Perbezaan cara kita dan mereka sambut raya | AKU PENGEMBARA

Friday, July 25, 2014

Perbezaan cara kita dan mereka sambut raya

Assalamualaikum sahabat tersayang, pak cik, mak cik, adik, kakak serta para pembaca setia blog ini. Beberapa hari lagi ramadhan akan melabuhkan tirainya. Macam mana puasa hingga ke hari ini. Ada perubahan positif? Kalau ada alhamdulillah kerana sesungguhnya beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam.


Tarbiah ramadhan semakin ke penghujung dan raya bakal menjelma tidak lama lagi. Semua bergembira menyambut syawal yang bakal tiba. Anak-anak seronok bermain bunga api, Mak ayah pula sudah sibuk memikirkan persiapan raya dengan pelbagai karenah dan macam-macam lagi cara kita menyambut raya.

Sambutan Raya KITA.
1. Berakhirnya Ramadan di sambut dengan riang ria.
2. Raya lebih bermakna daripada Ramadan.
3. Datangnya Idil Fitri melenyapkan ingatan kepada Ramadan yang lalu.
4. Lalai dengan sambutan raya tanpa usha jadikannya sebagai ibadah.
5. Raya dijadikan medan hiburan dan maksiat.
6. Foundation amalan dalam Ramadan musnah di telan kemeriahan Raya.
7. Tiada azam nak jadi orang baru selepas Ramadan.

Sambutan Raya golongan SALAFUSSOLEH.
1. Pemergian Ramadan di tangisi.
2. Raya tak bermakna jika ibadah Ramadan tak di terima Allah.
3. Hati berharap agar bertemu Ramadan yang akan datang.
4. Hisab diri dengan rasa penuh kehambaan.
5. Kemeriahan Raya tak bercanggah dengan Ramadan yang baru berlalu.
6. Istiqamah dan kekalkan amalan yang di bina sepanjang Ramadan.
7. Azam jadi orang baru yang diredhai Allah.

Selamat tinggal Ya Ramadhan :'(

Nampak tak perbezaan kita dan mereka? Muhasabah diri kita dan semoga kita tergolong dalam golongan yang istiqamah dalam melakukan kebaikan. Di kesempatan ini (sebelum terlupa), saya Aniq Bukhary penulis blog Aku pengembara memohon sejuta kemaafan jika pernah terkasar bahasa, tertulis yang bukan-bukan, terkomen menyakitkan hati dan apa-apa yang pernah saya buat yang mengguris hati anda. Maaf. Semoga Aidil fitri yang bakal tiba ini kita raikan dengan penuh keinsafan seperti mana golongan salafussoleh yang begitu dekat dengan Allah. Aaminnnn..

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

2 comments:

  1. selamat hari raya..maaf zahir n batin. semoga segala amalan kita sepanjang Ramdan diterima Allah..

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.
    Salam ceria Aidilfitri ikhlas dari saya... :)

    ReplyDelete