Allah jauh atau kita yang menjauh? | AKU PENGEMBARA

Saturday, July 19, 2014

Allah jauh atau kita yang menjauh?


Banyak orang tanya,
kenapa kita susah mencintai Allah?
kenapa kita susah khusyuk dalam solat?
dan kenapa hati susah ingat Allah?

Saya jawab.
Ingat masa kita bayi?
Siapa yang alirkan makanan dari tali pusat ibu kita terus pada kita?
Ibu kita tak dapat kawal tali pusat walau sesaat pun.

Lahir-lahir kita.
Kita menyusu dari susu ibu kita.
Ibu kita tak punya kuasa keluarkan susu walau setitik pun.

Kita keluarkan air mata dengan suara nyaring
Kita lapar kita nangis
Kita kencing kita nangis
Kita tak tahu pun kekuatan tangisan tu dari mana
Kita tiada ilmu kalau nak sesuatu kita nangis, macam butang buzzer.
Siapa bagi ilmu, siapa bagi susu dan siapa bagi makan?
Jawapannya Allah!

Kemudian kita membesar.
Kita tak solat Allah masih bagi udara.
Kita tak ibadah Allah masih bagi nikmat tidur, makan, rehat, tempat tinggal.
Allah tunggu kita sampai kita taubat.
Allah bagi ujian bagi peringatan supaya kita tak terlambat.

Hati kita susah ingat Allah.
Hati kita besar mana?
Kita masukkan lagu, drama korea, drama melayu, cinta manusia dan lain-lain.
Habis, mana nak letak cinta Allah?

Sekarang saya tanya.
Allah jauh, atau kita yang menjauh?

#MuhasabahDiriKita #PrayForMH370 #PrayForMH17 #PrayForGaza

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

6 comments:

  1. kita yang menjauh dek kerana hati hanyut di tarik hal-hal duniawi yang lagho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu rabbi.. Peringatan untuk diri penulis kak :(

      Delete
  2. Dunia makin tua. . Segala mcm perkara byk yg melalaikan samaada kita sedar atau tidak. ...muhasabah diri..

    ReplyDelete
  3. Sebagai peringatan untuk kita semua, Allah sentiasa suka orang yang mengikatiNya.

    ReplyDelete
  4. Allah lebih dekat dengan kita berbanding urat leher kita sendiri. Namun kita yang menjauhkan diri dari Allah kerana leka dengan duniawi. Jadi kita balik ke asas dengan jaga hubungan dengan Allah. Guna kesempatan sekarang untuk jadi hambaNya yang benar2 patuh dan taat akan perintah dan larangan Allah. Jom cari lailatulqadar

    ReplyDelete
  5. Peringatan yg sgt baik aniq.
    Terkesan pada diri apabila membacanya. Trima kasih.

    ReplyDelete