8 kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang usahawan | AKU PENGEMBARA

Saturday, August 30, 2014

8 kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang usahawan

Antara lapan kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang usahawan:

1. Boleh menjual. Kita hanya boleh memberi apa yang kita miliki. Kita hanya boleh menjual apa yang kita percayai.

2. Sudahkan apa yang kita mulai. Mereka yang suka berhenti ditengah jalan, mereka yang makan tanpa menghabiskan, mereka yang kuat bersembang tanpa penyudahan usah masuk Planet Orang Bisnes.

3. Belajar buat keputusan. Buat keputusan. Buat keputusan. Manusia yang terumbang ambing di lautan tanpa tahu kearah mana bahtera mahu dilayarkan tidak layak jadi usahawan.

Golongan usahawan

4. Yakin Diri. Yakin untuk serlahkan keupayaan orang lain. Yakin pada idea. Yakin pada upaya. Yakin dapat bangkit semula tatkala terjatuh ke lubang bahaya. yakin ada Allah SWT yang akan bantu kita sebagai hamba.

5. Pengurusan Masa dan Kemahiran Merancang. Ia adalah adunan dua perkara yang perlu dipertajamkan. Dimanfaat secara hemat. Diatur dengan teliti.

6. Komunikasi. Persuasi. Butang mana yang mana mahu ditekan. Ucapan mana yang mahu dikeluarkan.

7. Sekali lagi Otot Tabah. Mereka yang cekal dan tabah akan dapat melepasi belantara berpuaka yang bakal ditempuh usahawan berjaya.

8. Sedia untuk belajar. Sedia untuk diajar. Sedia untuk mengajar.

Diadaptasi daripada laman www.syuhada1981.com dalam entrynya yang bertajuk 8 Kemahiran Yang wajib DiPelajari Oleh Usahawan.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsiaan yg bermanfaat ini...

    ReplyDelete
  2. satu lagi tambahan... jangan mudah putus asa dan fokus kepada 1 bidang dulu. perkara ni penting kepada seorang usahawan. ESP Shaklee Shake and Take

    ReplyDelete
  3. nak jadi usahawan mesti berusaha keras dan bos kita adalah yang diATAS

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips...yes yang penting kena sabar jangan putus asa dan berhenti separuh jalan.

    ReplyDelete