Apabila Allah tidak menghendaki kita lagi | AKU PENGEMBARA

Wednesday, September 24, 2014

Apabila Allah tidak menghendaki kita lagi

Menggoncang jiwa.

Apabila Allah tidak menghendaki kita lagi:
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambah harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kita kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan.

Gambar hiasan

Sekiranya kita boleh bertanya kepada orang yang telah pergi menemui Allah SWT dan mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih untuk tidak akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT. Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain gaji besar, pangkat tinggi, harta banyak, rumah mewah dan kereta besar.

Kenapa kita tak cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita.
Kenapa kita tak cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.
Kenapa kita tak cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam, solat tahajjud dan bermunajat.

Setiap kali menyambut hari jadi, kita sibuk meraikannya sebaik mungkin tetapi kita lupa bahawa dengan bertambahnya umur kita. maka kita semakin dekat akan dipanggil mengadap Ilahi.

Semua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman. Apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya. Bermuhasabah menuju ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.


Penyelesaian kepada masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dengan syurga 10 kali dunia. Jaga solat 5 waktu, Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di alam kubur, mahsyar, titian sirat dan mizan.

(Peringatan untuk diri yang sedang alpa ini) :'(

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

8 comments:

  1. TQ berkongsi aniq..
    Hanya Iman & amal yg menjadi penentu pengakhiran perjalanan kita..
    lama aniq tak bersiaran... :)

    ReplyDelete
  2. peringatan utk saya juga . tak ada manusia yg menolak dunia kerana itu keperluan utk meneruskan hidup . Tetapi utk mendapat lebih dr yg kita jangkakan , maka jangan sesekali melupakan Allah dgn mencari bekalan utk kahirat ...

    ReplyDelete
  3. sebab tu..

    jangan tinggal solat.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg baik utk peringatan kita semua.. Semoga kita semua sentiasa dibawah perhatian Allah swt... aamiin. T kasih Aniq.

    ReplyDelete
  5. kerdil sungguh diri ini. tq aniq

    ReplyDelete
  6. owhhh moga2 kite semua dalam Rahmatnya...InsyaAllah

    ReplyDelete