AKU PENGEMBARA: 12_13


Tuesday, December 31, 2013

Senarai 50 page facebook paling ramai pengikut di Malaysia 2013

Di bawah ini merupakan senarai page facebook yang paling ramai pengikut:

Aku pengembara: Secara keseluruhannya, tidak banyak perubahan yang berlaku dalam senarai ini jika dibandingkan dengan senarai pada bulan april lepas [Lihat sini]. Hanya page Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sahaja menunjukkan peningkatan yang begitu ketara daripada tak tersenarai dalam top 50 april lepas, kini telah mencapai ranking 14 paling banyak pengikut di laman sosial facebook.

Lain-lain page yang tersenarai termasuklah Oh! Media, Ustaz Azhar Idrus (Original), Mudah.my, PenMerah [dot] com dan lain-lain. Semua page ini masing-masing mempunyai tarikan tersendiri sehinggakan berjaya mengumpul pengikut sebanyak itu. Salute!

Seperti biasa, admin masih lagi tercari-cari di manakah letaknya page BLOGGERMATE kepunyaan admin tu? Takkan tak tersenarai?. Huhu.. Maybe yang ke 51 (pujuk hati) :D

Sumber

Thursday, December 26, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com

Setelah bertarung hebat dengan masa akhirnya siap juga entry 'Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger' nie. Segmen ini telah dianjurkan oleh penulis blog AkuPenghibur.com dan berlangsung selama 3 minggu. 28 Disember pukul 12 malam nie merupakan tarikh tutup.

http://www.akupenghibur.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html
Klik banner untuk join..

Kenapa aku jadi blogger?

Untuk menjawab soalan ini, saya bawakan kepada anda satu kisah lucu ini.

Nak dijadikan cerita, time sekolah rendah dulu saya seorang yang suka sangat membaca. Apa sahaja jenis bahan bacaan semua saya baca tidak kira akhbar, majalah, buku mahu pun tulisan di dinding-dinding bangunan. Itulah antara pernagai pelik yang ada dalam diri saya mengikut cerita mak.

Namun tabiat saya ini ada kalanya mengundang kemarahan mak. Mcam mana mak tak marah, bawang yang dibungkus elok menggunakan surat khabar di dapur pun saya selongkar nak baca. Tak pasal-pasal kena cubit dengan mak disebabkan bawang bersepah.

Walaupun sedih kena marah tapi sebenarnya saya berasa seronok sebab dapat membaca informasi-informasi terutamanya artikel lawak. memang seronok. Selepas membaca, saya terfikir macam mana la nak kongsi dengan orang diluar sana apa yang saya baca. Saya nak kongsikan keseronokan saya itu dengan orang lain tapi macam mana?

Puas saya fikirkan sehinggalah pada tahun 2011, setelah bergelar pelajar universiti barulah saya menemui satu medium untuk berkongsi dengan dunia luar iaitu blog. Alhamdulillah. Gembira tak terkata.

"Ingin berkongsi. Apa yang saya perolehi dari pembacaan saya, saya nak orang diluar sana pun tahu dan rasai keseronokan yang saya rasai. Inilah faktor utama yang mendorong saya untuk menjadi seorang blogger".

Ada banyak faktor lagi sebenarnya tetapi memadailah dengan satu faktor utama ini. Kalau cerita detail serious memang tak cukup blog nie.. Hehe. Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur kerana secara tidak langsung memberi ruang kepada saya untuk berkongsi cerita 'Kenapa aku jadi blogger'. TQ

Wednesday, December 25, 2013

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN


http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-4-bulan-by.html
 
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan. Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist  dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).


Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)


SYARAT PENYERTAAN:

1. seorang blogger dan aktif berblog.


2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".


3. follow blog  Coretan Hati  dan  Diari Resipi.


4. add G+  Kathy R'bain.


5. like pages facebook :-




6. sesiapa yang berjaya menjadi rakan bloglist kathy,di minta agar dapat masukkan link blog kathy dalam bloglist korang juga.


 7. segmen bermula 23.12.13-30.12.2013 jam 12 tengahmalam.

Sunday, December 22, 2013

Limkokwing Graduation Disember 2013 (11 gambar)

Pada hari khamis lepas, telah berlangsungnya majlis graduation pelajar Limkokwing di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Saya yang turut merasai kesedihan dengan air mata kegembiraan para gaduan walaupun ini merupakan event graduation yang kedua melibatkan saya selaku photographer. Sebelum ini saya pernah shoot untuk graduation Masterskill setahun yang lepas tetapi kali ini masih juga rasa sedih dan terharu.

