AKU PENGEMBARA: 04_13


Tuesday, April 30, 2013

Nasihat Bobo (Jangan pandang orang dari luaran)


Siapa tidak kenal dengan insan istimewa yang bernama Bobo ini. beberapa bulan lepas dia telah menggemparkan kita semua apabila tampil berani di laman youtube dengan parodi lagu 'sayang' dendangan Shae. Pelbagai feedback yang diterima dari rakyat Malaysia, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menghentam dan menyampah tengok video tersebut termasuk penulis blog ini (jujur) ^^.

Namun malam ini tercetus plak idea untuk menulis mengenai Bobo ini disebabkan malam semalam banyak plak page yang kongsi pasal gambar Bobo ini (Gambar di bawah). Secara peribadi, saya sebenarnya tidak mengenali sangat pemilik nama Bobo melainkan satu video parodi sayang itu sahaja. Terus terang first time tengok video tu, memang menyampah sampai tahap nak baling laptop dalam kolam.. Hoho. Menyampah tapi tengok juga sampai habis ^^. Ada satu ketika tu saya terfikir sejenak, apa sebenarnya salah budak nie???

Saya teringat satu pesanan seorang rakan ketika kem kepimpinan beberapa tahun lepas, "Walaupun kita nie, pakai kopiah, pakai jubah dan selalu pegi masjid.. tetapi, ingat! jangan pernah sesekali kita merasakan diri kita nie exclusive dengan tidak berkawan dengan mereka yang tidak sependapat dengan kita. Kalau dia ada 99 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah kebaikannya itu. Begitu juga kalau kita merasakan kita ini ada 99 kebaikan dan 1 keburukan, maka pandanglah yang satu itu kerana dengannya kita akan sentiasa memperbaiki diri. Ada benarnya apa yang dikata.

Kata-kata itulah yang menjadi pegangan apabila berhadapan dengan member-member yang mempunyai pelbagai latar belakang. Sehingga saat dan detik ini, saya berkawan dengan semua jenis orang, tidak kira kawan yang bertatu seluruh badan, bertindik di telinga dan lidah, dan tidak ketinggalan juga kaki lepak dan kaki mabuk. Semua saya anggap kawan (Ini bukan cerita kosong). Tapi kalau nak ajak saya minum sekali, sorry to say la bro.. Belum masanya lagi.

Berbalik kepada cerita bobo. Disebabkan tidak mengenali dengan lebih rapat, saya cuba untuk mencari keistimewaan pemilik nama Bobo ini dan saya menemui jawapannya melalui gambar dibawah. Dalam berhibur dan bergelak ketawa ada juga nasihat agama yang Bobo nak sampaikan.. Walaupun gambar ini telah diedit oleh individu yang tidak dapat dikenal pasti identitinya, namun ia telah memberikan satu mesej dan ilmu yang bermanfaat menerusi perantaraan Bobo. Jangan asyik tengok video 'sayang' je, tengok juga mesej ini ^^. Tahniah kepada Bobo, dan tahniah kepada editor gambar ini.. Hehe. Enjoy "Rukun iman by Bobo".


Aku pengembara: Apa yang saya boleh ulas disini, walaupun bagaimana keadaan seseorang itu, kita janganlah cepat sangat menghukum. Siapa kita untuk menghukum orang? Ilmu kita tak setinggi mana, amalan pun tak sebanyak mana, so apa yang penting kita doakanlah yang terbaik untuk Bobo. Sekian terima kasih.

Assalamualaikum..


Sunday, April 28, 2013

Senarai 50 page facebook paling popular di Malaysia


 Senarai ini dinilai berdasarkan like fans page yang terbanyak di facebook. 

