iPhone 5s gajet impian setiap blogger | AKU PENGEMBARA

Sunday, August 24, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

'Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba'. Begitulah antara petikan kata-kata semangat daripada penganjur contest Tuan Denaihati. Sebagai anak melayu yang pantang dengan cabaran, saya sahut cabaran itu selepas menatap gambar iphone 5s di bawah ini. Huhu

Dapat sebijik colour gold style gak nie.. :D

Aahhh! Berhenti berangan teruskan dengan ulasan. Berdasarkan kajian saya sebelum membuat entri ini, secara keseluruhannya iPhone 5S lebih kepada tiga perkara utama iaitu:

- Cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit
- Pengimbas cap jari (TouchID)
- Kualiti kamera jauh lebih baik berbanding yang lain.

Menyentuh mutu kamera, Cikgu Naman dalam ulasannya ada mengatakan iphone 5s mempunyai 8 megapixel dengan pixel lebih besar berukuran 1.5 microns. Aperture pula f/2.2 yang membolehkan lebih cahaya masuk sekaligus memastikan gambar yang diambil pada waktu malam berkualiti tinggi.

Jika dalam istilah DSLR fotografi aperture f/2.2 ini sudah cukup baik untuk menghasilkan satu teknik bokeh yang menarik dan luar biasa. Kelebihan bab-bab kamera inilah yang menguatkan lagi semangat untuk memiliki gajet canggih ini memandangkan minat yang mendalam dalkam bidang fotografi ini.

Satu contoh gambar bokeh bersubjekkan iphone apple 

Secara jujurnya saya tidak minat sebenarnya mengulas mengenai iphone 5s disebabkan kurang pengetahuan mengenai gajet canggih ini. Payah juga nak ulas mengenai benda yang kita sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Al-maklumlah, saya hanyalah pengguna smartphone murah jenama Celltech buatan Malaysia. Tak mampu lagi wei nak pakai benda-benda mahal macam iphone 5s ini. Sebab itulah menjoinkan diri untuk contest kali ini manalah tahu ada rezeki. Huhu

Contest ini menawarkan hadiah lumayan iphone 5s bukan satu tetapi tiga unit iphone 5s 16GB untuk tiga orang pemenang. Peluang yang seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja oleh blogger-blogger nusantara. Selain daripada iphone 5s, hadiah saguhati wang tunai juga turut diberikan kepada mereka yang layak. Nilai wang yang bakal diberikan belum dinyatakan lagi.

Siapakah yang bakal menjadi pemilik tiga iphone 5s ini?

Tarikh tutup menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014. Peluang masih terbuka untuk mendapatkan gajet impian ramai ini. Bak kata Tuan Denaihati sebelum ini, jangan sesekali berputus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir. Rugilah mereka yang apabila diberikan peluang mereka melepaskan peluang itu berlalu begitu sahaja. Cuba dahulu sebelum mengatakan 'aku tak setanding mereka'.

*****

Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ini di anjurkan oleh Tuan Denaihati dan ditaja oleh ejamothman.com, www.eridy.com, www.hilalazmi.com, eizil.com, asamboi.my, www.diarymama.com, pendekarberkuda.org, www.saji.my, abangensem.com, www.enveeus.com, www.pakarniaga.com, anarm.net, www.daddydee.net, www.sunshinekelly.com, sweetkurma.com, awn.my, mawarmerah2008.com, www.blogieta.com, www.broframestone.com, www.akmaomar.com, khairilmazri.com serta pembakar semangat bisnes saya arwah Kak Syuhada Baharudin (Al-fatihah buat allayarhamah).


Terima kasih kepada pihak penganjur kerana menganjurkan contest hebat ini. Tidak ketinggalan juga semua penaja contest semoga kalian sentiasa dilimpahkan dengan rezeki begitu juga buat arwah kak Syuhada semoga tajaan ini menjadi sedekah amal jariah yang diterima Allah.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

10 comments:

  1. good luck..semoga terpilih diantara pemenang. hari ini last hantar entri cabaran pertama

    ReplyDelete
  2. Selamat berjaya di dalam contest yang hebat ini bro :-)

    ReplyDelete
  3. Good luck Aniq.. kalau dapat ni memang best bah.. haha

    ReplyDelete
  4. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

    ReplyDelete
  5. Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger bakal memasuki pusingan kedua..:)

    ReplyDelete
  6. good luck ya

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html

    ReplyDelete
  7. Good luck awak :)
    PG datang dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete