AKU PENGEMBARA: 02_14


Friday, February 28, 2014

Contest kembara Kemboja


Jauh perjalanan luas permandangan. Begitulah pepatah orang tua-tua dulu yang kerap kali kita dengar apabila sahaja merujuk kepada pengembaraan. Setiap daripada kita mempunyai impian untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik di dunia bukan?. Setiap pengembaraan yang telah kita lalui memberi satu makna dan nilai tersendiri yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bersesuaian dengan itu sebuah syarikat tempatan yang diberi nama Cambodia Muslim Holiday & Travel ada menawarkan perkhidmatan pelancongan sekaligus memenuhi impian anda untuk melancong ke tempat-tempat menarik di negara Kemboja.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Cambodia Muslim Holiday & Travel bukan calang-calang syarikat pelancongan di nusantara. Syarikat pelancongan ini merupakan salah satu operator pelancongan yang begitu dikenali terutamanya di Kemboja dan Vietnam. Seperti yang kita sedia maklum, bukan senang untuk membina nama di serata dunia tetapi Cambodia Muslim Holiday & Travel berjaya melakukannya. Satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Syarikat pelancongan yang dimiliki 100% oleh saudara islam kita di Kemboja, Ustaz Yahya Al-Hafiz ini menawarkan Perkhidmatan Pelancongan bagi mempermudahkan perjalanan anda dengan 100% jaminan keselamatan. Selain itu, ia sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dengan ciri-ciri islamik. Sesuatu yang tidak akan anda perolehi daripada syarikat-syarikat pelancongan yang lain di dunia.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Antara tempat menarik yang terdapat di Kemboja yang mungkin kita tak pernah tahu ialah Phnom Penh. Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikenali sebagai “Mutiara Asia”, ia telah dianggap sebagai salah satu bandar-bandar ayu Perancis dibina di Indocina dalam tahun 1920-an.

Phnom Penh bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja. Ditubuhkan pada 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina indah dan bersejarah dan tarikan. Terletak di tebing Tonle Sap, Mekong dan Bassacrivers, Phnom Penh kawasan metropolitan merupakan rumah kepada lebih daripada 2 juta penduduk Kemboja lebih 14 juta.

Cambodia Muslim Holiday & Travel

Itu baru satu tempat menarik di Kemboja yang saya ceritakan. Ada banyak lagi tempat menarik yang pastinya membuatkan anda rasa terpesona kerana anda tidak akan dapat merasainya melainkan anda sendiri melihatnya. Pastinya satu pengalaman yang tidak terbayar dengan wang ringgit.

Ramai yang telah menyertai kembara ke Kemboja ini dan ternyata mereka berpuas hati dengan perkhidman yang diberikan. Lihat sahaja luahan Esmaliza Wahab di bawah ini:


Anda lihat dan nilailah sendiri betapa seronoknya mereka yang melancong bersama Cambodia Muslim Holiday & Travel. Ini baru satu, sebenarnya ada banyak lagi luahan rasa gembira para peserta yang pernah menyertainya. Anda boleh rujuk link ini: APA KATA MEREKA

Apa tunggu lagi. Jika berminat untuk melancong dengan harga yang paling murah, anda boleh hubungi Cambodia Muslim Holiday & Travel melalui medium di bawah ini:


Call/Sms/WhatsApp/Wechat/Viber (Bahasa melayu)
+855 (0) 17 889 234
+855 (0) 78 50 50 48

E-mail
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com

Facebook
Ustaz Yahya Cambodia


Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

Mengapa Rasulullah melarang kita minum berdiri?

Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri? Ternyata secara medik, dalam tubuh manusia terdapat penyaring Sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh tubuh. Bila kita minum smbil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak disaring oleh sfringer dan terus masuk ke kantung kemih yang menyebabkan penyakit kristal ginjal. Subhanallah!

Gambar hiasan

Di bawah ini saya selitkan sedikit terapi air putih untuk amalan bersama:
1) minum 2 gelas setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ internal.
2) minum segelas air, 30 minit sebelum makan dpt membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
3) minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
4) minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

Semoga perkongsian kali ini bermanafaat untuk kita semua dan ingatlah dalam sunnah nabi itu ada kejayaan. Setiap perintah dan larangan Rasululullah s.a.w pasti bermanfaat just kita follow sahaja. :)

Thursday, February 27, 2014

Felixia Yeap menyelamatkan blog aku

Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga urusan pendaftaran untuk sesi pembelajaran kali ini. Minggu buzy akhirnya berjaya aku rentasi dan tempuhi dengan sempurna. Seriously buzy sangat time pendaftaran sebelum ini sehinggakan masa blogwalking pun sedikit terbantut.

Disebabkan kesibukan itulah jugalah masa untuk aku bermesra dan berkasih sayang dengan blog Aku Pengembara ini begitu terhad. Tetapi apa yang lebih merisaukan, bolehkah trafik aku maintain 500 uv setiap hari dikala kesibukan semakin mesra alam dengan aku ketika itu?

