Marketing melalui istilah gadis cantik yang mudah difahami | AKU PENGEMBARA

Saturday, May 31, 2014

Marketing melalui istilah gadis cantik yang mudah difahami

Bismillahi rahmanir rahim. Alhamdulillah, sejak serius menguruskan bisnes di Teratak Aniq Bukhary, minat untuk membaca artikel-artikel berkaitan marketing semakin bertambah. Sebelum ini apabila sahaja menyentuh bab-bab marketing secara jujurnya memang membosankan. Menghafal istilah-istilah marketing awal-awal lagi saya angkat tangan al-maklumlah otak hanya 4GB sahaja. Memang tak lekat di kepala.

Namun, selepas bertemu jodoh dengan artikel tulisan Kak Syu yang menggunakan istilah gadis cantik ini, sampai sekarang istilah-istilah marketing ini saya ingat walaupun sudah lama saya tinggalkan. Jom kita saksikan istilah gadis cantik ini:

Gambar hiasan

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah majlis, lalu anda menghampirinya dan berkata, “Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku.”
=Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah majlis bersama kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda). Dia sangat kaya, kahwinlah dengan dia.”
=Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah majlis lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan, “Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku.”
=Itu adalah TELEMARKETING.

Anda sedang berada di sebuah majlis dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tali leher, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, “Aku sangat kaya, mahukah kau berkahwin dengan aku?”
=Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda sedang berada di sebuah majlis dan melihat seorang gadis cantik. Dia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, “Kau sangat kaya rupanya.”
=Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah majlis dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, “Aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku.” Lalu dia menampar muka anda.
=Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK dan COMPLAIN.

*****
Adaptasi daripada perkongsian jutawan muda Kak Syuhada dalam laman blognya bertajuk Apa itu marketing?? Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita dan menambahkan lagi ilmu perniagaan kita yang cetek ini.. Hope enjoy :)

TEGUR BILA AKU SALAH, HULURKAN TANGANMU BILA AKU LEMAH

17 comments:

  1. Boleh tahan perkongsiannya.
    Good sharing Aniq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang faham kan kak kalau macam nie.. Lebih2 lagi ambil gadis cantik sbg penjelasan. Ohsem :)

      Delete
  2. Hahaa.. terbaiklah... salam ceria hari minggu Aniq.. :D :D

    ReplyDelete
  3. haha..terima kasih atas entri & backlink ni Aniq..semoga terus berjaya dlm bisnes yang diceburi..harap boleh berjumpa satu hari nanti..manalah tahu ada rezeki utk kita berJV kan.. ;)

    ReplyDelete
  4. hahaha terbaiklah ^_^ moga terus maju dalam business

    ReplyDelete
  5. kes yang bawah sekali tu, terus serik lah...heee

    ReplyDelete
  6. Wow! interesting lah kalau guna contoh macam ni..:)

    ReplyDelete
  7. hahaha..memang terbaik la..baca sekali je dah boleh faham setiap istilah yang berbeza :)

    ReplyDelete
  8. Salam Aniq...
    hahaha... memang terbaik lah pendekatan yg digunakan nya aniq.. kita mo baca pun semangat...hehe

    ReplyDelete
  9. nice info aniq..boleh ikuti juga..hehehe

    ReplyDelete
  10. Hahahaha..mudah sikit nak faham kalau terangkan dalam bentuk macam ni..terima kasih bro kongsikan..semoga teratak aniq tu semakin maju dan maju kehadapan..hehe

    ReplyDelete
  11. Perkongsian terbaik.. heee.. blog aniq tersusun je label dia.. cun

    ReplyDelete
  12. wah..nice info!! wuwuwuwu

    ReplyDelete
  13. faham! terimakasih. walaupun agak lucu :D

    ReplyDelete
  14. Terbaiklahhh.... senang nak faham.. terima kasih aniq

    ReplyDelete
  15. memang menggunakan wanita cantik lebih ok ketimbang promosi biasa

    ReplyDelete