Aku pengembara: Begitulah sedikit sebanyak senarai fanpage yang paling mendapat sambutan di Malaysia. Secara keseluruhannya menerusi pemerhatian admin, page artis terus mendominasi senarai yang paling mendapat sambutan mengatasi yang lainnya. Hal ini sebenarnya tidaklah mengejutkan dan sudah dijangka. Sudah menjadi trend di mana-mana negara sekalipun page hiburan lebih mendapat sambutan berbanding page-page yang lain. Itu merupakan perkara biasa. Namun apa yang menjadi persoalan sekarang, admin masih tercari-cari di manakah letaknya page BLOGGERMATE kepunyaan admin tu? Takkan tak tersenarai. Mengikut perkiraan admin, sepatutnya page tersebut termasuk dalam top 10. Konpius! Konpius! Hehehe


Video: Tiga perkara membuatkan mata terbeliak

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika entry kali ini agak berlainan sedikit tidak seperti entry-entry yang sudah. Saya tidak kisah jika menerusi penulisan kali ini membuatkan sesetengah pembaca akan berpaling daripada blog saya. Tetapi apa yang lebih penting bagi saya, menerusi entry kali ini sekurang-kurangnya saya telah menunaikan tanggungjawab saya jika sebelum ini saya hanya menulis banyak artikel-artikel yang merapuh.

Ok, rasanya cukup dengan intro dan kita terus kepada point. Ada tiga perkara membuatkan mata kita terbeliak. Hayati video di bawah ini..

 

 
Perkara kedua yang membuat kita terbeliak menurut video (orang pakai seksi)

Aku pengembara: Semoga Allah memelihara kita daripada perkara-perkara yang merosakkan kerana dunia kini semakin ke penghujung!


Friday, April 26, 2013

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

 
~Klik banner untuk join~

Syarat-syarat dia mudah sahaja:
*Follow blog fuh.my ni (widget follower ada kat bawah sekali)
*Masukkan blog fuh dalam bloglist blog korang. Ingat, bloglist ye! bukan sekadar link blog. Dan bloglist hendaklah berada di mainblog anda, bukan di blog lain atau di Page lain!
*Tekan g+1 dekak sidebar belah kanan ni
*Buat 1 entri bertajuk "Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My"
*Masukkan banner di atas dan linkkan ke entry ini
*Dah siap semua, tinggalkan link ENTRI anda dalam kotak komen bawah ni

Mudah kan? So apa tunggu lagi?  Tarikh tutup adalah pada jam 12:00 tengah hari 30 April 2013.

Sunnah memotong kuku (elak mendapat anak yang bodoh)

Bersempena dengan hari jumaat penghulu segala hari ini, di sini saya kongsikan sedikit info berkaitan cara sunnah memotong kuku. Di bawah ini sedikit penerangan berkaitan memotong kuku..

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm walaupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh (maaf cakap) atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
bersambung...

Iklan: yang ini bukannya cara sunnah. Tetapi kalau nak cuba amatlah dialu-alukan. Ada bran?? :)

Sambungan...
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tidak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..


Cara sunnah memotong kuku. Jom amalkan! :)

Ada pun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku,
al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Aku pengembara: Walaupun susunan ayat di atas tidak tersusun, namun cuba fahami maksud yang ingin di sampaikan. Saya tidak berani mengubah walaupun sedikit mengenainya takut-takut ianya lari daripada maksud asal. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat yang banyak buat pembaca semua.

wallahu a’lam.

Sumber

Wednesday, April 24, 2013

Koleksi kata-kata untuk sahabat (Part 1)

Jika satu hari aku pergi
tanpa ucap SELAMAT TINGGAL
Jangan sesekali bersedih..
Pegang dan ingat sampai mati
Bahawa aku tak pernah menyesal
mempunyai sahabat baik sepertimu..

Persahabatan adalah ANUGERAH..
Membuat kita TERTAWA, MENANGIS,
MENERIMA, MEMBERI,
Dan yang paling penting
Membuat kita MENGHARGAI HIDUP INI..

Bila sahabat kata SUKA, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab anda TEMAN yang layak diCINTAi, 
bila sahabat CEMBURU, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab anda teman yang BAIK bila jalinkan perSAHABATan, 
bila sahabat kata RINDU, 
tidak semestinya dia CINTA, 
ini sebab dia RINDU teman sebaik anda.. 
ini bermakna saya berhak kata saya SUKA pada awak, 
CEMBURU bila awak ketepikan saya, 
RINDU bila awak lupakan saya.. 
inilah hebatnya jalinan PERSAHABATAN..