Felixia Yeap

Berbekalkan semangat yang bersisa, kerisauan itu akhirnya berjaya juga diatasi dengan wujudnya Felixia Yeap dalam blog ini. Bukan Felixia yang comel itu yang masuk, tetapi entri pasal beliau. Ada dua entri yang aku tulis mengenai Felixia sebelum ini dan kedua-dua artikel itu menjadi carian hangat pada minggu ini sekaligus dapat cover trafik dikala aku sedang sibuk. Alhamdulillah!

Atas dasar itulah yang menyebabkan aku menyifatkan Felixia merupakan penyelamat blog aku. Tak sangka ramai juga yang cari pasal budak Felixia ini mengatasi kisah sedih aku kembali ke kampus. Cis! Aku buat entri tu dengan penuh perasaan entri Felixia juga yang orang cari. Haha :D

Baiklah, di bawah ini aku selitkan dua hasil tulisan mengenai Felixia yang membantu menaikkan trafik blog ini:

Mengenali siapa pemilik nama Felixia Yeap
Telemovie lakonan Felixia Yeap nikah kita bercinta 27 februari

Felixia menjadi senarai teratas tumpuan pembaca minggu ini

Aku sebenarnya jarang menulis pasal entri keyword ini. Entri yang terbaru pasal analisis keyword meletop itu pun aku tulis pada mei 2013 yang sudah agak lama. Kali ini aku muncul lagi dengan entri keyword tanpa desakan sesiapa dan bukan juga disebabkan terpengaruh dengan keyword kalakar blog Pondok kecil itu. Ia lebih kepada menzahirkan rasa terima kasih kepada pemilik nama Felixia Yeap disebabkan entri mengenai beliau, page view blog ini meningkat tanpa diduga walaupun aku sedang buzy.

Keyword Felixia dalan blog Aniq Bukhary a.k.a Aku pengembara

Nampak tak aura Felixia di situ. Minggu ini keyword daripada Felixia mendominasi blog Aku pengembara. Hanya keyword Along Spoon, kata cinta untuk suami isteri dan dialog lawak yang berjaya membelah dominasi Felixia. Hebat kan..

Apa-apa pun, syukur pada Allah dan terima kasih kepada Felixia Yeap kerana menjadi penyelamat menerusi keyword-keyword meletop. Jutaan terima kasih tak terhingga juga aku tujukan khas kepada pembaca setia yang tak jemu-jemu membaca blog AKU PENGEMBARA ini. Tidak ketinggalan juga kepada silent reader yang sedang khusyuk membaca depan lap top tu. Kunjungan anda amatlah dihargai. :)

Akhir kata daripada penulis, tell me if I am wrong, catch me when I am fall dan jumpa lagi dilembaran yang akan datang. Wassalam.

Tuesday, February 25, 2014

Antara study dan family?

Beberapa hari ini, aku begitu sibuk untuk semester baru ini. Minggu pendaftaranlah katakan. Macam-macam benda kena buat di samping bermacam-macam perasaan jugalah yang timbul. Gembira, semangat, sedih dan berat hati semua sekali masuk dalam satu pakej. :)

Gembira sebab dapat jumpa member selepas sekian lama tak jumpa. Sebulan lebih cuti mahu tak excited jumpa?

Semangat
sebab nak cipta satu kejutan untuk semester baru ini. Semester baru semangat baru. Semoga kali ini menjadilah semua perancangan.

Sedih sebab kediaman lama aku kat Desaria Villa tu tinggal aku dan beberapa orang saja yang tinggal. Pelajar lain dah tak stay situ. Serius sedih!

Berat hati
pula disebabkan terpaksa meninggalkan keluarga untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan ini.

Aku yang dulu bukan yang sekarang :)

Walaupun aku sudah biasa berjauhan dengan family sebelum ini tapi setiap kali sahaja masuk semester baru, mesti perasaan ini akan wujud. Namun dalam berat hati itu pun, langkah ini aku gagahi juga kerana perjuangan ini mesti diteruskan.

Salam sayang tak terhingga buat mak ayah di kampung. Family termasuk abang dan kakak yang turut banyak membantu, rakan-rakan seperjuangan, pembaca-pembaca setia yang tak jemu-jemu membaca, seterusnya para pembaca yang tak sengaja terbaca perkongsian dari blog AKU PENGEMBARA ini. ^_^

Rasanya cukup di sini sahaja dulu bebelan di petang hari ini. Aku tahu mesti anda yang menyampah mendengar ceritaku ini kan? :) Tapi apa boleh buat, aku terpaksa tulis juga mengenainya biar satu dunia tahu yang aku sedang bersedih.. Huhu :D

Akhir kata daripada insan kerdil ini, tell me if I am wrong, catch me when I am fall. Assalamualaikum

Sunday, February 23, 2014

10 peringatan penting buat Me-layu

1. Kita mungkin berbangga dengan kedudukan ekonomi kita yang boleh dikatakan nombor 17 terbaik di dunia. Namun adakah kita penyumbang kepada kemantapan ekonomi kita?

