Jawapan kenapa saya selfie? | AKU PENGEMBARA

Monday, August 4, 2014

Jawapan kenapa saya selfie?

Sudah menjadi menjadi trend sekarang ini di mana-mana tempat sahaja tidak kira di pasar raya, stesen-stesen bas, bilik tidur mahu pun di bilik air semua nak di'selfiekan'. Selfie terbaru pula dan yang paling hot sekarang ini, selfie dekat kubur. Hah! yang ini saya tak nak komen panjang sebab saya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakanny.

Gambar selfie yang sedang hangat diperkatakan
Selfie sebenarnya bukanlah satu fenomena baru malah ia telah wujud pada tahun 1909 dipercayai dilakukan oleh pemilik syarikat Byron, Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York. Namun terdapat juga sumber yang mengatakan gambar selfie pertama di dunia ini ialah pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius. Perbuatan yang telah wujud beratus tahun dulu dan kini menjadi kegilaan pemilik akaun laman-laman sosial.

Berbalik kepada tajuk asal kenapa saya selfie? Jawapannya mudah, apabila saya memberikan kamera untuk meminta orang lain tangkap gambar saya, lapan puluh peratus hasil daripada gambar yang diambil amat-amat menyedihkan. Tak percaya? tengok gambar macho saya kat bawah ini:

Nampak perbezaan dua gambar ini?

Gambar sebelah kiri itu saya yang 'snap' gambar sahabat baik saya dari Tajikistan manakala sebelah kanan itu gambar saya yang member saya pula yang ambil. Comel kan? Gambar yang berlatarkan bendera Malaysia ala-ala Perdana Menteri nak bagi ucapan akhirnya gambar blur juga yang terhasil. Sebenarnya sudah banyak kali situasi sebegini terjadi pada saya dan jalan terakhir supaya gambar saya nampak clear dan ke'macho'an adalah dengan tangkap gambar sendiri (selfie).

Pada sesetengah orang, selfie dianggap satu tabiat yang menjengkelkan kerana anggapan mereka orang yang suka selfie lebih kepada orang yang perasan cantik atau pun perasan macho macam penulis? Betul ker?

Memetik kepada tulisan sahabat saya dalam blognya yang bertajuk 'Ekspresi diri dengan selfie', sebenarnya perbuatan ini tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi yang menjadi masalah dan membuatkan selfie itu 'annoying' apabila selfie buat perkara-perkara berikut:
1. Terlalu kerap muat naik gambar selfie.
2. Buat muka mintak 'flying kick' seperti duckface.
3. Selfie dekat tengah jalan di pasar malam yang penuh sesak.
4. Selfie dengan caption 'ittew borim' atau 'muke titew tawk chanteq'.
Serius annoying wei kalau ada orang buat selfie semacam itu. Sangat-sangat annoying. Apa-apa pun itu pendapat saya sahaja dan mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza. Baiklah, setakat ini dahulu coretan untuk kali ini, nak pergi pos tempahan t-shirt costemer kejap takut tak sempat. Ada masa kita cerita lagi. Ok bye.. Assalamualaikum.

Pautan

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

18 comments:

  1. Amboi...titew borim.. Nak snap2... Haha.... Bukan setakat muda remaja... Parents sy pun pandai selfie....haha..sweet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi satu fenomena. Semua lapisan umur pun layan gak selfie nie... Hahaha

      Delete
  2. tak suka selfie. tp org yg selfie ni sbnrnya berbakat. sbb bole hold camera tnpa gegaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. bakat terpendam la katakan. Tp sebenarnya mengikut kajian saya yang x diiktiraf ini, golongan yang suka selfie nie merupakan golongan yang mempunyai confident level tinggi... :)

      Delete
  3. geli betul baca budak2 letak caption itew-borink-tawk-chanteq- dan mcm2 lagi word pelik. ntah pape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe... orang yang baca sampai berbelit-belit lidah... :D

      Delete
    2. haa.. tau tak pe.. masalahnya da je mak budak yg umo 30 ++ buat caption mcm ni... *nak mkn pelempang gak nye* haha

      Delete
  4. Ayuni sangka Mr. Bean yang cipta selfie ni. Ha ha.

    ReplyDelete
  5. bila gambar blur, memang kecewalah... bagusnya selfie tak perlu bawak tripod yang gedabak, kalau guna monopod pun kecik je.

    ReplyDelete
  6. selfie..selfie la. tapi jangan kongsi kat internet nih.

    itu je nasihat aku. Niat mamat tu dah salah dari awal lagi.

    ReplyDelete
  7. hehehe yang perbezaan gambar tu mmg kelakar la...ehehe beza kan kan kan :p

    ReplyDelete
  8. salam hehehe..jom selfie! :D

    ReplyDelete
  9. haha, kelakar baca entry ni.. titiew syiok baca awak munye entri... haha

    ReplyDelete
  10. KM lagi suka selfie dari suruh org snap gambar... sebab hasilnya sgt menghampakan klu suruh org... gambar tu macam ada gempa bumi dibuatnya... frust betul..

    ReplyDelete
  11. tak salah nak berselfie dengan rakan2 mengeratkan silaturahim.tapi jgn smpai melampaui batas...

    ReplyDelete