. Apa-apa pun, semoga beliau berada dalam keadaan selamat begitu juga dengan para kru dan penumpang MH370.

#Let'sPrayForMH370

Saturday, March 15, 2014

Senarai penuh perpindahan pemain liga Malaysia 2014 (April)

Jendela perpindahan pemain Liga Malaysia 2014 bakal dibuka pada 23 Mac hingga 22 April ini. Di bawah ini saya senaraikan perpindahan pemain untuk 'april window' daripada rumours sehinggalah pemain tersebut sah menyertai pasukan baru.

Wan Zack Haikal kembali ke Liga Malaysia

JOHOR DT 1
Marcos Elias Santos (Import Brazil) 
Signed
Jorge Pereyra Diaz (Import Argentina)
Signed


KELANTAN
Prince Tagoe (Pemain kebangsaan Ghana) Signed
Hussein Alaa Salman (Pemain kebangsaan Iraq) Signed
Brendan Gan (Sydney FC) Signed
Wan Zack Haikal (Ryukyu FC)
Signed
Fitri Omar (ATM)
Signed

SARAWAK

Ryan Alan Griffith (Import Australia) Signed
Hassan Mohamad (Pemain kebangsaan Lubnan)
Signed

SELANGOR

Evaldo Dos Santos (Import Brazil)
Signed
Nazmi Faiz Mansor (PKNS)
Signed
 
TERANGGANU
Marco Tulio (Import Brazil) Signed
Mustapha Dabo (Import Senegal) Signed
Javier Estupinan (Import Columbia) Signed

PERAK
Milan Purovic (Import Yugoslavia)
Signed
Abdullahfees (Import Nigeria) Signed
Hassan Daher (Import Lubnan) Signed
Imad Ghaddar (Pemain kebangsaan Lubnan) Signed

T-TEAM
Jimmy Mulisa (Pemain kebangsaan Rwanda)
Signed
Leandro Dos Santos (Import Brazil) Signed
Goran Subara (Import Australia) Signed
Zul Aziz Nawawi (Terangganu) Signed
Fazli Baharudin (PKNS) Signed

PKNS
Shahruain Abu Samah (FELDA) Signed

ATM 
Fabrice Noel (Import Haiti) Signed
Park Yong Ho (Import Korea) Signed

KEDAH
Aender Naves Mesquita (Import Brazil) Signed

NEGERI SEMBILAN
Philani Kubheka (Import Afrika Selatan) Signed
Ivan Babic (Bekas import Sarawak) Signed

FELDA UNITED

Raimi Mohd Nor (Selangor) Signed

KL SPA
Guy Bwele (Bekas import Sarawak) Signed
Alen Guc (Bekas import Kedah) Signed

Aku pengembara: Segala isi kandungan yang terdapat dalam entri ini merupakan informasi yang dikutip dari pelbagai sumber seperti akhbar, blog dan beberapa laman sosial lain. Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa sehinggalah tarikh tutup perpindahan pemain diumumkan. Untuk pengetahuan, tanda (Signed) akan diletakkan dibahagian tepi nama pemain yang telah pun sah menyertai pasukan baru.

Monday, March 10, 2014

Mesej mengharukan dari menara kawalan Beijing untuk MH370 (Video)


Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing masih belum lagi ditemui. Kehilangan pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terus menjadi tanda tanya dan mengundang kerisauan seluruh rakyat Malaysia. Hari demi hari kita terus menanti dengan penuh pengharapan semoga ada perkhabaran baik yang kita terima beberapa hari ini.

Di bawah ini merupakan mesej yang di hantar oleh menara kawalan di Beijing kepada Pilot Captain Zaharie Shah yang membawa MH370. Saksikan video yang cukup menyentuh ini.


They love you, We love you. MH370 pulanglah.

Terjemahan.

"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.

Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

Secara peribadi saya mengatakan hati saya tersentuh apabila mendengar setiap bait kata yang disampaikan. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat memastikan keaslian rakaman suara dalam video ini 100%. Sila rujuk laman-laman rasmi yang boleh dipercayai berkaitan perkembangan MH370. Video ini saya temui dalam laman sosial atas perkongsian rakan-rakan.

Sedikit puisi buat MH370

Menanti Kamu MH370
Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkanlah petanda,
Andai terguris tunjukkanlah di mana,
Andai ada tunjukkanlah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.

Jika ada di laut Kau timbulkanlah
Jika di langit Kau kau turunkanlah
Jika ada di darat kau tunjukkanlah..

Amin.. :'(

Thursday, March 6, 2014

Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang kontest ilmu blogspot

"Perjalanan hidup bergelar seorang blogger tidak semudah yang kita fikirkan. Disebalik keseronokan dalam menulis dan berkongsi, ramai yang tidak tahu betapa dalam blogging ini kita bersahabat baik dengan onak dan duri". Begitulah pendahuluan yang saya tulis dalam entri yang telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3 kontest ilmu blogspot blogger Malaysia anjuran Hasrul Hassan.

Alhamdulillah. Terpilih juga sebagai pemenang kontest ilmu blogspot walaupun terasa kecik apabila melihat peserta-peserta yang turut menyertai kontest tersebut. Semuanya hebat-hebat dan berpengalaman luas dalam dunia blog malah ada dalam kalangan mereka merupakan tempat rujukan saya apabila berhadapan dengan masalah blog.


Sebelum saya menulis entri ilmu blogspot tersebut bulan lepas, saya sempat meninjau hasil tulisan peserta-peserta lain. Seriously saya cukup kagum dan terkesima melihat olahan ayat serta idea yang mereka keluarkan. Begitu bernas sekali sehinggakan hati ini berkata, "memang tiada harapan laa nak menang".

Walaubagaimanapun saya sahut juga cabaran atas dasar berkongsi ilmu pengetahuan. Kalau tak menang pun at least, bermanfaat jugalah hasil penulisan saya itu dan tak sangka pula tuah menyebelahi aniqbukhary.blogspot.com. Alhamdulillah.

Sebenarnya dari petang tadi sampai sekarang saya tak habis fikir lagi pasal benda nie 'betulkah blog saya menang?'. Terkejut dengan mesej yang diterima daripada Hasrul Hassan petang tadi dekat IOI Puchong. "Serious macam mimpi dowh!". Mungkin juga sebab saya jarang menang kontest besar, jadi rasa gembira tu lain macam sikit.

Kemenangan merupakan satu penghargaan buat blog setahun jagung ini. Terima kasih :)

Pemilihan saya sebagai pemenang ini akan saya jadikan pembakar semangat untuk terus menyumbangkan idea-idea dalam dunia blog. Apa yang pasti, penghargaan ini bakal saya ingat sampai bila-bila dan akan terpahat dalam lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang blogger.

Saya berkongsi dengan seikhlas hati menerusi pengalaman dan ilmu sekadar apa yang saya tahu. Banyak benda lagi sebenarnya yang patut saya belajar dalam dunia blog ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak penganjur, sponsor-sponsor, rakan-rakan blogger seterusnya mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kontest yang sangat bermanfaat ini. I LOVE U ALL. Assalamualaikum.

Tulisan yang membawa tuah ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA

Wednesday, March 5, 2014

Muslim Niaga "Platform Dropship Produk Islamik No. 1 Malaysia"

Apa itu muslim niaga

Muslim Niaga merupakan satu platform yang menyediakan perkhidmatan sistem kedai online yang berkonsepkan dropship. Apa yang menarik dan unik mengenai Muslim Niaga ini, ia hanya menawarkan produk-produk bercirikan 100% islamik dan tidak terdapat dalam mana-mana perkhidmatan dropship yang lain.

http://www.terbaek.net/2014/02/12/contest-seo-muslim-niaga/
Contest Muslim Niaga

Bermula dengan hanya produk Al-Quran digital pada awal kemunculannya, Muslim Niaga mengorak langkah demi langkah dan berkembang maju sehinggalah ke tahap sekarang ini dengan pelbagai jenis barangan islamik ditawarkan.