2. Dikala orang lain sudah matang soal berniaga, kita masih bertatih untuk mengenalinya.

3. Orang lain bersatu walau pada zahirnya nampak berpecah, tetapi kita berpecah walau zahirnya nampak bersatu.

4. Orang lain saling sokong menyokong perniagaan satu sama lain, kita duduk berusaha mematikan perniagaan sesama sendiri.

5. Dalam masa kita tidur nyenyak dibuai mimpi (malas), orang lain sedang bertungkus lumus untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

Sedikit sangat Melayu yang berfikiran seperti Tun Mahathir.

6. Disaat orang lain bertindak untuk menjana pendapatan yang banyak, kita duduk mengutuk, mengumpat dan mencaci rakan kita yang sedang kuat berusaha.

7. Pada masa orang lain sudah pandai memiliki hartanah, kita lebih selesa menyewa dibumi sendiri.

8. Orang lain tidak lagi bergantung kepada kerajaan untuk maju, tapi kita duduk asyik mengharapkan sumbangan, dana dan sokongan untuk berjaya.

9. Kita masih duduk bertelagah soal politik, orang lain sedang fokus kepada kemajuan diri, keluarga, perniagaan dan negara. Sepatutnya itu menjadi agenda utama kita.

10. Kita senang lupa objektif kita tetapi orang lain tidak lupa objektif mereka. Mereka terus berusaha untuk maju, tapi kita terus dibuai mimpi indah.

Diadaptasi daripada tulisan Syuhada Baharudin, jutawan muda dalam laman blognya bertajuk BANGKITLAH. Semoga dengan entri kali ini membuatkan kita terinspirasi dan bersemangat untuk menjadi seoranag melayu yang berjaya. Ingat! Melayu bukan Me-layu. :)

Lagi pesanan buat Melayu [SINI]

Wednesday, February 19, 2014

Tutorial download video youtube tanpa software

Assalamualaikum para pembaca blog Aku pengembara sekalian? Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda bagaimana download youtube tanpa menggunakan software seperti IDM mahu pun Keepvid. Ok, tanpa berlengah lagi, ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini..

1) Pergi ke laman youtube

2) Search video yang anda mahukan

3) Copy link video tersebut. Contoh seperti gambar di bawah:



4) Pergi ke website ini --> Download youtube

5) Pastekan link yang anda copy tadi di ruang disediakan (tanpa https://)

6) Klik download now

7) Pilih format yang anda kehendaki

8) Kemudian save. :)

P/s: Simple kan? Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian untuk kali ini, enjoy your video! hehe :D  kalau ada yang tak faham jangan malu jangan segan kaunter pertanyaan sentiasa dibuka. Oklah, nak layan Usop Sontorian jap (lama tak tengok cte nie.. Hehe), jumpa lagi dilembaran yang akan datang.. Assalamualaikum ;)

Monday, February 17, 2014

Pemenang world press photo of the year 2014

Berikut merupakan senarai gambar yang dipilih memenangi world press photo of the year 2014 dengan kategori masing-masing. Di bawah ini saya senaraikan gambar-gambar yang dihasilkan oleh pemenang untuk tatapan anda juga sebagai rujukan untuk photographer muda seperti saya. Jom layan.


Sara Naomi Lewkowicz, dari Amerika Syarikat merakam foto ini secara tidak sengaja dimana lelaki yang bernama Shane telah bertindak mengugut untuk memukul Maggie di dapur atau Maggie dibelasah.

Foto seekor cimpanzi yang berumur lima tahun ini dirakam dengan aksinya begitu ingin tahu dengan alatan kamera yang diletakkan dihadapannya.

Foto seekor binatang Kugar meniti laluan di Taman Griffith Park di Los Angeles diambil menggunakan kamera yang sengaja diletakkan di tempat untuk melihat habitat haiwan tersebut.

Andrzej Grygiel dari Poland merakamkan saat-saat seorang peserta acara luncur 'slalom' yang jatuh ketika membuat lompatan.

John Stanmeyer, dari Amerika Syarikat merakamkan gambar sekumpulan migran Afrika di bandar Djibouti sedang mencari isyarat telefon dari negara jiran, Somalia.

Goran Tomasevic dari Serbia merakamkan seorang pemberontak Syria yang sedang berlindung dari puing-puing batu sebuah tembok setelah ianya dibom oleh kereta kebal tentera Syria.

Philippe Lopez, dari Perancis merakamkan perarakan agama dari warga Leyte di Filipina yang terselmat dari Taufan Hayyan yang mebadai wilayah tersebut.

William Daniels, dari Perancis pula merakamkan foto dimana peserta demonstrasi di Republik Afrika Tengah yang mahukan perletakan jawatan Presiden Sementara negara itu, Martineau Bria.

Carla Kogelman, dari Belanda pula merakam foto dua adik-beradik, Hannah dan Alena yang tinggal di kawasan luar bandar Merkenbrechts, Austria.

