Terima Kasih kerana rosakkan saya | AKU PENGEMBARA

Monday, June 30, 2014

Terima Kasih kerana rosakkan saya

Saya gadis bertudung labuh
Muka saya putih pucat
Saya memakai kaca mata
Saya tak pakai make-up
Bagi saya cantik itu tak penting
yang penting cantik pada pandangan Allah

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya seorang pendiam kurang bercakap
Waktu lapang saya dihabiskan baca Al-Quran
smartphone di tangan bila perlu sahaja

Gambar ihsan google

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya jarang tengok cermin
Sebab bila tengokk cermin
Akan ada bisikan berkata "awak cantik, awak paling cantik"
Saya tak layan sebab saya tahu itu bisikan syaitan
Saya ignore, saya kekal dengan tudung labuh hitam saya

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya duduk di tepi dewan kuliah
Terlihat awak memandang saya
Pandangan awak terus ke mata saya
Saya tak selesa , saya beredar dari situ
Saya istighfar kepada Allah..

Terima kasih kerana rosakan saya
Tiap masa saya teringat kat awak
Tiada lelaki pernah tenung saya begitu
Saya ternanti bila lagi awak akan tenung saya
Saya sedar semua ini salah dan Allah marahkan saya
Tapi pandangan mata awak cukup memukau..

Terima kasih kerana rosakkan saya
Suatu malam..
Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya
Saya tengok gambar dia, saya tersenyum..
Awak cakap "Asalamulaikum"
Saya jawab "waalaikumsalam"
Awak tanya esok kelas start pukul barapa
Saya jawab pukul 10..
Awak kata nak kawan dengan saya
Saya kata in shaa Allah boleh..
Dan hubungan berterusann..

Oh! Whatsapp

Terima kerana rosakan saya
Tiap malam saya tunggu awak whatsapp saya
Saya tunggu sebab saya tahu
Awak akan whatsapp saya
Saya gembira.. awak gembira
Masa kosong saya tidak lagi dengan Al-Quran
kini smartphone di tangan
kita hari-hari texting
Saya suka..

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya suka awak pandang saya
Dan awak kata senyuman saya manis
Saya tengok cermin, saya cakap dalam hati
"ermmm.. betullah kata awak"
Saya memang cantik..

Terima kasih kerana rosakan saya
Satu hari, saya tak pakai tudung labuh hitam
Saya pakai tudung labuh pink
awak kata saya manis dengan tudung pink
Saya senyum, awak kata "saya suka awak"
"Saya jugaaa...."

Terima kasih kerana rosakan saya
Kawan-kawan saya tahu pasal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka mengalakkan saya
Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya
Hehe, saya suka..

Terima kasih kerana rosakan saya
Hari ni saya pergi kuliah
Tak tudung labuh tapi pakai tudung bawal
Saya tak pakai kaca mata
Saya pakai contact lens
Seperti saya harapkan awak kata,
saya nampak lebih manis
saya gembira..

Terima kasih kerana rosakan saya
Tiap-tiap malam kita sembang
Awak bagitahu masalah awak
Saya bagitahu masalah saya
Saya ada awak, awak ada saya

Saya ada awak dan awak ada saya

Selepas berapa lama
awak jarang dah whatsapp saya
Saya tunggu, awak tak wahtsapp
Saya whatsapp, awak tak balas
Saya sedih...

Terima kasih rosakan saya
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru
Awak tinggalkan saya, dan saya rasa tertipu
Tapi nak buat macam mana kita just kawan..
Saya sedih..

Setiap masa saya fikirkan awak
Awak tak fikirkan saya lagi
Awak tak pandang saya lagi
Saya kecewa..

Saya tengok cermin, saya buka tudung
Saya pakai lipstick merah
Supaya awak tengok saya
Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu
Tapi awak langsung tak tengok saya
Awak sibuk dengan si Dia

Terima kasih kerana rosakan saya
Saya cari orang lain untuk cemburukan awak
Tapi awak tiada respon.. awak tak kisah
Saya tekad, cari yang lain
Tapi awak langsung tak kisah

Terima kasih kerana rosakkan saya

Sebenarnya saya taknak dia saya nak awak..
Saya tekad upload gambar mesra
Saya dengan lalaki lain sekali lagi
Awak langsung tak kisah
Awak…..

Saya menangis…….
Menangis dan menangis...
Bukan sebab awak....
sebab saya dah lain Saya hilang diri saya yang dulu.


Saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah Saya
Allah help me.. Astaghfirullah :'(

*****

Adaptasi by Jang Abd Mutalib. Saya tak pasti sama ada luahan ini ditulis melalui kisah benar atau pun sekadar rekaan. Tetapi kalau diamati secara mendalam, saya merasakan tulisan ini merupakan kisah benar sebuah coretan pengalaman yang dialami oleh seseorang yang saya sendiri tak tahu siapa.

Tak kisahlah coretan ini kisah benar atau pun tidak dan siapa penulis asal. Apa yang penting bagi saya, apa yang dikongsikan melalui coretan kali ini kita ambil pengajaran. Kita manusia biasa yang punya perasaan dan kita tidak dapat menafikan fitrah manusia. Salurkan cinta pada tempat yang betul dan jangan terjerat dengan pujukan dunia yang penuh pancaroba ini.

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

11 comments:

  1. sangat banyak pengajaran didalam nukilan nie aniq...tepuk dada tanya selera,perlukah kita berubah hanya untuk seseorang yang bukan halal untuk kita..

    ReplyDelete
  2. sangat2 menarik,, ini boleh jadi satu medium dakwah yang baru. sesungguhnya manusia itu memang tidak lari daripada melakukan kesalahan. semoga Allah tetapkan hati dan iman kita, aminn

    ReplyDelete
  3. macam sedihhhhh bila baca hukkkk
    memang berpengajaran...

    singgah menabung utk aniq..

    ReplyDelete
  4. menarik poem ni. tq for sharing dik

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...aniq,

    tersentuh baca.. dunia ini penuh dugaan dan cubaan yang kekadang menduga keimanan kita.. jika kita kuat kita akan kekal ibarat "ikan yang tak masih dek air laut".. cabaran masa kini memang menduga kita.

    mselim3

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Terima kasih di atas perkongsian yang bleh menginsafkan jiwa-jiwa yang lalai ini.
    Jemput join GA saya ye :
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete
  7. Terima kasih..sebuah cerita yang ada pengajarannya...yang penting, jangan sesekali lupa akan Allah..

    ReplyDelete
  8. okeh.

    gua rasa macam nak nangis aje ni. waaa

    ReplyDelete
  9. ermmm..ya ALLAH berilah hidayah sam aku yang memang kadang lupa..thanks share

    ReplyDelete
  10. Rasanya pernah baca nurkilan ini...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sebab berkongsi pengajaran

    ReplyDelete