Untuk pengetahuan, sekarang ini Muslim Niaga telah pun mencapai angka hampir 500 ejen selepas penubuhannya. Ini merupakan satu pencapaian yang bolehlah dibanggakan kerana untuk mencapai angka tersebut memakan banyak masa tetapi Muslim Niaga hanya memerlukan beberapa tahun sahaja.

Angka 500 itu sudah cukup membuktikan betapa Muslim Niaga ini bukan calang-calang perkhidmatan. Bukan mudah sebenarnya untuk mencapai tahap ini dengan mendapat kepercayaan daripada pihak luar tetapi Muslim Niaga dapat melakukannya. Sesuatu yang menakjubkan.

Al-Quran digital produk pertama Muslim Niaga

Kelebihan utama perkhidmatan Muslim Niaga

Tak perlu fikir tentang stok
Anda tak perlu memikirkan tentang stok tak laku, tempat simpan stok, tidak perlu menguruskan pembungkusan dan penghantaran kerana semua pihak Muslim Niaga yang akan uruskan. Apa yang anda perlu buat hanya mempromosikan kedai online anda sahaja. 

Kaedah dropship membolehkan anda untuk tidak perlu menyimpan stok tetapi masih boleh beli pada harga borong. Di sinilah anda akan menjana keuntungan. Maklumat keuntungan setiap produk (Harga ajen & Harga jual) akan dipaparkan di dalam sistem kedai online anda.

Domain & Hosting
Anda tidak perlu fikir tentang keselamatan kedai online anda. Tidak perlu memeningkan kepala bagaimana nak 'maintain' server hosting dan domain kerana ianya semua dikendalikan oleh pakar-pakar di Muslim Niaga itu sendiri.

Bantuan & Sokongan
Menariknya mengenai perkhidmatan ini, anda tidak akan dibiarkan berseorangan kerana bantuan dan sokongan tetap diberikan. Muslim Niaga telah menyediakan group support di Facebook khas untuk anda berinteraksi dengan Muslim Niaga dan ajen-ajen yang sudah berjaya membuat jualan secara online dan offline melalui sistem kedai online yang diterapkan oleh Muslim Niaga.

Menyediakan Website Kedai
Setiap RANIA (Rakan Niaga) kami dilengkapkan dengan satu website kedai online mereka sendiri. Ianya sudah dilengkapi dengan 300+ produk serta borang tempahan, sistem bayaran dan juga blog.

Sistem Invoice & Tempahan
Memudahkan pengedar dan pembekal menguruskan tempahan terkini. Email notifikasi dihantar kepada pembeli, pengedar dan pembekal untuk memberitahu status invoice. Pembekal juga dapat mengemaskini tracking no. dan maklumat ini akan dihantar terus ke e-mail pembeli dan pengedar.

Data Pengguna & Rekod Tempahan
Sebagai usahawan, data pelanggan sangat penting. Di sini kami benarkan anda akses ke maklumat pelanggan anda supaya anda dapat hubungi mereka. Mudah untuk anda buat 'follow-up' di masa hadapan.

Untuk mengetahui dengan lebaih lanjut lagi, ikuti temubual bersama founder Khairul Fadhli Abdul Rahim ini.


Temubual yang pernah disiarkan dalam rancangan bisnes alternatif astro Awani

Islam menggalakkan penganutnya untuk melakukan atau menceburkan diri di dalam dunia perniagaan kerana 90 peratus punca rezeki manusia adalah daripada hasil perniagaan. Kini dilihat ramai manusia mengecapi nikmat kekayaan dan kesenangan yang terhasil daripada perniagaan yang dijalankan.

Hal ini bersesuaian dengan matlamat Muslim Niaga untuk membantu usahawan dropship memiliki laman web kedai online sendiri. Inilah masanya untuk ekonomi muslim bangkit. Jadi apa tunggu lagi, jom berniaga bersama Muslim Niaga. Macam mana nak daftar?

Anda boleh klik melalui link ini --> Borang pendaftaran rakan niaga

Website Muslim Niaga
No.tel 011-14260161
Fanpage Muslim Niaga
Twitter :@mndropship
Service Muslim Niaga :
→ Kedai Online
→ Design
→ Pembekal
→ Training Online
→ Seminar Mentor Dropship
→ Train usahawan
→ Trading

Alamat Pejabat:
No.32-3B
Sunwaymas Commercial Center
Jln PJU 1/3B
47301, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia

No.Pejabat:
011-14260161

Waktu Pejabat:
9.30am - 5.00pm

Monday, March 3, 2014

Romance in fate bridal fair Mid Valley 2014

Sabtu dan ahad baru-baru ini, saya berkesempatan merasai sendiri kehangatan pemeran pengantin yang diadakan di Mid Valley Exibition Centre (MVEC). Saya yang datang atas tiket photographer itu berasa sungguh teruja kerana inilah pertama kali saya mengikuti pameran pengantin. Bekerjasama dengan La Memoria Wedding Event satu penghargaan buat production kami Antz Pictures Studioz.

Mari kita lihat beberapa keping gambar sepanjang event berlangsung.

kawan-kawan tempat bekerja selama 2 hari di Mid Valley.
Lokasi event. Mid Valley Exibition Centre.
Pentas utama
Kerja oh kerja! Dua hari event hanya menghadap backdrop ini.
Charles, orang yang offer saya untuk jadi photographer event.
Penerangan diberikan oleh crew La Memoria
Ruang khas yang disediakan untuk bergambar.
Akak, cover senyum tu. manis sangat :D
Kenangan terindah pengunjung di Eiffel Tower :)
Mencipta gaya yang kreatif menzahirkan cinta. :)
Tertarik pula pada adik comel ini. Comel kan?
Lamaran secara life di hadapan ribuan pengunjung.

Apa perasaan anda sebagai wanita apabila dilamar dikhalayak umum? Mungkin itulah yang dirasakan oleh pompuan ini apabila lelaki baju biru yang siap dengan member2 membawa belon bertulis 'will u marry me?'. Satu dewan kat Mid Valley pompuan nie lari dan sampai satu ketika lelaki tu berjaya juga mendapatkannya.

Tanpa berlengah lagi laki tu bagi cincin then cakap bahasa cina yang aku sendiri tak paham. Nangis wei pompuan ni. Aku pun tak tau kenapa. wanita2 diluar sana yang tahu tolong expalin sikit?

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. In shaa Allah minggu hadapan akan ke Petaling Jaya pula tapi tak tahu event apa. Kalau ada rezeki in shaa Allah bekerjasama lagi dengan La Memoria lagi di Petaling jaya nanti. Doakan saya dan production Antz Pictures Studioz dapat job tu nanti. :)

Sunday, March 2, 2014

Emas yang sombong

Assalamualaikum kepada pembaca blog semua? Harap sihatlah hendaknya di samping keluarga tercinta. Hujung minggu ini saya bawakan kepada anda satu perkongsian santai tetapi penuh dengan pengajaran. Tanpa perlengah, jom layan..


Semoga mesej yang disampaikan dalam kisah santai ini memberi manfaat buat kita. Tiada guna kita menyombongkan diri. Jika kita rasa kita hebat, ketahuilah ada lagi yang lebih hebat dari kita. Jika kita rasa kita kuat, sesungguhnya ada lagi yang lebih kuat dari kita. Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk ke bumi.

P/s: saya dapat dari buku komik sekolah rendah saya dulu. Saya pun dah lupa nama publisher komik ini jika sesiapa tahu mohon maklumkan kepada admin (Nak letak sumber). Ada enam ataupun tujuh lagi siri cerita yang lebih kurang macam seperti ini. Jika ramai permintaan dan ramai pembaca, saya akan kongsikan dilembaran yang akan datang. :)