Markus Schreiber dari Jerman pula merakam foto ini dimana kekecewaan seorang wanita di Pretoria, Afrika Selatan yang gagal mendapat akses untuk upacara penghormatan terakhir mendiang Nelson Mandela.

Alessandro Penso dari Itali pula merakamakan sebuah pusat kecemasan pelarian di sebuah sekolah yang terbiar di Sofia, Bulgaria yang dibuka kepada warganya yang melarat disebabkan faktor ekonomi.

Julius Schrank dari Jerman merakamkan foto Pejuang Kachin Merdeka di Myanmar sedang berpesta dan bergembira pada satu majlis pengebumian rakan seperjuangan mereka yang terkorban.

Peter Holgersson dari Sweden pula merakamkan foto seorang atlit Sweden Nadja Casadei yang sedang bersiap sedia untuk bertarung dalam acara heptathlon meskipun beliau disahkan mengidap kanser.

Brent Stirton dari Afrika Selatan berjaya merakamkan foto lima kanak-kanak albino yang buta di Bengal Barat, India dan foto ini juga memenangi hadiah dalam World Press Photo.

P/s: Jika ada orang tanya apa itu fotografi, inilah sebenarnya jawapannya. Macam mana satu gambar yang dihasilkan itu memberi emosi kepada sesiapa yang melihatnya dan ternyata dalam senarai pemenang ini ada ciri-ciri tersebut. Bukan senang nak jadi photographer macam yang pernah saya ceritakan sebelum ini. [SINI]

Pautan 1, Pautan 2

Sunday, February 16, 2014

Nilai 3 syurga bagi kaum wanita

Kakak comel yang ada dekat Nilai 3..
Nilai 3 merupakan syurga bagi kaum wanita kerana di situlah terletaknya pasar borong terbesar dengan limpahan pakaian yang pasti membuatkan makcik-makcik dan kakak-kakak rambang mata. Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Pasar Borong Terbesar ini bersama keluarga serta kakak yang baru sahaja sampai dari Sabah.

Selain pakaian, di sini juga turut menjual barangan aksesori perkahwinan, perabot, pakaian, cenderahati, kraftangan, perabot, perhiasan rumah, perhiasan lampu, aksesori kereta dan barangan tekstil.Harga yang ditawarkan cukup murah dan sangat berpatutan.

Pinggan mangkuk yang dijual dengan harga murah. 1kg = Rm10.

Untuk pengetahuan, Pasar Borong Nilai 3 merupakan pusat sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong. Terletak di Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus Pasar Borong Nilai 3 boleh dikunjungi melalui susur keluar di laluan Lebuh Raya Utara - Selatan (ambil susur keluar ke Nilai / Pajam / KLIA). Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km, dari KLIA 25 km, dan dari Tol Nilai hanya 7 km.

Pasar Borong yang berkeluasan 165 hektar dan mempunyai 750 buah kedai ini mula diperkenalkan pada disember tahun 2001. Pada mulanya ia diwujudkan untuk mempromosikan barangan daripada negara China di mana pada ketika itu pasaran negara China mula diperkenalkan kepada dunia.

Astana Mayang Sari yang menawarkan kelengkapan perkahwinan.

Pasar Borong Nilai 3 berjaya menarik perhatian ramai pelancong khususnya daripada Kuala Lumpur dan Seremban untuk datang membeli belah di situ. Ia juga menerima kunjungan para pelancong yang terdiri daripada dalam luar negeri terutamanya ketika musim cuti sekolah dan cuti pada hujung minggu.

Mengikut data daripada Tourism Malaysia Negeri Sembilan pada tahun 2001, bilangan pengunjung yang berkunjung berjaya mencecah 10, 000 orang sehari dan angka tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menarik bukan?

Beberapa hari selepas itu, kami meluangkan masa pula ke Klang sebelum akak kembali pulang ke Sabah. Namun apa yang menarik, semasa berada di GM Klang saya ternampak satu banting bertulis 'dari Nilai 3'. Banting berwarna kuning itu cukup menarik perhatian saya..

Nampak apa yang admin nampak?

Saya terfikir, "Waahh.. hebat juga Nilai 3 ni". Memang betullah Nilai 3 merupakan syurga bagi kaum wanita disebabkan harga yang begitu murah. Lagi gambar-gambar menarik sekitar Pasar Borong terbesar Malaysia..

Harimau yang terdapat di laluan masuk. Awas!
Kedai aksesori kereta yg terselit dalam banyak2 kedai kain
Surau turut disediakan bagi kegunaan pengunjung
Antara barangan yang dijual dengan harga murah.
Tangkap gambar sementara menunggu.
Anak-anak buah yang turut serta.
Macam biasa jangan ditanya mana admin. Out of frame :)

Jika anda menginginkan barangan berkualiti dengan harga yang murah, Nilai 3 inilah tempatnya. Memang tak rugi berkunjung ke Pasar Borong terbesar di Malaysia ini. Bagi isteri-isteri tu pula, kalau dah datang tempat ni, jangan tak nak balek pula. Tak pasal-pasal kena rotan dengan encik hubby. hehe. Apa-apa pun, semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.

