Realiti seorang jurufoto perkhawinan | AKU PENGEMBARA

Wednesday, July 16, 2014

Realiti seorang jurufoto perkhawinan

Pasangan pengantin sedang beronok-ronok membuat persediaan untuk hari bahagia mereka. Meriah! Alhamdulillah. Dalam list items dan budget tercatat:

Pelamin Rumah: RM4,000
Pelamin Dewan: RM8,000
Catering: RM30,000
Baju Pengantin: RM3,000 (2 pasang)
Barang Hantaran: RM8,000
Duit Hantaran: RM15,000
Kain utk Family: RM3,000
Sewa Dewan: RM3,000
itu ini itu ini: RM5,000 (spare!)
Photographer: ermmmm.. tunggu baki sat..

Di hari deal dengan photographer
"Bang, pakej abang ni giler mahal! Tapi kiter kesian kat abang, so kiter decide amek abang jugak la. Kite boleh bayar RM1,000 untuk semua majlis, make sure dua atau tiga orang photographer tau, takut tak tercover plak, majlis kiter besar. Album nak yang best, yang leather-leather punya album, dua album ye bang.. pleaseeee. Hari tu ada orang offer frame, abang pun bagi la frame ye. Yang RM1,000 tu kalau abang boleh kasik diskaun pun cantek gak tuh."
Sudah tidak asing dengan situasi-situasi sebegini. Sedarkah kita, pelamin hari ini pasang esok roboh, balik rumah bentuk pelamin pun orang dah lupa. Baju-baju sekali pakai lepas tu simpan. Bentuk dewan, hiasan dewan, color baju pengantin, ingat?

Last skali apa yang pengantin akan cari, ALBUM WEDDING. Hasil kerja photographer yang sangat murah tu ler. Murah sangat pun sepanjang hayat boleh tengok balik album dan gambar kenangan detik-detik manis perkhawinan. It is reality!

I am photographer..

Tahukah anda setiap kali seorang photographer captured image, shutter count akan di kira. Semakin banyak tangkap gambar maka shutter count akan bertambah. Apabila semakin bertambah nilai shutter count maka semakin kurang kualiti kamera tersebut dan sampai satu tahap shutter count perlu ditukar. Untuk menukar shutter count pula bukannya lima, enam puluh ringgit malah memakan kos sehingga ratusan ringgit dan inilah yang pasangan pengantin di luar sana tak pernah tahu.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

12 comments:

  1. sedih plak baca situasi kat atas..mmg betul kata aniq tu..benda2 lain org dah tak ingat tp gambar lah akan jadi kenang2an sepanjang zaman..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah realiti yang harus diterima wedding photographer. kalau kita perasan, dalam kebanyakan bujet perkhawinan mesti pasangan pengantin letak kos fotografi nie list yang bawah. Tapi nak pula gambar terbaik dan gempak. Kadangkala tu nak edit costum album costumer sampai x tdo malam wei.....

      Delete
  2. besar jgak cabaran nyer ek..patut lah harga yg diletak tu dikira setimpal dgn tugas.
    papepun diharap aniq akan terus kuatkan semangat utk jadi wedding photographer yg terbaik..good luck my fren.

    ReplyDelete
  3. Nanti bila saya kahwin saya akan ambil awak sebagai photographer saya, orang yang saya pernah minta jadi photographer saya tu dah hilang entah ke mana, senyap semacam entah hidup ke mati tak tahulah, Allahu A'lam. Saya kahwin nanti buat di masjid saja, tak sewa dewan... katering masak sendiri... duit hantaran tak ada, cuma minta mas kahwin saja... baju pengantin saya jahit sendiri... pelamin tak akan buat... jadi cukuplah saya bayar awak nanti. Nanti tunjukkan portfolio awak ye ^__^

    ReplyDelete
  4. ika faham sangat aniq...sangat faham, seriously..sebab ika pun penah tlg sepupu ika jd photographer event2 wedding yg under dia...harap tabah laa ya aniq...jangan risau ya..kalau ika amik aniq as wedding photographer ika...anda akan dibayar berpatutan dengan penat lelah anda ;)

    tapi aniq, insyaAllah, ramai lagi sebenarnya pasangan pengantin yang lebih utamakan their moment to be captured and turn into an album, sanggup bayar mahal rather than nak berhabis dekat pelamin baju ke bagaii yang memang pakai sementara tu je haaa...

    ReplyDelete
  5. Ada rakan-rakan saya suruh serius jadi jurugambar perkahwinan. Saya terpaksa tolak kerana mengambil mengambil gambar disebabkan minat bukan untuk saya menghasilkan pendapatan. Saya serahkan mereka yang meraih pendapatan dengan mengambil gambar sebagai mata pencarian.

    ReplyDelete
  6. Aniq, seribu tu murah sangat la Aniq.tak berbaloi.sy tau la sbb adik sy pun buat jugak, so sy rasa elok juga Aniq demand sikit bab harga nih...kena basuh sikit minda dorang tu mcm mn yang Aniq tulis kat blog nih mcm tu jugak lah Aniq kena cerita kat dorang tuh...lagi best kan Aniq kalau cerita sekali....''nanti korang divorce gambar ni jugak la yang jadi peneman korang masa sunyi n berendam air mata''...hehehehe ;p

    ReplyDelete
  7. yups
    tu la pasal
    tak ramai yang tahu

    ReplyDelete
  8. Orang selagi tak berada dalam kasut kita, takkan memahami segala keperitan dan kesusahan yang kita alami. dan mereka nak amik mudah ja. kalau mereka xmampu, cari la photoG lain yg boleh ikut bajet yg ada. berniaga xleh sampai kita kerugian. dan rezeki ada ja di mana2.
    Salam singgah dari segmen giveaway ummudd80, semoga berjaya. Done follow sini.
    Jemput join giveaway pertama irrayyan.com
    Giveaway Ramadhan by irrayyan.com

    ReplyDelete
  9. semua kos sudah meningkat bah Aniq.. tapi utk buat shoot khawin berbaloi lah sebab boleh tengok smpai ke anak cucu.. gambar2 tu akan jadi kenangan sepanjang hayat...

    ReplyDelete
  10. Barang Hantaran: RM8,000 + Duit Hantaran: RM15,000, dah RM23k, grand ni.

    ReplyDelete
  11. Dugaan brniaga tu Aniq. Bersabarlah.

    ReplyDelete