Mengenali seseorang itu mampu memberi sejuta  rasa 
gembira, sedih, rindu, benci dan sayang, 
tapi sedarkah kita, mengenali seseorang itu 
sebenarnya satu ANUGERAH.. 
biarpun hadirnya Cuma seketika dan sekadar teman sementara.. 
bersyukurlah dengan kehadirannya kerana 
melaluinya kita dapat mengenal erti PERSAHABATAN..

Teman sejati seperti bintang2
Yang tak selalu kelihatan
Tetapi selalu di ingatan..

Aku memiliki sepasang mata, 
tp tdk dapat selalu melihatmu..
Aku memiliki sepasang tangan, 
tp tdk dapat selalu melindungimu..
Tapi aku memiliki sebuah hati, 
yang selalu berdoa untukmu..

~SAHABAT SELAMANYA~ 

Aku pengembara: Dipetik daripada mesej-mesej yang pernah member-member saya sent kepada saya. Mesej-mesej ini kemudian saya ubah sedikit mengikut kemahiran sastera kurniaan Allah ini agar sampai kepada pembaca (itu pun kalau sampai la^^). Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua dan pesanan saya, sayangilah sahabat anda kerana sahabat yang baik akan berkekalan selamanya. Nantikan kata-kata seterusnya. :)


Tuesday, April 23, 2013

Koleksi kata-kata cinta untuk suami isteri (Part 1)

Assalamualaikum semua. Apa khabar saudara, saudari, pak cik, mak cik, dan adik-adik yang sedang membaca entry ini. Tahniah saya ucapkan kerana sampai ke halaman ini dan saya yakin anda yang sedang membaca sebenarnya nak jadi suami dan isteri yang baik dan romantik bukan? Hoho (Pelik je intro nie) ^^ Apa-apa pun, sebelum saya mencarut yang bukan-bukan lagi, jom layan kata-kata di bawah ini (Pegang dan simpan untuk bakal suami/isteri anda yang tercinta ok..) Hope enjoy! :)

 
Berkawanlah selagi ada hati, 
Bercintalah selagi dia sudi, 
Bergembiralah selagi ada teman di sisi, 
Dan ingatlah aku selagi terasa ia bererti.

Gugur bunga kerana layu
Gugur cinta kerana cemburu
Kabut jalan kerana debu
Fikiran melayang kerana
Rindu ku pada mu..

Setitis air mata kekadang lebih
Istimewa daripada senyuman
Kerna sekuntum senyuman boleh
Diberikan kepada sesiapa sahaja
Tetapi ketahuilah setitik airmata
yang menitis dialirkan hanya untuk
mereka yang tersayang..

Bila saya KACAU awak
Saya takut nak KENAL awak..
Bila saya kenal awak
Saya takut nak SAYANG awak..
Dan bila saya sayang awak
Saya takut KEHILANGAN awak..

Air mata tak kan menitis
Jika hati tak terluka..
Ketawa tak kan wujud
Jika hati tak terhibur..
Rindu tak kan hadir
Jika hati tak menyayangi..
Dan sayang tak kan berputik
Jika hati tak mencintai..

Apabila aku kesepian
Hiburkan aku dengan suaramu
Apabila aku sakit
Ubati aku dengan kasih sayangmu
Dan apabila aku pergi
Kuburkan aku dalam hati mu..

Camne I nak eja “C_TE”
Kalau xde U?
Camne I nak “CI_M & PEL_K”
Kalau xde U?
Camne I nak kata “I LOVE _”
Kalau xde U?
Sebab itulah saya perlukan
sangat2 U dalam hidup I..

Tiada cinta tanpa air mata
Tiada rindu tanpa kasih sayang
Tiada kejujuran tanpa keikhlasan
Dan tiada yang berkekalan tanpa KESETIAAN..

Seseorang yang mencintai kamu,
Begitu jarang memujimu.
Tetapi di dalam hatinya
Kamu adalah yang terbaik.