Pautan 1
Pautan 2

Saturday, February 15, 2014

Sebuah coretan ringkas

Sebuah coretan ringkas dariku buat tatapan kalian..

Aniq Bukhary, 27 disember 2010

Telunjuk kita tak habis-habis menunding ke arah orang lain. Tapi kita terlupa bahawa, dalam masa yang sama sebenarnya jari-jari yang lain menunding tepat ke arah kita. Renung-renungkan!

Nyerogen, nyerongen juga, moh kita beghamei.. :)

[Antz Pictures Studioz]

Thursday, February 13, 2014

Telemovie lakonan Felixia Yeap 'nikah kita bercinta' di tayangkan 27 februari ini

Setelah sekian lama peminat tertunggu-tunggu, akhirnya gadis comel Felixia Yeap pun mengumumkan tarikh tayangan telemovie pertamanya. Pengumuman ini dimaklumkan sendiri oleh Felixia Yeap menerusi fan page facebook mliknya semalam.

Telemovie lakonannya yang bertajuk 'nikah kita bercinta' akan menemui anda pada 27 februari ini di astro ria pada pukul 10 malam. Turut membintangi telemovie arahan Azmir Affandi ini termasuklah Azlee Khairi, Indah AF2013, Taiyuddin Bakar dan beberapa lagi artis berbakat lain.

Felixia Yeap watak utama telemovie 'nikah kita bercinta'.

"Telemovie pertama dalam hidup saya...

Terima kasih kak Roy yang banyak bersabar dan membantu saya mendalami watak saya sebagai Nur Sherina, terumatamanya babak menangis saya.

Terima kasih Kertas Ungu Production Sdn Bhd dan Encik Azmir yang menyempurnakan telemovie ini dengan begitu baik dan penuh dedikasi sekali.

Terima kasih Azlee Khairi yang seringkali membantu menghafal skrip bersama saya dan sentiasa sabar bila saya terlupa skrip atau tergagap.

Terima kasih kepada semua kru yang membantu menjayakan telemovie ini. Terima kasih Neng Geulis Hijab untuk semua hijab cantik yang ditaja.

Nantikan telemovie ini di Astro Ria, 27hb Februari pada 10pm. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya di sini saya bersyukur teramat sangat dengan semua ini.

Banyak lagi yang saya perlu belajar dalam bidang lakonan dan semoga ada lagi peluang untuk saya mengasah bakat lakonan saya di telemovie atau drama yang seterusnya.."

Antara petikan daripada kenyataan Felixia Yeap dalam facebooknya. Bagi peminat setia Felixia, sila take note ini dan jangan terlepas pula untuk menyaksikan lakonan pertama bekas model terkenal ini.

Felixia Yeap yang pernah saya tulis sebelum ini..

Apa-apa pun, semoga Felixia Yeap terus sukses dalam karier beliau. Lepas ni mohon Pierre Andre pula ambil Felixia berlakon dan saya harap Pierre Andre baca tulisan saya ini. Huhu :D

Video promo Nikah kita bercinta

Bagi yang mungkin tidak mengenali siapa gadis cantik Felixia Yeap ini, bolehlah rujuk lembaran lepas yang saya pernah tulis sebelum ini. [SINI]

Wednesday, February 12, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Video mengharukan kisah cinta Carl dan Ellie

Cukup mengharukan. Saya yakin mereka yang melihat video di bawah ini buat pertama kali, pasti akan melihatnya buat kali yang kedua. Saya salute pada anda yang mengalirkan air mata melihat video ini kerana anda memahami erti cinta sejati dan anda merupakan isteri dan suami yang baik buat pasangan anda.. :'(

Cinta hingga ke akhirnya.. In shaa Allah.. :'(

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita

Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku

Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu..


Video yang sama [SINI]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pasangan suami isteri diluar sana. Andai takdir Kita bersama kuingin hidup bahagia bersamamu :'(

Lagi video sedih di sini [Sedih 1, Sedih 2, Sedih 3]

Tuesday, February 11, 2014

Pemain T-Team bersumpah depan Al-Quran - Adakah dibenarkan dalam agama?

Sejarah telah tercipta buat pertama kalinya sebuah pasukan bola sepak iaitu T-Team bersumpah di hadapan Al-Quran untuk membuktikan kebenaran. Saya cukup terkejut apabila mendengar berita tersebut. Kalau sudah sampai ke tahap angkat sumpah, ini bermakna perkara ini sudah mencapai tahap serius dan perlu diambil perhatian.

Pengakuan bersumpah Khairan Ezuan, pemain T-Team.
Hal ini rentetan daripada insiden kekecohan di terowong Larkin pada perlawanan JDT bertemu T-Team. Bagi yang belum mengetahui insiden tersebut, saya bawakan satu kronologi ringkas berkaitan isu ini sehinggalah majlis angkat sumpah semalam.

