AKU PENGEMBARA: 11_13


Saturday, November 30, 2013

Kenapa JOZAN tidak sertai maharaja lawak mega 2013

 
JOZAN

Sedar tak sedar maharaja lawak mega 2013 telah pun tiga minggu menghiburkan kita semua. Rancangan Maharaja lawak mega 2013 merupakan antara rancangan yang mencatatkan jumlah penonton yang tertinggi di Malaysia. Nampak tak betapa hebatnya aura Maharaja lawak mega ini.

Namun tahun ini agak berbeza sedikit daripada tahun-tahun yang lepas, kerana dalam ramai-ramai peserta kelibat pasangan pelawak nombor satu Johan dan Zizan tidak tersenarai. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka tidak beraksi untuk edisi kali ini? Merajuk kah? Untuk menjawab persoalan ini, vedio di bawah ini ada jawapannya.
 
 Thankz to Amin Hamzah yang upload video nie..
Tak dapat video nie boleh tengok kat sini [Link]
 
Dapat tangkap apa yang Johan cakap dalam video di atas? Johan memberikan ruang untuk Zizan menumpukan perhatian kepada rancangan Akademi fantasia yang di acarakan oleh Zizan sebelum ini. Walaupun nampak seperti satu lawak namun pendapat saya, itu merupakan luahan serius dari Johan atau pun nama sebenarnya Yazid Lim ini. Apa-apa pun saya tetap doakan yang terbaik buat pasangan ini (pasangan yang pernah hampir-hampir mengeluarkan air mata saya) [RUJUK SINI]. Good luck JOZAN!

Tunggu kemunculan JOZAN di maharaja lawak mega edisi akan datang. Gua rindu lu bro!

Artikel berkaitan

Thursday, November 28, 2013

Empat pemain bola sepak Malaysia yang mirip selibriti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di bawah ini merupakan senarai pemain bola sepak yang mirip dengan selebriti. Tak percaya? Jom kita lihat:

Stephen Chow vs Apek

The Rock vs Mahalli

Azlan vs Alex

Rashidy Ishak vs Norfarhan

Amacam? sama tak? Hehe. Hilang tention tengok kembar-kembar siam nie. Untuk pengetahuan, minggu nie merupakan minggu yang paling stress bagi saya disebabkan dah pun masuk final projek. Serious buzy! So, bagi menghilangkan stress melayan kerja-kerja nie, saya kongsikan entry santai ini agar senyuman sentiasa terukir dibibir di kala assignment semakin menghambat. Peace yo! :)

Monday, November 25, 2013

Tapak iklan 728 x 90 untuk di sewa

Aku pengembara menyediakan servis pengiklanan bagi sesiapa yang berminat untuk meletakkan iklan mereka di blog ini. Servis pengiklanan ini dibuat bagi memberi peluang kepada mana-mana agensi atau orang perseorangan memperkenalkan produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Di bawah ini saya berikan sedikit penerangan ringkas mengenai perkhidmatan ini.


Detail iklan
* Terbuka untuk semua blog / website biasa.
* Digalakkan guna banner sendiri dengan saiz 728 x 90. Banner yang cantik amatlah ditekankan bagi menarik minat pengunjung untuk klik iklan anda.
* Pihak kami turut menyediakan khidmat membuat banner dengan caj berlainan (bagi yang tiada banner).
* Iklan akan diletakkan selama sebulan di ruangan atas blog Aku pengembara ini.
* Iklan berbaur lucah, penipuan dan yang melanggar syariat Islam tidak akan terima.
* Tiada hidden charge dikenakan

Bagaimana hubungi saya?
Sekiranya berminat, anda boleh maklumkan kepada saya melalui tiga medium tersebut:

i. Facebook Aniq Bukhary
ii. E-mail aniqbukhary@gmail.com

Harga
Saya meletakkan harga standard
- Rm10 untuk sebulan
- Rm25 untuk 3 bulan (harga promosi).


Harga promosi (sudah ditempah)
Tetapi untuk kali ini saya bermurah hati meletakkan harga RM20 untuk 5 bulan memandangkan ini merupakan kali pertama saya menawarkan ruang iklan 728 x 90 (sebelum ini hanya 125 x 125). Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk memberikan keistimewaan ini kepada pelanggan pertama saya yang jarang-jarang saya berikan. Inilah masanya untuk anda mempromosikan produk/perkhidmatan anda.

Bayaran
Bayaran boleh dibuat ke Akaun Maybank (155108839391) atas nama RIZAN BIN ABDUL ALI. Simple bukan? Jika ada sebarang kemusykilan bolehlah berhubung terus dengan saya melalui 3 medium di atas. TQ

Lampiran
Kunjungan pada minggu ini

Last update: 26 januari 2014

Saturday, November 23, 2013

Bibir merah dan cantik inilah..