Sesungguhnya SAYANG itu wujud dari
Satu pertemuan
Dengan sepuluh pertanyaan
Dan seratus keyakinan
Mewujudkan seribu pengorbanan
Serta berjuta kali perjuangan
Dengan hanya satu KEIKHLASAN hati..

Biarpun ayat-ayat cinta ini
Sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh
Yang pasti CINTA ku tetap segar,
Mekar dan semakin dalam…

Aku pengembara: Nantikan kata-kata seterusnya dan jangan lupa doakan untuk penulis blog ini ya.. Dunia semakin ke penghujung, semakin kuat pula ujian Allah.. Doakan terbaik untuk saya...

Segmen Topup 24 Jam by Emas Putih Part #2

Emas Putih buat segmen lagi.. Jom join!
Hadiah menarik menanti anda :)

 
Klik banner untuk join 



Monday, April 22, 2013

Benarkah rumpai laut tiada kolagen? (Jawapan Dr Muta Harah Zakaria)


Baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai rumpai laut yang tidak mempunyai kolagen. Benarkah? Beberapa hari ini saya cuba mencari sejauh mana kebenaran maklumat kerana isu ini cukup menarik untuk dibincangkan. Setelah beberapa hari mencari kebenaran itu, hari ini saya bernasib baik kerana dipertemukan dengan satu artikel BERITA HARIAN bertarikh 15/04/2013. Semoga penerangan dari Dr Muta Harah Zakaria ini membetulkan kembali tanggapan segelintir masyarakat mengenai rumpai laut ini. Baca artikel di bawah:

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?

Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.


INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik
 
BERITA HARIAN

Aku pengembara: Puas hati tak dengan info nie? Pada pendapat saya pula (yang cetek ilmu perubatan nie) tidak timbul sebenarnya isu ada kolagen ataupun tidak. Kita sedia maklum rumpai laut telah digunakan secara meluas dan telah diakui oleh pengguna-pengguna rumpai laut itu sendiri. Ada yang mengatakan, ini merupakan satu tektik yang digunakan oleh pihak tertentu disebabkan harga rumpai laut mentah ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan ubat-ubatan dan bahan supliment yang ada di pasaran.. Wallahu 'alam..


Saturday, April 20, 2013

Game santai hujung minggu confirm gelak

Bagi memulakan game ini, ikuti arahan-arahan di bawah:

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lempang
Oktober - Aku terajang
November - Aku senyum dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Lan Todak
2 - Cikgu Zakiah
3 - Zizan
4 - Neelofa
5 - Kaki aku
6 - Anak kucing
7 - Handphone aku
8 - Pak guard
9 - Driver Bas
10 - Emma Maembong
11-  Mat bangla
12 - Aaron Aziz
13 - Johan Ashari
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Ayam betina
18 - Girlfriendaku/Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Mak aku
21 - Rozita Che Wan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Hantu Kak Limah
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Tasha Shila
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Wawa Zainal
31 - Awek cun/Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku bengong
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
Tak pakai baju - Sebab aku sangat cute

Aku pengembara: Sambungkan pilihan jawapan anda di atas dan gabungkannya menjadi satu ayat. Dapat? Kalau dapat jawapan, jangan segan kongsikan jawapan anda itu di ruangan komen di bawah. (Jawapan yang jujur akan menambahkan lagi keseronokan game ini).. Haha. Hope enjoy hujung minggu anda dan lupakan sekejap masalah.. Assalamualaikum.. jumpa lagi dilembaran akan datang :)

Segmen blogwalking Aisyah Humaira

Menyahut cabaran Aisyah Humaira..

 
Nak join? Klik banner di atas. Meriahkan lagi segmen nie :)



Thursday, April 18, 2013

Apa yang anda tidak ketahui mengenai gwiyomi @ kiyomi


Semenjak dua menjak ini, laman sosial tidak henti-henti memaparkan berkenaan video tarian comel gwiyomi yang semakin popular sekarang ini. Melihat reaksi masyarakat di beberapa laman sosial mengenai fenomena ini, saya tidak menolak jika tarian gwiyomi ini akan terus menjadi satu fenomena baru selepas fenomena gangnam style.