JDT mendahului 2-1 pada separuh masa pertama Perlawanan JDT menentang T-Team Piala FA 1 februari lepas.

Stefano Impaguazzo, Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim sebaik wisel separuh masa dibunyikan.

Pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues, meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikatakan dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

Perlawanan Perlawanan JDT Vs T-Team terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan atas faktor keselamatan.

Bahagian pengurusan tertinggi T-Team mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian itu serta mengarahkan mangsa membuat pemeriksaan kesihatan.

Ketua jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah menggesa FAM supaya memindahkan Perlawanan JDT Vs T-Team ulangan itu ke gelanggang berkecuali bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

FAM membuat keputusan di luar jangkaan apabila memberikan kemenangan 3-0 kepada JDT.

Pengurusan T-Team kecewa dengan keputusan itu dan Presiden PBSNT meminta pemain-pemain T-Team bersumpah di hadapan Al-Quran untuk membuktikan kebenaran.


Video pengakuan bersumpah Azlan Johar dan Khairan Ezuan, pemain T-Team

Dapat gambaran mengenai kejadian tersebut? Saya agak takut sebenarnya untuk menulis entri ini kerana kes ini melibatkan pengurusan tertinggi dari kedua belah pihak. Atas sebab itu, mohon jangan ada provokasi mengenai penulisan ini. Entri ini hanya pendapat saya selaku peminat dan pencita bola sepak tanah air. Saya sayang bola sepak Malaysia.

Menyentuh isu di terowong pula, saya tidak berani mengulas panjang. Kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa kerana kita tidak berada ditempat kejadian. Apa yang lebih penting dari itu, saya ingin mengutarakan satu kemusykilan berkaitan dengan angkat sumpah.

- Bolehkah al Quran digunakan dalam isu ini kerana ada yang mengatakan sumpah yang sebenar dalam islam bukanlah untuk perkara remeh seperti menyelesaikan pergaduhan di terowong bola?

Saya benar-benar keliru dengan komen di laman-laman sosial yang ada mengatakan boleh dan ada juga yang mengatakan tidak wajar majlis angkat sumpah sebegini dilakukan. Mohon sedikit penjelasan buat insan cetek ilmu agama ini.. TQ

Saturday, February 8, 2014

Dengan hanya enam puluh saat

Bacalah tulisan ini 60 Saat sahaja mungkin boleh mengubah hidup anda 10 tahun akan datang.

Abaikan gambar..

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku.

Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku menyedari bahawa kalau saja aku mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini.

Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya..

Sekian..

Aku pengembara: Artikel ini dah banyak yang tulis sampai saya sendiri tak tahu siapa penulis asal. So, jika artikel nie merupakan hasil tulisan anda, bagi tahu saya dan saya akan kreditkan sumber. TQ

Thursday, February 6, 2014

Facebook look back aku 4 minit?

A look back

Aku yakin, rata-rata pengguna facebook sudah mencuba aplication facebook 'look back' yang mengimbau kembali kenangan lama itu. Ramai member facebook yang dah share dekat wall masing-masing tetapi aku masih belum lagi berbuat demikian.. (formalnya ayat) :)

Bukan tak nak share tetapi dalam tu Mark Zukerbeg pilih gambar zaman-zaman nakal aku so tak sesuai untuk tatapan umum. Ada satu part saja yang aku print screen. Nak tengok gambar tu rujuk [sini].

Tetapi jangan risau. Untuk tidak menghampakan anda, video tersebut aku gantikan dengan satu video 'look back' tetapi ia lebih membawa makna yang mendalam.. Nak tengok? Jom!

Buat apa nak malu tak pandai speaking B.I?...

Video ini merupakan 'look back' presentation pertama time awal-awal masuk universiti dulu. Lecturer suruh present tentang satu barang yang ada pada kita dan ceritakan pasal benda itu. Oh no! Aku tak prepare apa pun tiba-tiba ada presentation menguji kemahiran berkomunikasi dalam B.I.

Aku merupakan pelajar yang ke-13 membuat pembentangan dan time itu jugalah aku buat skrip. Gugup wei first time present dengan pronoun sesion hancur, grammar tunggang tebalik, ayat tak tersusun. Risau juga depan tu kaku tak dapat cakap. Tapi yang aku pelik, dalam keadaan aku gemuruh tu satu kelas boleh gelak plak. Oh no! Pelik bin ajaib.

Nak pandai speaking english, jangan pernah jemu untuk practice dan practice walaupun tak fasih. Malu? buat apa nak malu, sebaliknya kita harus berbangga sebenarnya kita telah pandai bertutur dan memahami bahasa asing walaupun sedikit. Mereka yang harus malu dengan kita. Kita tahu bahasa mereka, mereka langsung tak tahu bahasa kita. Nampak?

Limkokwing student july intake 2011

Saya dilahirkan dari kalangan keluarga yang dari kecil lagi menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan harian. Mak ayah orang susah tak tahu bahasa inggeris tetapi menyedari betapa pentingnya ilmu itu, mak ayah bersusah payah menghantar anaknya ini ke sekolah agar dapat bersaing macam anak orang lain.