Bibir merah dan cantik inilah..

❤ Yang pertama memanggilmu sayang.

❤ Yang mendodoikan tidurmu.

❤ Yang berdoa setiap masa untukmu.

❤ Yang merintih bila engkau sakit dan cedera.

❤ Yang memujimu walau engkau tak sebaik mana.

❤ Yang memujukmu waktu sedih dan kecewa.

❤ Yang memaafkanmu setiap masa.

❤ Yang memarahi orang yang memukul, mengkhianati dan memarahimu.

❤ Yang beristifar bila engkau tidak mendengar kata, tidak mengendahkan nasihat dan larangannya.

❤ Yang menagih simpati bila tidak cukup duit untuk membeli susu,makanan, dan ubat untukmu.

❤ Yang menyebut rindukan mu sehingga saat akhir sehingga dia menutup mata  untuk selamanya.

Pernahkah kita menghargainya..?

Love my mom.. (Hujung bulan nie tak dapat balek kampung) :(

Thursday, November 21, 2013

Senarai pemenang anugerah bola sepak kebangsaan 2013

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013
Tempat: Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam
Tarikh: 30 November 2013. 


Senarai pendek calon dipilih oleh panel pemilih yang terdiri daripada jurulatih, wartawan sukan dan pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Senarai kategori akan diedarkan dan pemilihan akan dibuat oleh semua jurulatih dan Pengurus Pasukan Liga Super dan Liga Premier. Sebanyak 13 anugerah dipertandingkan dan di bawah ini merupakan senarai calon-calonnya:

1) Penjaga gol terbaik
Izwan Mahbub (Lions XII FC)
Norazlan Razali (Selangor)
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Mohd Faizal Harun - (ATM)
Mohd Farizal Marlias - (Perak)

2) Pertahanan terbaik
Baihakki Khaizan (Lions XII FC)
Mahalli Jasuli (Selangor)
Azizi Mat Rose (Kelantan)
Razman Roslan (Pahang)
Jalaluddin Jaafar (Pahang)
Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)

3) Pemain tengah terbaik
Nurul Azwan Roya (JDT FC)
Mohd Badhri Radzi (Kelantan)
R.Gopinathan (Pahang)
Amirul Hadi Zainal (Pahang)
Christie Jayaseelan (ATM)
Joseph Kallang Tie (Sarawak)

4) Penyerang terbaik
Shahril Ishak (Lions XII FC)
Mohd Amri Yahyah (Selangor)
Norshahrul Idlan Talaha (JDT FC)
Mohd Norfarhan Mohd (Kelantan)
Mohd Azamuddin Akil (Pahang)
Hairuddin Omar (ATM)

5) Pemain harapan terbaik
Nik Shahrul Abdul Halim (Kelantan)
S.Sivanesan (Negeri Sembilan)
Junior Edstal (Sarawak)
Mohd Nasir Basharudin (Perak)
Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC)
K.Reuben (ATM)

6) Pemain import terbaik
Obinna Nwaneri (Kelantan)
Dickson Nwakaene (Kelantan)
Mathias Ruben Conti (Pahang)
Marlon Alex James (ATM)
Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS FC)
Karlo Primorac (KL Sime Darby FC)

7) Ketua juruatih terbaik
V.Sundramoorthy (Lions XII FC)
Bojan Hodak (Kelantan)
Dollah Salleh (Pahang)
B.Sathianathan (ATM)
Robert Alberts (Sarawak)
Ismail Zakaria (KL Sime Darby FC)

8. Anugerah pemain paling bernilai
Mohd Badhri Radzi (Kelantan)

9. Persatuan bolasepak terbaik
Persatuan Bola sepak Terangganu

10. Kelab terbaik
Sime Darby FC

11. Kelab peminat terbaik
Kelantan

12. Pengadil terbaik
Nagor Amir

13. Penolong pengadil terbaik
Sabri Mat Daud

# Tulisan yang bewarna merah merupakan pemenang anugerah. Tahniah buat para pemenang!

Wednesday, November 20, 2013

Tips kekalkan hubungan rumah tangga, Jack Millis & Millie

Jack Millis dan Millie

Siapa sebenarnya Jack Mills dan millie ini? Ok bagi yang tidak tahu, pasangan ini sebenarnya merupakan antara pasangan yang paling romantik di dunia.

Bayangkan saja, suami warga negara Inggeris yang berusia 89 tahun, Jack Millis sering menghadiahkan isterinya yang tercinta, Millie dengan berbagai macam jenis bunga. Apa yang lebih mengkagumkan adalah, bunga tersebut bukan hanya sekali atau puluhan kali diterima oleh isterinya, namun sudah mencecah ribuan kali.

Jack Mills telah memberikan hadiah bunga kepada istri tercintanya selama 70 tahun dan bunga tersebut dikirimkan setiap minggu. Romantik bukan?