Untuk pengetahuan, lagu gwiyomi atau kiyomi ini adalah lagu single k-pop seorang penyanyi indie Korea Selatan bernama Hari [Lihat sini]. Album gwiyomi song ini telah dikeluarkan pada 18 Februari 2013 yang lalu menurut kumpulan Gwiyomi Player yang ditubuhkan pada Oktober 2012. Tarian lagu ini telah diilhamkan oleh rapper k-pop terkenal Jung Il Hoon yang dipanggil gwiyomi player dalam rancangan  BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme internet popular pada oktober 2012. Maksud gwiyomi/kiyomi ini sebenarnya adalah ‘seorang yang comel’ atau ‘arnab yang comel’.

Tarian comel gwiyomi ini mempunyai gerak tarian yang tersendiri dan untuk pengetahuan, video parodi gwiyomi telah dimuat naik dilaman youtube lebih dari 10,000 video. Dasyat! Tarian gwiyomi ini telah menular dengan cepatnya di beberapa buah negara asia merangkumi Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan tidak ketinggalan juga negara kita Malaysia.

Baiklah, di bawah ini saya selitkan satu video parodi comel wanita bertudung yang dengar khabarnya ditujukan khas buat suaminya. Sejauh mana kebenaran cerita tersebut, belum dapat dipastikan lagi. Tetapi jika melihat kepada cincin dijari manisnya, kisah yang saya dengar itu, ada benarnya. Wallu'alam..

 
Dah tengok? Sekali tengok nampak macam kelakar, tetapi dua kali tengok, boleh plak
 buat admin blog nie hilang stress kejap. Hoho.. Gwiyomi.. gwiyomi.. :)

 
Di atas tadi merupakan gwiyomi versi comel dan yang nie plak merupakan gwiyomi versi terlebih comel. Video yang macam ini la yang menambahkan lagi stress admin malam-malam ni.. Hahaha 

AMARAN: Tarian ini hanya boleh dibuat dihadapan adik-adik anda dan dihadapan suami (bagi mereka yang sudah berkahwin). Aksi ini jangan sesekali dibuat dihadapan pakwe atau dihadapan orang yang bukan muhrim seperti yang pernah Shah Rukh Khan pesan kepada kita sebelum ini [KLIK SINI]. Hehe :)



Wednesday, April 17, 2013

Persaingan kerusi panas Parlimen & DUN seluruh negara


Parlimen Permatang Pauh
Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang)
Dr Mazlan Ismail (Naib Presiden Telekom Malaysia)
Blogger Papa Gomo (calon Bebas)

Parlimen Gelang Patah
Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri besar Johor)
Lim Kit Siang (Penasihat DAP )

Parlimen Lembah Pantai
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar)
Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR)

Parlimen Putrajaya
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Setiausaha Agung BN)
Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS)

Parlimen Shah Alam
Datuk Zulkifli Noordin (Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia)
Khalid Samad (Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor)

Aku pengembara: Begitulah serba sedikit gambaran awal persaingan sengit di beberapa kawasan. Keputusan memang sukar dijangka. Untuk pengetahuan, entry ini akan diupdate dari semasa ke semasa dengan merujuk kepada beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Tahun ini merupakan tahun pertama saya layak bergelar pengundi. Teruja juga merasai bahang pilihan raya ni tapi masalahnya sekarang saya tak daftar lagi sebagai pengundi. Masih sempat daftar lagi ke? Mohon sesiapa yang tahu beri penjelasan sikit.. :)

Sumber Sumber Sumber Sumber


Renungan: Kisah benar dalam sebuah bas

Harap dapat luangkan masa membaca...

