Reaksi kecewa Zizan selepas kekalahan 2-0 Spain | AKU PENGEMBARA

Thursday, June 19, 2014

Reaksi kecewa Zizan selepas kekalahan 2-0 Spain

Pelakon dan pelawak tanah air, Zizan Razak

Kejutan terbesar berlaku pagi ini apabila juara bertahan Spain terpaksa pulang awal selepas mencatatkan kekalahan ke-2 berturut-turut. Selepas dibelasah Belanda 5 gol berbalas 1, kini giliran Chile pula yang menewaskan juara 2010 itu sekaligus menutup terus peluang Spain ke peringkat seterusnya.

Peminat bola sepak dunia sama sekali tidak menjangkakan pasukan Spain akan pulang awal pada edisi piala dunia kali ini. Turun dengan status juara bertahan sedikitpun tidak menggentarkan pasukan Chile yang rata-rata dibarisi pemain kurang ternama. Pasukan Chile menang bergaya ke atas Spain dengan jaringan 2-0 masing-masing disumbangkan oleh Vargas pada minit ke-20 dan Aranguiz pada minit ke-43.

Pemain tengah Chile, Aranguiz meraikan jarigan ke-2 pasukan Chile

Kekalahan pasukan Spain ini nyata begitu sukar untuk ditelan oleh segelintir penyokong mereka di Malaysia termasuklah pelakon KL Gangster, Zizan Razak. Pelakon dan juga pelawak itu tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa selepas mengetahui keputusan perlawanan antara Spain dan Chile yang berkesudahan dengan dua gol tanpa balas. Jom kita lihat apa reaksi Zizan..

Kekecewaan yang tak dapat dibendung..

Sekali lagi diingatkan, gambar Zizan ini hanya sekadar hiburan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Bagi mereka yang sokong Spain macam Zizan kat atas ni, bolehlah berfikir untuk tukar team lain. World cup lambat lagi nak habis. Jomlah join admin sokong pasukan Belgium yang bakal ke final ini.


Selamat tinggal Spain, jumpa lagi di edisi akan datang. Pesanan untuk Zizan pula, jangan sedih-sedih lagi ok.. :D

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

9 comments:

  1. Replies
    1. Cakap pelan2 kak.. Peminat Spain kat sini ramai.. Huhu :D

      Delete
  2. Anonymous19 June, 2014

    aku percaya Spain kalah akibat terkena sihir daripada bomoh Brazil.

    ReplyDelete
  3. erm;.... memang terkejut bila Spain kalah lagi... awal sangat kan balik sdh.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. portugal pun rasanya bakal menyusul,, adusss,, terpaksala kekasih hti saya si ronaldo tu balik awal, hihi

    ReplyDelete
  5. Oh bola. Jangan kecewa sangat sampai tidak boleh buat kerja. :-)

    ReplyDelete
  6. Harap2 germany tak mcm tu huhu.. :D

    ReplyDelete