Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya. | AKU PENGEMBARA

Wednesday, July 30, 2014

Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.

Bagi yang mempunyai kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR), inilah masa untuk anda bersedia dengan sedikit ilmu asas fotografi mengendalikan gajet canggih ini supaya gambar hari raya anda berkualiti mempunyai nilai tersendiri. Ada beberapa tips sebelum dan semasa hari raya yang mungkin berguna untuk anda.

DSLR Canon EOS550D

Sebelum hari raya.
1. Cas bateri bagi penuh pada malam raya. Kalau habis bateri tengah dok syiok rakam gambar mesti potong mood nak ambil gambar raya.
2. Gunakan memori kad bersaiz besar atau pun spare memori kad lebih bagi mengelakkan memori full ketika sedang tangkap gambar.
3. Bagi yang berkemampuan, gunakan lens 50mm f/1.8 (lens portrait terbaik dan termurah) seperti:

* Canon 50mm f1.8 = RM 325
* Nikon 50mm f/1.8D = RM 399 (kena pakai Nikon D90 dan ke atas).
* Nikon 50mm f/1.8GRM 786 (boleh pakai semua body nikon).

Antara gambar yang pernah saya ambil menggunakan Canon 50mm f1.8

Semasa hari raya.
1. Ambil gambar family seawal mungkin disebabkan waktu dan ketika ini baju masih elok (tiada tompok-tompok air peluh dll).
2. Bagi group photo pastikan kedudukan rapat dan jangan renggang barulah nampak suasana keluarga ceria dan bahagia. Kalau nak renggang-renggang tunggu gaya bebas.
3. Cari tempat yang cerah bila bergambar. Kalau ada flash tambahan manfaatkan sepenuhnya dan pastikan bounce pada tempat yang betul.
4. Jangan lupa rakam gambar anak-anak tengah kira duit raya dan sebagainya. Masa ini kita akan nampak bermacam-macam kerenah yang mencuit hati dan menambahkan lagi nilai gambar yang kita ambil. Tak percaya? Cuba, try, test.
5. Ambil gambar rakan-rakan yang datang berkunjung kerumah. Mana nak tau ada yang mak abah berkenan, boleh buat menantu.
6. Elakkan gambar yang mendatangkan dosa (gambar peluk-peluk dengan pakwe/makwe). Lepas puasa enam nanti hantar rombongan meminang, tahun depan boleh ambil gambar peluk-peluk.
7. Akhir sekali jangan lupa suruh orang lain tolong tangkap gambar kita. Selalunya gambar photographer ni la yang missing.

-SELAMAT MENCUBA-

Pautan

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

11 comments:

  1. tips yang bagus....:D salam aidilfitri aniq..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ikhwan. Salam aidilfitri juga diucapkan.. maaf zahir batin k. :)

      Delete
  2. seronok saya membaca tips.ini. santai dan menghiburkan..

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  3. seronok dapat bergambar bersama kalau gambar cantik. hehe. thanks for the tips.

    ReplyDelete
  4. Untung sapa yg ada DSLR.
    AMbe tak ada....mmmmm :(

    ReplyDelete
  5. saya ambil pakai fon je..masalahnya gambar sendiri tiada sebab sendiri jadi cameraman..

    Tips Atasi Kolesterol

    ReplyDelete
  6. puteri guna fon je ambil gmbr :)

    Selamat hari raya Aniq...maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  7. Tips yh baik.. tq sudi berkongsi.. DSLR ada, tak reti guna.. beli sebab minat nk bljar je

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum dan salam pgi Jumaat,selamat hari raya ke-5 dan maaf zahir batin...tips yg berguna kepada yg suka brgambr..

    ReplyDelete
  9. Tip yang sangat bagus, pasti kita mahu lihat foto yg berkualiti dan menarik.

    ReplyDelete
  10. ai jeles sbb ai xade kamera hehehe ;p

    ReplyDelete