Mak, ayah.. Sekarang saya dah boleh speaking english di hadapan puluhan student lain. Lecturer pun suka cara saya present. Walaupun ayat terabur tetapi lecturer puji sebab saya berani dan berjaya menarik perhatian audience mengenai apa yang saya nak ceritakan. Hasil daripada itu saya dapat A dalam subjek english semester 1, 2011.

Terima kasih mak, terima kasih ayah atas susah payah kalian.. :(

Tuesday, February 4, 2014

Apa yang best sangat dengan SBB2014 tu?

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tarikh dan tempat sepetang bersama blogger (SBB2014) telah pun diketahui. Seperti yang telah diputuskan, majlis akan berlangsung pada 8 mac bertempat di Saloma Bistro Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tempat ini sebenarnya tidaklah begitu asing memandangkan Bistro Saloma merupakan salah satu tempat yang kerap kali diadakan event-event besar. Malah crew kami Antz Pictures Studioz pun pernah shoot event miss borneo kebaya dekat situ.

Baiklah, mesti anda tertanya apa yang best sangat dengan SBB2014 sampai ramai blogger dok kecoh-kecoh tu? Ok, meh sini saya expalin sikit apa yang best dengan SBB2014 yang juga dikenali sebagai SBBYEOS2014 itu:

Antara top blogger yang turut memeriahkan lagi majlis

- Blogger yang datang akan dapat goody bag yang diisi t-shirt, buku dan barangan menarik yang lain.
    
- Majlis akan turut dimeriahkan dengan kehadiran Top Blogger Malaysia seperti Ben Ashaari, Red Mummy, Shafie Bustan, Zarul Husin dan beberapa orang lagi yang diundang atas permintaan ramai. Mereka akan bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu dalam bidang blogging serta bidang kepakaran masing-masing.

- Pelbagai hadiah menarik juga disediakan untuk blogger yang turut serta dalam majlis SBBYEOS2014 ni nanti. Antara hadiahnya ialah wang tunai dan gajet terkini seperti iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini, External Hard Drive, Garmin GPS, pakej percutian dan banyak lagi. Kesemua hadiah dianggarkan bernilai belasan ribu ringgit!

- Yuran penyertaan cuma RM20, tapi berpeluang untuk menang hadiah yang sangat lumayan. Siap dapat makan hidangan makanan yang sedap-sedap semuanya. Ada kambing golek, dan paling best ada CENDOL.
    
- Ada tapak jualan bagi mereka yang ingin promosikan produk masing-masing. Nak shopping kat situ pun boleh. Sediakan je duit banyak-banyak.
    
- Berpeluang untuk berjumpa rakan blogger yang belum pernah bersua muka sebelum ni. Di samping tu dapat mengembangkan lagi sayap network bila berjumpa ramai orang di SBBYEOS2014. Ada rezeki mungkin dapat buat bisnes dengan orang yang berminat bekerjasama dengan kita. Jangan lupa bawa bisnes kad ye.
    
- Bagi blogger yang masih bujang mungkin di majlis SBBYEOS2014 dapat bertemu jodoh. Mana la tahu kan.. Lelaki mesti suka sebab awek-awek memang ramai yang akan datang join.

Sekian.. :)

P/s: Hah! dah tahu apa yang best pasal SSB2014 nie kan? Apa lagi, jomlah join sama. Saya sebenarnya teruja disamping risau juga tak dapat join rakan-rakan blogger yang lain. Tahun lepas tak dapat datang tetapi untuk tahun ini perasaan membuak-buak nak join macam rakan-rakan lain. 8 hari bulan tu saya dah masuk kampus balik dan komitmen pun bertambah. Saya berharap sangat mudah-mudahan hari tersebut tiada aktiviti luar dekat kampus dan dapat pergi majlis tu nanti. Doakan saya k. :)

Dipetik daripada 9 sebab join sepetang bersama blogger yeo's 2014 Anarm Khairul dalam laman blognya.

Sunday, February 2, 2014

Cerita Son Gohan yang mungkin anda tak pernah tahu

Dragon ball..

Selepas berakhirnya pertarungan Son Goku dan Vegeta melawan Majin Buu, dunia kembali aman. Penduduk Bumi akhirnya mengecapi ketenangan dan suasana harmoni untuk satu tempoh jangka masa yang agak panjang.

Son Gohan kembali menjalani kehidupan normal seorang remaja yang penuh warna warni dan keriangan. Kembali bersekolah dan semestinya... cinta. Mencipta sebanyak mungkin  memori indah bersama gadis yang menjadi pujaan hatinya, Videl.

Son Gohan mahu menebus kembali masa-masa lalunya yang banyak dihabiskan di gelanggang latihan dan medan perang. Dia kembali mengorak langkah mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang ilmuan.

