AKU PENGEMBARA: 08_13


Saturday, August 31, 2013

Girlfriend sama macam anjing?

Suatu ketika..

GF: Awak.. awak. saya umpama apa bgi awk?
BF: Awak ni umpama anjing tau!
GF: Hah, kurang ajar!
BF: Ye la.. anjing kan haram kalau sentuh, same macam awak.
GF: Oh.. Hehe
BF: So, apa tunggu lagi, jom kahwin?
GF: hee jom! (✿◠‿◠)

Jangan salahkan anjing. :)
Moral of the story: Anggaplah pasangan anda itu seperti anjing (Maaf bahasa agak kasar). Tak mo sentuh-sentuh lebih-lebih lagi malam kemerdekaan nie ok. Kalau mau sentuh, khawin dulu. Ahakkzzzz! :D Semoga merdeka kali ini memberi satu perubahan besar untuk diri kita semua terutamanya remaja seperti saya. Salam kemerdekaan yang ke-56 untuk semua :)

Tuesday, August 20, 2013

Hah!!! Jodohku dari kalangan keluarga terdekat?

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk pertengahan bulan syawal. Ish.. ish.. cepatnya masa berlalu. Puasa enam satu pun belum terlaksana lagi. Huhu. Baiklah, mungkin ada di antara anda yang tertunggu-tunggu kemunculan admin blog kesayangan ramai ini kan? Ngaku je la yang anda-anda semua rindukan admin selepas dua minggu menyepi (perasan jap). Ok malas nak intro panjang-panjang, jom kita mulakan kisah di sebalik syawal ini.

Seperti tahun-tahun yang sudah, pengisian syawal di kampung tidak sempurna jika tidak berkunjung ke rumah sanak saudara dan keluarga terdekat. Al maklumlah, setahun sekali bak kata orang tu. Cerita pasal perasaan memang tak dapat digambarkan keseronokan menghabiskan cuti raya di kampung. Family semuanya ramah-ramah belaka dan memang seronok tak terkira bertemu selepas beberapa lama tak bersua muka.

Gambar hiasan
Disebalik keseronokan itu, ada benda serius yang membuatkan aku kekadang berfikir seketika walaupun ianya nampak seperti satu gurauan. Seperti diduga, family terutamanya abang besar (abang long) akan cuba pasang-pasangkan aku dengan gadis-gadis yang juga merupakan keluarga terdekat yang datang berkunjung ke rumah.

"Kau pilihlah yang mana satu kau mahu. Lepas kahwin, kau ambillah kereta avanza dekat bawah tu" Nada bergurau abang di sambut dengan gelak tawa kami semua yang berada diruang tamu. Hebat permainan abang besar nie, siap bagi offer kereta plak dengan aku. Mak yang ada di situ hanya tersenyum penuh makna melihat aku walaupun kami semua tahu abang selalu bergurau.

Merah padam aku tengok muka cousin aku mendengar gurauan abang. Malu letuw. Aku pun malu juga sebenarnya namun aku sembunyikan disebalik wajah machoku.. Keh3. (Cover dahhh..) :D

Siapakah gerangannya?
Untuk pengetahuan semua, kakak dan abang aku semua dah kahwin dan itulah sebabnya aku menjadi tumpuan untuk dicarikan calon isteri memandangkan aku adalah calon seterusnya mengikut urutan adik beradik.

Secara jujurnya aku sebenarnya tidak pernah menolak jika benar itulah yang dinamakan jodoh. Namun tak pernah terlintas pun di fikiran untuk mencari pasangan hidup daripada golongan keluarga terdekat. Aku belum terfikir lagi untuk menjadikan teman sepermainanku semasa kecik dulu sebagai pasangan hidup. Imposible.

Aahhh! lantaklah siapa dia. Apa yang pasti aku tetap berpegang dengan kata-kata yang aku pernah kongsikan dalam page Bloggermate satu ketika dulu, Sesuatu yang sudah ditakdirkan menjadi hak kita, tak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain. Aku percaya ini.

Jodoh itu rahsiah Allah
Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin juga ada diantara pembaca coretan kisah ini bakal menjadi jodohku? siapa tahu? Jodoh kan rahsia Allah. Tak kiralah family atau bukan, orang jauh atau orang dekat, Aku nak bagi tahu buat bakal insan istimewa yang tak tahu siapakah gerangan itu, Di mana dan siapa pun kamu, I LOVE U so much. jaga hatimu untukku dan aku akan jaga hatiku untukmu. :)

~SEKIAN~

Aku pengembara: Album raya, in shaa Allah akan diupload dalam masa terdekat.

Tuesday, August 6, 2013

Bertelanjang itu simbol kemajuan?


Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya yang tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya. Mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana,

"Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".