Baiklah, di bawah ini merupakan sedikit gambara ringkas perjalanan event..


Majlis graduation pelajar Limkokwing 2013.


Para graduan yang bakal menggegar dunia suatu hari nanti..


Congratulation!


Persembahan selingan daripada student foriegner. Sedap suara kakak rambut kuning tu. huhu :D

Tidak ketinggalan membuat persembahan. Bagi yg berkenan, maaf dia dah berpunya.. Hehe


Kakak nie plak siapa tak kenal penyayi 1 Malaysia yang selalu keluar kat TV tu.
:)

Abang nie pun sama juga.. Penyanyi Limkokwing.

Kerabat Diraja yang turut hadir..

Antara student Broadcasting yang menerima sijil.

Yang sebelah kiri tu, itu la Tan Sri Limkokwing.

Kejayaan mu, kebanggaan ibu Ayah...

Ianya bukan penamat, tetapi satu permulaan..

P/s: Bagi graduan diploma yang ingin gambar mereka di atas pentas (terima sijil), bolehlah berhubung dengan saya selaku wakil Antz Pictures Studioz.

Caj untuk gambar dengan tanpa watermark akan dikenakan.

i. Facebook Aniq Bukhary
ii. Emel aniqbukhary@gmail.com

Sebelum itu, Graduan yang ingin melihat gambar mereka bolehlah klik sini --> Antz pictures Studioz

Congratulation buat student Limkokwing University!

Monday, December 16, 2013

Disebalik kemeriahan perhimpunan blogger terbesar Malaysia

Uncle kat tingkat bawah tu.. :)

Perhimpunan blogger terbesar Malaysia telah pun melabuhkan tirainya. Banyak kenangan manis dan juga ilmu bermanfaat diperolehi oleh blogger-blogger yang hadir termasuklah saya.

Apa yang berlaku disebalik perhimpunan ini dan apa yang saya dapat? Kata orang, kalau datang tapi tak dapat manfaat, baik tak payah datang. (Kata orang, bukan saya kata) :D


Pentas utama

Baiklah, malas nak bermadah pujangga lagi, di sini saya kongsikan sedikit pengalaman yang saya perolehi dari perhimpunan kali ini. Dalam event tersebut, banyak seminar yang dijalankan dan aktiviti-aktiviti menarik berlangsung.

Saya tertarik dengan satu aktiviti yang dikendalikan oleh pelakon Iqram Dinzly dalam sebuah hall. Dengan muka tak malunya saya bertanya kepada seorang abang kat tepi pintu, "bang, boleh masuk ke?". Alhamdulillah respon positif saya dapat. Saya pun apa lagi, Seronoklah dapat masuk.. :)


(Kiri) Iqram Dinzly

Aktiviti itu, lebih kepada satu perbincangan santai mengenai liku-liku perjalanan dan cabaran menjadi seorang selebriti alam maya (blogger). Perbincangan dimulakan dengan menjemput dua orang blogger yang berjaya dalam bidang masing-masing menceritakan perjalanan blog mereka. Cukup menarik.



Lelaki sebelah kiri tu (gambar di atas) pemilik blog kedairugby.blogspot.com yang berpengalaman luas dalam dunia bisnes. Saya sebenarnya terkejut apabila dia memberitahu dia merupakan seorang guru yang berasal dari Tawau, Sabah. Laaa.. Sekampung rupanya. Gadis cantik sebelah kanan tu pula kalau tak silap nama dia farizah. Saya lupa nak tanya nama blog (Siapa yang tahu boleh bagi link dekat saya).


Selepas itu, perbincangan dihangatkan lagi dengan penampilan blogger antara yang paling banyak follower di Malaysia iaitu Nisa Kay. Forever fifteen katanya.. Huhu. Dia cakap lagi dia dah enam tahun menjadi seorang blogger. Punyalah lama. Saya tak kenal komputer lagi dia dah ada blog dah. Hebat! :D

Nisah Kay nie seorang yang peramah dan banyak cakap. Opss.. Dia sendiri yang bagi tahu, kalau dia dah start bercakap, memang susah nak berhenti. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah nie..

Tengok punya seronok dia cakap siap dengan gerakan tangan lagi. Hehe :D

Dalam penjelasan Nisa Kay nie, ada juga beberapa tips blogging berguna yang berjaya menarik perhatian saya. Antara yang paling saya ingat ialah "Kita kena bersyukur kalau orang kritik hasil tulisan kita, alhamdulillah ada juga orang yang tegur dan ingatkan kita". Katanya.

