AKU PENGEMBARA: 10_13


Wednesday, October 30, 2013

Satu penghargan buat Antz Pictures Studioz

بسم الله الرحمن الرحيم

Bermula dengan hanya tiga orang crew pada awalnya, saya dan rakan-rakan bulatkan tekad terjun ke dalam bidang fotografi yang sememangnya sudah menjadi minat sejak di bangku sekolah lagi. Tiada otai, tiada kuli, tiada pandai, tiada bangang, tiada lama dan tiada baru. Itulah prinsip kami, Antz pictures studioz (APS).

Kami bersyukur sehingga ke saat ini perkhidmatan APS masih lagi diperlukan dan mendapat tempat dihati masyarakat. Ada sahaja yang memerlukan perkhidmatan photography dari sekecil-kecil event sehinggalah event melibatkan negara luar seperti Asian ladies golf tournament baru-baru ini. Event yang telah mempertemukan kami dengan kelibat Mona Fendi yang pernah saya ceritakan di lembaran lepas [Klik sini].

Bercerita berkaitan pengalaman, banyak pahit manis yang telah kami kecapi bersama dan antara yang termanis ialah penghargaan daripada sebuah syarikat besar, Smart Marketing. (Sebuah syarikat yang menguruskan event Miss Malaysia Kebaya). Penghargaan daripada syarikat besar seperti itu merupakan sesuatu yang APS sendiri tidak jangkakan.


Antz Pictures Studioz (Production kami)

Kami sebenarnya bekerja untuk anda. Senyuman anda melihat kerja kami adalah kepuasan bagi kami walaupun adakalanya crew kami terpaksa berhempas pulas 200% bagi memastikan kualiti perkhidmatan berada ditahap terbaik. Terima kasih kerana smart marketing yang memberi penghargaan kepada APS dan terima kasih kepada anda kerana menyedari kehadiran kami... TQ

*****

Antz pictures studioz offer photography services:


* Wedding
* Engagement
* Birthday parties
* Corporate events
* Products
* Modeling portfolio
* Family potrait
etc.

Untuk tempahan sila hubungi:
0147747147 (Whatsapp are Available)
0107143740 (SMS)
0145504453 (SMS)

Facebook:
Aniq Bukhary (Leader of photography)
Shidy Rosli (Leader of videography)
Abdul Hafiz (Leader of designer)

Facebook page:
Antz pictures studioz

Email
antzpicturesstudioz@gmail.com

Thursday, October 24, 2013

Maksud 'berhijab' yang cukup menyentuh dari Oki Setiana Dewi

Oki setiana dewi

Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang sedang membaca. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kita bertemu lagi pada lembaran kali ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anda yang membaca dan saya begitu yakin, anda yang sampai ke halaman ini merupakan pembaca-pembaca yang baik yang ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik. :)

Entry kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai satu video ajakan berhijab yang pada saya cukup hikmah daripada artis terkenal Indonesia, Oki setiana Dewi. Jom kita saksikan..



"Sampai kemudian pada satu titik, saya kemudian berfikir memang cantik di mata manusia tapi ternyata saya tidak cantik di mata Allah..." (Kata-kata Oki Setiana sebelum memilih untuk berhijab).

Jadikan pembakar untuk terus berhijab (Lelaki dikecualikan) ^_^

Saturday, October 19, 2013

Koleksi perbualan suami isteri yang kelakar (part 2)

Assalamualaikum para pembaca yang saya rindui. Rasanya dah lama saya tak update pasal dialog suami isteri nie kan?. Ok baikla, malam ini saya akan tamatkan penantian anda. Tapi sebelum tu, seperti biasa perkongsian ini untuk bacaan mereka yang sudah berumahtangga sahaja. Bagi yang belum cukup kreteria, anda dinasihatkan untuk meninggalkan halaman ini dengan segera.. Huhuhu. Kejamnya :)

Gambar hiasan

Situasi 1 (Suami khawin lagi)
SUAMI: Sayang.. Kalo abang nak kawin lagi boleh ?
ISTERI: Boleh. Asalkan abang belajar grammar bahasa inggris yang baik dan betul dulu..
SUAMI: Okey.. Caranya?
ISTERI: Kalo 1 kereta (singular) bahasa Inggerisnya One Car, and 2 kereta (plural) two carS..
SUAMI: Oh itu kacang jer. Tinggal tambah S dihujungnya kan?
ISTERI: Betul! Itu sama seperti abang..
SUAMI: Maksudnya?
ISTERI: Kalo satu istri abang MAMPU.. Kalau dua istri abang MAMPUS (ngasah parang)

Situasi 2 (Bukan nak cakap besar)
ISTERI : Abang tau tak..
SUAMI : Tak tau.. apa dia?
ISTERI : Saya bukan nak cakap besar..dulu sebelum saya kawin ngan abang..
banyak lelaki yg datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang
SUAMI : Abang pun bukan nak cakap besar.. dulu sebelum abang kawin ngan awak banyak awek yang abang pinang tapi semua menolak kecuali awak.
ISTERI : ???

Situasi 3 (Suami tertekan)

ISTERI : Kenapa abang call?
SUAMI : Abang tertekan.
ISTERI : Abang ok? Abang ada masalah apa? Citer la kat saya...
SUAMI : Abang tertekan je... mana ada masalah apa apa...
ISTERI: Kalau abang ada masalah cerita la....
SUAMI: Masalah apa nye.. abang ok je... abang cuma tertekan je...
ISTERI: Ye la... kalau abang tertekan.. abang kena cerita kat saya...
SUAMI: Tertekan pun kena cerita ke ???

(Suami cuba menerangkan yang dia tertekan handphone lalu ter'call' isterinya) ^^

Bersambung di lembaran yang akan datang...

Lagi dialog-dialog menarik di sini --> Koleksi kata-kata terbaik

Sunday, October 6, 2013

Seakan tak percaya terlihat kelibat Mona Fendi di Damansara

Pastinya tragedi pembunuhan ngeri 2 julai 1993 masih segar dalam ingatan. Siapa yang boleh melupakan sejarah hitam pembunuhan ADUN Batu Talam, Datuk Mazlan Idris yang telah terpahat dalam lipatan sejarah antara pembunuhan terkejam di Malaysia.

Pembunuhan ADUN Batu Talam itu dikaitkan dengan satu nama yang cukup femous iaitu Mona Fendi. Tapi hari ini saya bukannya bercerita mengenai pembunuhan tersebut. Bagi saya yang berlalu, biarlah berlalu dan jadikan pengajaran.

Apa sebenarnya yang saya ingin ceritakan di sini ialah kelibat wajah yang mirip Mona Fendi yang saya temui siang tadi. Wanita itu sebenarnya merupakan antara peserta yang menyertai 'asian ladies golf tournament' dan kebetulan saya antara official photographer yang terlibat sepanjang kejohanan. Lihat gambar di bawah..

Tengok daripada angle nie sama kan?? Aaarrrggghhhh. Aku tak percaya, Sebijik!

Crew Kami, (Antz Pictures studioz) yang bertanggungjawab selaku photographer
dan videographer pun seram sejuk melihat kelibat pompuan tu. Seram dowh!!

Bagi yang tak tahu siapa Mona Fendi tu, korang bolehlah 'google' dengan keyword Mona Fendi (Banyak blog yang menulis tentang kisah tersebut).