~MUHASABAH DIRI~

Aku pengembara: Renungan bersama menuju ke saat-saat penghujung ramadhan yang menyedihkan.. :'(

Thursday, August 1, 2013

Pemain hoki negara Chua Boon Huat dalam kenangan

Artikel oleh Akbar Sahari

Chua Boon Huat terlibat kemalangan maut?? Seakan terhenti seketika
degupan jantung apabila membawa kiriman pesanan ringkas (SMS) seorang
rakan media di telefon bimbit pada pagi Khamis, 1 Ogos 2013.

Lantas saya terus melihat `timeline` di tweeter, dan seperti dijangka
banyak entri terutamanya daripada wartawan-wartawan kanan sukan dan
rakan sekerja mengenai kemalangan maut itu.

Turut menulis di timeline ialah lagenda hoki negara - Minarwan Nawawi
yang kini berada di luar negara bersama skuad hoki remaja.

Benarlah dan sah Chua Boon Huat telah pergi buat selama-lamanya.Dia
terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas kereta yang dipandunya
melanggar sebuah lori di Lebuhraya Damansara-Puchong pada jam 2:25
pagi, 1 Ogos 2013.

Yang paling sedih kejadian ini berlaku beberapa jam selepas seluruh
skuad hoki negara diberikan hadiah/imbuhan duit raya rm7500 seorang.
Malah wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi sempat menemubual beliau dan ia
dimuatkan dalam siaran berita Nadi Arena pada jam 11 malam, 31 Julai.

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga bagaimana pemain berasal dari
Melaka ini mengungkapkan " ...muncul juara piala Asia lebih penting
daripada imbuhan rm7500 ini...".

Chua Boon Huat
Begitulah semangat yang ada pada pemain yang tampil bersama skuad
senior kebangsaan di temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur ini.

Kejadian ini juga berlaku hanya beberapa hari menjelang Kejohanan
Piala Asia di Ipoh, lantas situasi ini menjelmakan 2 keadaan : moral
pemain menurun ataupun Malaysia bangkit untuk muncul juara, sebagai
hadiah buat mendiang.

Secara peribadi saya tidak pernah membuat liputan semasa beliau
beraksi namun saya pernah menemubual beliau dalam rancangan Kafe Sukan
terbitan Astro Arena suatu ketika dahulu.

Dia seorang yang pemalu dan lokek untuk berbicara, mungkin hanya
dengan individu yang tidak begitu dikenali seperti saya. Namun di raut
wajahnya, dia seorang yang penuh karisma.

Apapun yang pergi tetap pergi, tidak kira semuda manapun usia. Yang
tinggal perlu meneruskan perjuangan - dalam konteks ini, skuad hoki
negara perlu menjadikan insiden ini sebagai pencetus semangat untuk
berjuang bermati-matian di Kejohanan Hoki Piala Asia nanti.

Bawa bukan sahaja nama Malaysia di Piala Dunia 2014 di Belanda tetapi
bawa juga nama Chua Boon Huat bersama menakluki dunia.

Chua Boon Huat - lagenda dalam kenangan.

Pautan: Astro Arena Saluran 801

Koleksi perbualan suami isteri yang romantik (Part 2)

Situasi 1 (Pegi jalan-jalan ngn isteri)
Tiba-tiba kawan tegur..

Kawan : Assalamualaikum bro ..
Suami : Waalaikumussalam ..
Kawan : Nak pegi mana tu?
Suami : Jalan-jalan..
Kawan : Adik ke tu bro?
Suami : Ha'a adik (sambil gosok-gosok kepala isteri)
Isteri : (Cubit perut suami) Nakal la awak ni !
Suami : Hehehe ..

Sitiasi 2 (Saya sayang awak)
Isteri : Saya sayangkan awak .
Suami: Saya pun sayangkan awak .
Isteri: Kalau Berani, Jeritlah Satu Dunia!
Suami: (Bisik di telinga isteri) Saya Sayang Awak.
Isteri : Kenapa awak bisik kat saya ?
Suami: Sebab Awaklah DUNIA saya !
Isteri: Waahhh...

Situasi 3 (Isteri jelous)
Isteri: Abang, cantik tak perempuan tu?

Suami: Nak abang cakap betol-betol ke main-main?
Isteri: Emmm, betol-betol la. Ayang nak tau..
Suami: Boleh tahan lah body dear. suka lah tengok ..
Isteri: Abang!! GATAL ea! tak nak kawan ..
Suami: Jelly lettuw...
Isteri: (>.<)


P/s: Perempuan ni kalau dia tanye macm tu .Sebenar nyer dia nk tau siapa yang lagi cantik . Jangan buat dia terasa. Buat nyer merajuk sebulan... ♥ . hehe

Hope enjoy!

Aku pengembara: Jiwang, jiwang juga, 10 akhir ramadhan nie, tambahkanlah amal ibadat sebab kita sendiri pun tak pasti, sampaikah lagi kita ramadhan yang akan datang... Salam sayang daripada saya and smile always. :)