Mati-mati aku ingat running man tu drama Korea | AKU PENGEMBARA

Saturday, June 21, 2014

Mati-mati aku ingat running man tu drama Korea

Assalamualaikum semua. Apa khabar saudara, saudari, pak cik, mak cik, dan adik-adik yang sedang membaca celoteh kali ini. Saya yakin dan pasti anda yang sedang membaca sebenarnya peminat setia lelaki berlari Running Man tu kan? Hah! jangan tipu.

Ok, tak kisahlah anda peminat setia atau peminat tak berapa setia dengan running man. Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah mengenai costumer saya baru-baru ini. Saya mendapat panggilan daripada seorang rakan dan dia cakap dia nak cetak t-shirt running man dekat saya. "Hah! apa benda tu?". Sudah menjadi kebiasaan apabila berdepan dengan kehendak costumer saya akan search terlebih dahulu contoh design yang costumer kehendaki.


Oh! Running Man.

Sedang seronok buat research tiba-tiba saya berasa agak pelik. Sepanjang saya search dekat google image tiada benda lain yang saya nampak kebanyakan abang-abang kacak yang tak pakai baju. "Running man ini cerita apa sebenarnya"?. Untuk lebih memuaskan hati, saya buatlah sedikit kajian fakta-fakta berkaitan running man dan di situ saya temui jawapannya.

Apa itu Running Man?

Running Man merupakan satu rancangan yang lebih kepada realiti TV yang berasal dari Korea Selatan. Rancangan ini menampilkan bintang-bintang K-pop yang membentuk barisan program Good Sunday di saluran Seoul Broadcasting Station. Pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai rancangan "anekaragam aksi urban", satu genre baharu yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini.

Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut. Ia turut mendapat sambutan hangat dan seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara termasuklah Thailand.

"Laaa.. running man nie TV show rupanya. Mati-mati aku ingat drama korea nangis-nangis macam winter sonata".
Nampak sangat pemilik Teratak Aniq Bukhary ini tak layan Korea. What ever lah apa yang penting tempahan t-shirt untuk costumer telah pun siap dan Fitrez yang tempah t-shirt tu pun berpuas hati. Nak tengok t-shirt tu? 

Ini dia t-shirt yang telah pun siap

T-shirt dengan design serta warna pilihan Fitrez
"Fitrez pandai kau bagi aku kerja ya. Tak pasal-pasal aku khatam bab-bab running man". Ahhhh lantaklah! apa yang penting kepuasan pelanggan itulah keutamaan kami di Teratak Aniq Bukhary. Itu cerita running man tetapi di bawah ini pula pula saya selitkan t-shirt yang paling mendapat sambutan sejak kebelakangan ini. T-shirt I am Nikon (Nikon tukar nama sendiri). Nak buat t-shirt dengan kami? Jangan malu jangan segan, hubungi kami dengan segera.

Baju I am yang paling mendapat sambutan kini

Maklumat tempahan:
☎ 014-5504453 (panggilan di luar waktu kelas)
✉ 014-5504453 (Mesej 24 jam)
✉ aniqbukhary@gmail.com
FB Teratak Aniq Bukhary

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

16 comments:

  1. Running man tu game show orang korea .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau mesti layan running man kat rumah nie.. Huhu. Jgn marah :D

      Delete
  2. laa baru tau pasal running man eh aniq..hihihi... xpe la skrg dh tau kan..hihi.. cantik la kaler purple..sukeee purple.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik memang cantik tp x berapa minat.. Huhu :D

      Delete
  3. Hahaha sama la kita..mula2 ingat running man tuh citer korea smpai leleh air hingus..hajaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe.. Rupanya game show daaaa.. :D

      Delete
  4. Akk pon baru tahu running man tu cite apa...hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Haha gameshow yang dah lama main kat astro. Rancangannya memberi idea kat sek. Buat explorace je mcm dah biasa

    ReplyDelete
  6. mula2 dulu x suka tgok..dah tengok byk kali..best lak..penangan running man..

    ReplyDelete
  7. hakhak! sy die hard fan running man, mula2 pun sangka running man ni drama korea..:)

    ReplyDelete
  8. Hheheh.. fav citer ni.. x pernah miss.. tp since dah keje.. sgt sibuk.. wuwuwuuwuw

    ReplyDelete
  9. Anak2 pun syok sgt dgn running man ni hmmm.. :D

    ReplyDelete
  10. bagi yang belum pernah tengok mesti kata drama...
    tak berapa minat ikut takut ketagih...heee

    ReplyDelete
  11. Tak tahu pula Aniq buat bisnes cetak t-shirt. Apapun memang cantik baku tu.

    ReplyDelete
  12. tu amacam aniq..jom kita organize rancangan baru..Lelaki berlari..kita cari hero2 orang asli mana2..boh rambut merah oren putih skit..boh bedak skit..bagi nampak macam Korea...kompom awek2 Malaysia sukakanya..hahahaha..saja singgah mai nooo

    ReplyDelete
  13. kalo pantas boleh tuh ,tapi kalau tak pantas kaya orang gila

    ReplyDelete