Benda nie mamang kena sangat dengan saya sebab saya pun pernah kena hentam kaw-kaw juga menerusi hasil tulisan saya Pembunuhan Along Spoon (Tulisan saya yang telah di re-post oleh lebih 20 blog). Kritikan itu hampir-hampir membuatkan saya angkat tangan dalam dunia blogging. Cukup bahaya kalau kita tak tahan dan tak tahu nak handle pengkritik-pengkritik yang sebenarnya sayangkan kita. :)

Di bawah ini gambar sesi soal jawab terus bersama blogger..

Sesi soal jawab lisan


Pelajar UNITAR yang turut mengajukan soalan.

Tidak ketinggalan mengajukan soalan.
Tapi yang nie mohon jangan kacau ok.
(Jgn marah dek) *Kidding :)

Perhimpunan yang pastinya akan terpahat dalam ingatan dan menjadi satu memori indah bagi saya..

Tell me if i'm wrong, catch me when i'm fall..

Saturday, December 14, 2013

Lecturer pun stalker blog aku? Oh no!

Kisah semalam..

Dalam fakulti, lebih kurang pukul 4.15 pm..

Lecturer: Saya ada baca blog kamu tau..

Aku: Blog?!!! (Terkejut tahap dewa sebab aku tak pun promote dengan Sir)

Lecturer: Ye. Cerita org yg berjaya dalam fotografi tu.

Aku: Ohh.. (Jawabku ringkas sebab aku dah dapat agak artikel yg mana)

Lecturer: Tak update blog lg??

Mendengar soalan itu, aku tersenyum..

Dalam hati berkata, aku tak la sehebat orang yang aku tulis.

AKU MASIH MENCUBA.

Artikel yang dimaksudkan ---> Empat pemilik nama

Wednesday, December 11, 2013

Fotografi: Kenapa aku jadi aku


Cuba letak kaki kau ke dalam kasut aku
cuba kau rasa sendatnya, ketatnya kasut aku..
dengan kasut itu cuba kau berjalan
rasakan kerikil di telapak kaki aku
kaca bersepai yang menjamah aku
dengan kasut aku itu
kau dapat lihat dunia dari mata aku
dan ketika itulah kau akan tahu
KENAPA AKU JADI AKU..

Apa yang best sangat filem Ustaz mu tunggu aku datang tu?

Ustaz mu tunggu aku datang terbaik!

Pada minggu lepas saya berkesempatan untuk menonton filem Ustaz mu tunggu aku datang di pawagam berdekatan. Setelah melihat sendiri, ternyata filem ini berbeza dari filem-filem islamik yang lain. Banyak elemen-elemen dakwah dalam lawak yang disampaikan dalam filem ini yang pada saya boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Pada awalnya saya sendiri tidak yakin dengan kemampuan kumpulan Shiro (Ajak & Sharol) membawa watak utama dalam filem ini. Namun setelah melihat sendiri ternyata saya silap. Lawak yang agak santai yang Shiro tonjolkan berjaya mencuit hati mereka yang menonton. Interesting!

 

Filem pertama yang berjaya menarik saya untuk menonton sebanyak dua kali di pawagam dalam sejarah hidup saya. Filem yang bukan sekadar lawak tetapi penuh mesej yang tersurat dan tersirat dan itulah sebenarnya membuatkan filem ini seronok untuk ditonton. Syabas Pierre Andre kerana membawa nafas baru dalam industri filem tanah air. Terbaik!


Monday, December 9, 2013

Contest SEO Eridy

Kehangatan Contest SEO Eridy kian terasa. Persaingan kini semakin sengit dalam usaha meletakkan entry berada di kedudukan muka surat pertama carian Google. Ternyata ianya bukanlah satu tugas mudah.

Contest yang memerlukan kemahiran teknikal ini dianjurkaan oleh saudara Eridy. Dengan menggunakan keyword “Contest SEO Eridy” para peserta dikehendaki untuk menulis satu entry mengikut kretiviti sendiri. Menarik bukan? So, apa tunggu lagi..

http://eridy.com/contest-seo-eridy/

Menang, kalah belakang cerita. Apa yang lebih penting melalui contest ini, para peserta dapat menguji sejauh mana kemampuan blog mereka di mata google. Tarikh tutup pendaftara pada 11 disember 2013 dan carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Wednesday, December 4, 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

HASRULHASSAN.COM buat segmen? So apa tunggu lagi, jom support! Hadiah wang tunai menanti anda.

http://www.hasrulhassan.com/2013/12/random-giveaway-rm50-tunai.html
KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN

Tarikh tutup penyertaan 15 disember 2013 ini... Cepat! Cepat! :)