Scha pun tempah t-shirt dengan Aniq Bukhary? | AKU PENGEMBARA

Saturday, July 5, 2014

Scha pun tempah t-shirt dengan Aniq Bukhary?

Siapa tak kenal dengan Scha Al-Yahya artis comeloteh isteri Awal Ashaari tu. Seperti diketahui umum baru-baru ini Scha dan Awal menganjurkan satu majlis baby shower atau dalam budaya Melayu dipanggil sebagai upacara lenggang perut. Alhamdulillah! Murah rezeki pasangan romantik ini dan semoga semuanya berjalan lancar serta dapat baby yang comel-comel.


Sebenarnya bukan baby comel yang saya nak cerita tetapi lebih daripada itu satu kisah menarik berkaitan dengan 'Scha'. Beberapa minggu lepas, saya mendapat satu mesej yang bertanyakan tentang tempahan t-shirt I am Nikon (nikon tukar nama sendiri). Dia cakap nak dua helai dan satu tulis tulis nama I am Scha. Aik! Scha yang mana plak ni. Scha Al-Yahya ke?


Seperti biasa apabila menerima tempahan t-shirt kami akan minta nama penuh dan detail costumer untuk rekod company. Saya pun bertanyakan nama penuh dengan harapan yang bertanya itu adalah Scha Al-Yahya walaupun peluang nampak tipis. Beberapa ketika selepas itu mesej pun sampai.

Oh! Syafiqah Jamaludin rupanya. Patutlah nama Scha. Tak kisahlah siapa pun apa yang pasti kehendak pelanggan itulah keutamaan kami.

Ni dia baju untuk Scha, Syafiqah Jamaludin bukan Scha Al-Yahya

Terima kasih Syafiqah Jamaludin kerana meberi kepercayaan 100% kepada Teratak Aniq Bukhary untuk menyiapkan t-shirt I am ini. Buat Scha Al-Yahya pula bila lagi nak tempat t-shirt di Teratak Aniq Bukhary? Kami masih tertunggu dan harap-harap Scha bacalah hasil tulisan ini. Huhu :D

Maklumat tempahan:
☎ 014-5504453 (panggilan di luar waktu kelas)
✉ 014-5504453 (Mesej 24 jam)
✉ aniqbukhary@gmail.com
FB Teratak Aniq Bukhary

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

16 comments:

  1. oit..alamat rumah tu kasi tutup. Bahaya woo..

    Mana bleh dedahkan maklumat pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah remove terus gambar tu. Terima kasih mengingatkan bro.

      Delete
  2. Suspen je akak tadi...hihi

    ReplyDelete
  3. Kira macam mana ye? Plan jugak nak buat tapi utk team "I AM KELANTAN BLOGGER". Besar pulak dua perkataan tu.. cam na ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cantik dan kemas maximum 7 huruf. Kebiasaannya kes macam ni, kami akan cadangkan pada costumer tulisan yang panjang tu letak bawah @ atas kotak I am then dalam kotak tu letak nama sendiri.

      Sample --> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=794284783938188&set=a.434099526623384.101470.100000700205150&type=1&theater

      Delete
  4. taniah bro, wording tu nampak cantik dan bunyi sedap pulak...

    ReplyDelete
  5. ooooo...ingatkan scha betul yg tempah..hihi..

    ReplyDelete
  6. haha takpe. in shaa Allah satu hari nanti scha yang sebenar akan menempah =P

    ReplyDelete
  7. hehe...buat suspen je. Apa pun tahniah Aniq, business jalan terus.

    ReplyDelete
  8. lor..ingat kan scha al yahya tadi..hehehe

    ReplyDelete
  9. eehee,,ngatkan scha betul

    ReplyDelete
  10. Salam Ramdhan Aniq...
    hahhaa..ingat kan betul2 SCha Al-Yahya bah.. adoi... suspen..:)

    ReplyDelete
  11. ingtkn scha btul2.. heee.. :)

    ReplyDelete
  12. saja mai blogwalking ja..selamat berjaya atas apa sahaja yang anda semua lakukan noo..mai dari blog mia ni dia rajin sungguh kumpul link supaya mudah kita blogwalking ;-)

    ReplyDelete
  13. wah. scha pon tempah baju ni.
    Bagus perniagaan baju ni aniq. aniq area mana?

    ReplyDelete