Akhirnya dia berkahwin, memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Juga seorang zuriat yang comel. Dia juga berjaya menggapai cita-citanya. Namun semakin banyak kejayaan yang dikecapi semakin dia merasakan kekosongan di dalam hatinya. Ada lohong besar yang sering meresahkan fikirannya. Hidupnya terasa tak lengkap.

Dia dahagakan kebenaran. Dia mula memikirkan kebenaran dan rahsia di sebalik kuasa dan segala macam keajaiban di dunia. Persoalan-persoalan yang tak pernah ditemui jawapannya sepanjang tempoh pengajiannya di universiti.

Siapakah yang mencipta seluruh alam ini? Kuasa apa yang begitu hebat mengatur perjalanan alam dengan begitu sistematik dengan sistem yang amat kompleks? Siapa yang menciptakan aku sehingga begitu sempurna? Kacak, hensem, bergaya, macho? Sehingga pergerakan jantung yang tak pernah berhenti berdenyut dan aliran darah yang bekerja keras membawa oksigen ke seluruh anggota badan.

Pasti ada satu kuasa Maha Agung yang sangat berkuasa sehingga mampu mencipta manusia dengan begitu ramai dengan setiap mereka memiliki identiti yang berbeza malah cap jari juga berbeza. Semua sistem ini bukan terjadi secara kebetulan, pasti ada mastermind nya.

Son Gohan..
Dia telah berjumpa dengan terlalu ramai pahlawan yang hebat. Malah Dewa yang disembah kebanyakan orang di sekelilingnya. Tapi kehebatan mereka ada had, dan terbatas.

Dewa Naga yang dirasakannya cukup berkuasa menunaikan permintaan manusia, hanyalah makhluk yang terikat pada magis yang dipateri pada Dragon Ball. Tanpa Dragon Ball, Dewa Naga juga tak mampu muncul.

Hakikatnya, Dragon Ball itu juga ciptaan manusia. Dan orang yang mencipta Dragon Ball juga telah mati. Untuk mencari jawapan, Son Gohan berkelana ke seluruh pelosok dunia. Mengkaji pelbagai jenis agama. Menyelongkar segala jenis ilmu dan kitab.

Sehinggalah akhirnya di hujung pencariannya dia dipertemukan dengan seorang kanak-kanak lelaki di pinggir sebuah hutan. Budak lelaki itu sedang berhadapan dengan seekor harimau yang kelihatan mahu menerkamnya bila-bila masa sahaja.

Tiada upaya untuk melawan, dia kelihatan hanya berserah. Tangannya ditadah ke langit dan mulutnya berkumat-kamit membacakan sesuatu. Pantas Gohan menyelamatkan budak lelaki itu. Lintang pukang Sang Harimau menyelamatkan diri.

"Err, apa yang ko baca tadi? jampi ke?" Son Gohan bertanya sekadar ingin tahu.

"Saya berdoa kepada Tuhan, supaya menyelamatkan saya" Yakin dan tenang budak itu menjawab.

"Siapakah Tuhanmu? Ternyata Dia tak datang selamatkan ko" 

"Tidak. Allah telah mendengar permintaanku. Dia telah mengabulkan doaku. Dia telah menggerakkan abang untuk datang dan bantu saya" Tanpa keraguan budak itu menjelaskan.

Son Gohan keliru kerana kurang faham akan maksud budak lelaki itu. Dia dibawa ke rumah budak itu untuk dibawa berjumpa keluarganya sebagai tanda ucapan terima kasih. Rupanya ayah budak itu seorang guru agama yang disegani di kawasan itu. Son Gohan diajak bermalam di rumahnya.

Pertama kali dalam hidupnya, air matanya mengalir tatkala mendengar alunan merdu bacaan al-Quran. Dirasakan sebuah ketenangan yang amat sangat. Bermula saat itu dia belajar tentang Islam. Mengenal Tuhan Yang Esa. Hampir segala persoalannya selama ini terjawab.

Ironi. Segala pertanyaan yang berlegar di ruang fikirannya sebenarnya telah mempunyai jawapan sejak lebih daripada 1400 tahun yang lalu.

Akhirnya Son Gohan berjaya menemui jalan pulang yang dicarinya selama ini. Dia kembali kepada fitrah seorang manusia yang ingin hidup bertuhan. Menjumpai cara hidup pelengkap kepada ketidaksempurnaan akalnya yang sangat terbatas itu.

Sungguh, cahaya hidayah itu terlalu indah, menyapa hati -hati yang inginkan kebenaran. Allah jualah yang mampu menghadirkan petunjuk buat orang yang bersungguh-sungguh mencarinya.

Seorang pahlawan bangsa saiya

Aku telah lama ingin pulang,
Namun tak ketemu jalan,

Kini laluan lurus telah tebentang,
Izinkan aku menghadap-Mu Tuhan..

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang beroleh petunjuk,
dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang yang rugi"
(Al-A'raf ayat 178)

Sekian...

P/s: Cerita ini rekaan semata-mata yang diolah oleh seorang sahabat maya saya, ilusi-fantasidunia. Semoga kisah ini bermanfaat buat semua..