Veteran Perang Dunia II ini telah jatuh cinta kepada Millie sejak usianya 18 tahun lagi dan sejak itulah, dia selalu menyimpan separuh wangnya untuk membelikan Millie bunga.

Jack Millis juga mengungkapkan rahasia dibalik pernikahan mereka. Menurutnya, rahsia perkawinan adalah saling berbagi dan peduli antara satu sama lain.

Isterinya juga tidak ketinggalan mengungkapkan tips perkawinan bahagia mereka. Menurut Millie,

"rahasianya terletak pada saling menerima dan memberi.."

So sweet kan? bagi mereka yang inginkan rumah tangga bahagia, bolehlah jadikan tips Jack Millis dan Millie ini untuk mengekalkan hubungan anda.

Di sini saya selitkan juga sedikit tips mengekalkan hubungan rumah tangga daripada baginda Nabi saw untuk kita jadikan amalan. Lihat di bawah:

Menyembur wangian pada bahagian aurat
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila mewangikan badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan nurah (sejenis pewangi), dan isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh baginda”. (Hadis riwayat Ibn Majah)

Mandi bersama isteri
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Aku biasa mandi bersama Nabi SAW dalam satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut”. (Hadis riwayat Abdurrazzaq & Ibn Abu Syaibah)

Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya. (Hadis riwayat Abdurrazzaq & Said b Mansur)

Mencium isteri walaupun sebelum solat
Dari Aisyah R.A, beliau berkata: “Nabi SAW biasa mencium isterinya setelah mengambil wudhu’, kemudian baginda bersolat dan tidak mengulangi wudunya”. (Hadis riwayat Abdurrazzaq)

Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah SAW biasa memanggil Aisyah RA dengan panggilan yang disukai seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima)

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi SAW biasa memicit hidung Aisyah RA jika dia marah dan baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa ‘wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah aku dari dosa  fitnah yang menyesatkan’ “. (Hadis riwayat Ibn Sunni)

SEMOGA BERMANFAAT

Aku pengembara: Thankz kepada Denaihati.com kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sedikit tips rumah tangga ini. Memandangkan saya masih single (Tiada pengalaman mengenai rumah tangga) so saya memilih tips kebahagiaan rumah tangga yang dikongsikan oleh Jack Millis dan Millie dan rahsia kebahagiaan rumah tangga Rasulullah saw untuk di jadikan amalan. Sekian

Thursday, November 14, 2013

Macam cantik je, macam comel je dah keluar lagu versi islamik

Macam cantik jer.. macam comel jer..

Siapa yang belum melihat video "macam cantik jer.. macam comel jer.." daripada Syasya yang orang dok sebut awek Legoland tu? Rata-rata semua dah tengok kan? Video yang asalnya dikongsikan di laman keek miliknya tak disangka-sangka mendapat tumpuan dan telah menjadi tontonan seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini sebenarnya saya tak nak bercerita panjang pasal budak Syasya tu (Sebab semua dah tahu siapa Syasya). Tapi apa yang saya nak kongsikan pada anda semua ialah lagu "macam cantik je, macam comel je" yang dinyanyikan oleh Amar ataupun nama sebenarnya Arif Muazzim Abdul Rahman. Nak tahu lagu nie best ke tak, jom layan video di bawah:


Lagu islamik macam cantik jer.. macam comel jer dah keluar. :)
 
Amacam, best tak lagu nie? kalau tanya saya, saya akan kata lagu nie memang class dan terbaik dari ladang. Dalam berhibur pun masih ingat pada Allah. Amar sebenarnya bukannya asing dalam dunia nyanyian ini. sebelum ini pun beliau pernah menyanyikan sebuah lagu bertajuk 'Nurul Iman' yang pernah popular pada tahun 2004.

Apa-apa pun, semoga anda semua terhibur dengan perkongsian kali ini. Akhir kata daripada saya, "Macam cantik jer.. macam cantik jer semua ciptaan Allah". Assalamualaikum. :)

Wednesday, November 13, 2013

Koleksi dialog lawak yang mencuit hati (Part 2)

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak berkongsi senyuman dengan anda semua menerusi dialog-dialog lawak di bawah. Sekarang saya sedang menghadapi final projek untuk semester kali ini. Memang menekan dan menguji tahap kewibawaan. Huhu. So, untuk mengurangkan tahap tekanan ini, saya kongsikan dialog-dialog lawak di bawah. Pembaca gelak + Admin senyum = Hilang stress. :)

Gambar hiasan

Situasi 1 (Ayat Bapak terbaek)
Ayah : Kau ke mana lewat? malam baru kau balik?
Anak : ....
Ayah : Jawap aku tanye nie?
Anak : ...
Ayah : kurang ajar aku tanya, tak jawab! panggg (penampor sampai di pipi)
Anak : hurmmm..
Ayah : Kau pergi mane??
Anak : Saya pergi rumah kawan baiki basikal..
Ayah : Menjawab ko yeww!! dapat lagi penampor free!!!
Anak : !@#$%^&*

P/s: Ayah kau memang nak pukul kau, terima je la... Hahahaha :D

Situasi 2 (Murid cemerlang)
Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.
Murid² : Baik cikgu.
Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula²,
di tambah lagi dengan 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??

Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK".
Guru : = , ="

P/s: Ragam budak sekolah rendah.. Sabar ye cikgu2 :)

Situasi 3 (Student pakar math)
Abu : pakcik,berapa harga sebiji pisang ni?
Penjual : seringgit je
Abu : boleh tak jual kt saya 60 sen je?
Penjual : kalau 60 sen tu boleh beli kulit je dik oii
Abu : kalau kulitnya 60 sen saya beli isinya la 40 sen kn?
pakcik boleh simpan kulitnya.


P/s: Itulah pentingnya ilmu matematik :)

Situasi 4 (Siapa yang pakai telefon)
Bil telefon melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

Suami : Ini dah melampau! Siapa yang gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Saya plak gunakan SMS je. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Orang Gaji : Jadi apa masalah? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Begitu juga dengan saya.
Suami: Oh no! (Tepuk dahi)

HOPE ENJOY

Bagi yang terlepas dialog lawak sebelum nie, klik sini ---> Dialog lawak (Part 1)
 

Saturday, November 9, 2013

Banyak-banyak tangga?

Cikgu: Banyak-banyak tangga,
tangga ape paling susah nak naik?

Murid: Tangga batu caves cikgu..

Cikgu: Salah. Tangga Batu Caves ramai
yang naik walaupon beratus anak tangga.

Murid: Abis tu tangga ape cikgu?

Cikgu: Tangga masjid murid-murid walaupon
tiga anak tangga tapi susah sangat nak naik. :)


Sumber gambar: Assignment time semester dua :)

P/s: Rajin-rajin la naik tangga yang paling susah tu ya kawan-kawan (Pesanan untuk diri).

Friday, November 8, 2013

Cara mudah mendapat pahala selepas meninggal dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelawat blog Aku pengembara ini kerana anda masih lagi setia membaca entry-entry yang saya kongsikan. Hari jumaat yang mulia ini, saya nak kongsikan kepada anda semua cara mudah mendapatkan pahala selepas kita meninggalkan dunia yang fana ini. Benda senang dan simple, tapi susah nak buat. Apa benda simple tu? Jom kita lihat:

1) Menghadiahkan Al-Quran di masjid atau pada seseorang. Setiap kali Al-Quran tersebut dibaca anda akan mendapat pahala.

2) Menghadiahkan kerusi roda kepada hospital pasti setiap kali kerusi roda tersebut digunakan anda akan mendapat pahala.

3) Terlibat dengan pembinaan masjid.

4) Menghadiahkan penyejuk air pada tempat awam.

5) Menanam pokok yang dapat memberi manusia atau haiwan berlindung atau memakan buah daripada pokok tersebut pasti mendapat pahala.


Gambar: Ihsan google

Simple bukan? tapi sangat sedikit bilangan yang dapat mengamalkan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Nak lagi artikel-artikel menarik berkaitan agama? Terjah sini ---> Muhasabah diri

Saturday, November 2, 2013

Apa yang hebat sangat dengan budak Badhri Radzi tu?

Badhri Radzi (Piya)

Sejak kebelakangan ini nama Badhri Radzi ataupun Piya semakin menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Pemain ini telah membantu pasukan Kelantan memenagi banyak Piala sebelum ini dan menjadi sumber inspirasi kepada rakan sepasukan. Mari kita lihat apa antara sumbangan dan kehebatan kepten pasukan Kelantan ini:-

1) Pemain tengah antara yang terbaik dalam sejarah bolasepak Malaysia.

2) Jaringan-jaringannya pernah di angkat antara 100 gol terbaik dunia.

3) Web sukan antarabangsa yang berpakalan di USA menggelarkannya sebagai Asian/Malaysia David Beckham.

4) Laman fanspage Fernando Torres yang mempunyai jutaan pengikut di dunia pernah menyiarkan gol sepakan sudut dari Piya yang dianggap terbaik di dunia.

5) Piya salah satu pemain yang paling kurang menerima kad kuning atau mengasari pihak lawan.

6) Piya di percayai salah satu pemain yang menerima tawaran paling lumayan dalam sejarah bolasepak Malaysia.

Begitulah kehebatan Piya ini. Namun apa yang menjadi persoalan kepada peminat tempatan, beliau tidak mendapat tempat dalam Sskuad kebangsaan walaupun telah terbukti kehebatan. Apa-apa pun, good luck for Piya.