Alkisah dalam sebuah bas…setelah berhempas-pulas aku berjuang untuk masuk ke perut bas akhirnya aku berjaya.. walau hanya dapat berdiri asalkan sampai ke tempat ku tuju.. Kat depan aku ni ada beberapa hamba Allah jugak yang berjaya dalam perjuangan untuk menaiki bas..tapi yang tak syioknya hamba muslimin dan muslimat yang bukan mahram.. berdiri terlalu rapat hingga boleh mencetuskan bunga-bunga maksiat tanpa disedari.. Yala..bukan mahu salahkan si kaum Adam..tapi lau rezeki depan mata..depan muka..emm..tolak pun payah..

Gambar hiasan
Nak dijadikan cerita..bukan mahu berlagak baik ya..Cuma melakukan apa yang terdaya….Aku pun mencuit bahu si adik tadi meminta nya untuk berpindah dan berdiri di sebelah ku.. Tapi mungkin syaitan dah welding kaki nya kat situ sampai tak boleh dia beranjak..pastu tgk muka aku pun endah tak endah.. Maaf la dik, aku Cuma mau selamatkan kau..bukan cemburu ko dpt berdiri depan lelaki tu.. pas tu dalam posisi yang tak sedap mata memandang.. Ikutkan rasa memang binasa..tapi aku ikut situasi..sebab ramai orang..

Bas pun bergerak membawa puluhan hamba Allah.. yang buat aku tak selesa menengoknya..Boleh-boleh dia ketawa bersama…(mood Black plak,,hehe)..ok..maaf2..kita teruskan..emm..rupa2nya..Diorang ni “loving Couple”..sbb mau bilang adik-beradik sorang Sabahan..sorang lagi Semenanjungan..Kalau pun sepupu..ehhh..ada batas jugak..ingat boleh buat mcm tu..oooo..yala..zaman da moden..kalau keadaan terpaksa boleh la..Weii..terpaksa la sangat..aku da suruh ko anjak..ko belagak..sekali aku hentak..nanti ko cakap aku muslimat ciplak.. (maaf bahasa penulisan agak kasar..Sebab nak tunjuk kita Tegas..)….

ok cerita dalam bas habis dah.. Kira2 2 minggu selepas kejadian.. Aku nampak lagi diorang kat bus stop yang sama.. dengan si wanita berdiri terlalu rapat dengan si lelaki.. (manja nya..sweet betul..mau2 cemburu sudah)..walhal pada masa tu..tempat tu xramai orang pun.tempat xsesak..so????(sendiri fikirlah..tapi bukan ikut suka hati..tapi ikut suka akal ya)….aku xberani kata yang sangkaan ku dalam bas tu tepat..sebab berburuk sngka tu boleh menyebabkan hati menjadi busuk..

Kesimpulannya..wahai mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Islam..yang tampan gaya nya ketika menjadi imam..yang indah imejnya bertudung dan berbaju kurung..jangan tunjuk kebodohan kalian dengan mengikut telunjuk Syaitan..Godaan Syaitan tidak mudah untuk kau tolak..maka berlindunglah kepada Allah..

Berikanlah kasih sayangmu untuk mereka yang berhak memilikinya (gambar hiasan)...

#cerita ni aku kongsi bukan untuk membuka Aib saudara seislam..Cuma aku kongsi untuk buka minda kita sebagai belia harapan negara.. ingat tujuan kita merantau menimba ilmu..menggalas tanggungjawab dari Allah sebagai Mujahid dan Mujahidah yang berjihad menimba ilmu..

# Ingat orang tua hanya berharap kita menjadi anak yang terbaik..mereka hantar kita menuntut ilmu..supaya kita menjadi lebih baik dari mereka..Orang yang ada pendidikan..ada pengetahuan berperanan sebagai..pendorong dan kemudian pemimpin bagi orang yang belum ada pengetahuan..apapun Hidayah Milik Alla…Dia maha mengetahui..

# Maaf kiranya..penulisan saya menyinggung hati saudara dan saudari..jangan anggap perkara yang sudah sebati dalam masyarat itu adalah betul 100%..tugas kita untuk mengkaji..berfikir dan menjalankan apa yang direhai Allah.. -Salam-

Artikel nie hasil luahan hati yang ditulis oleh Siti Rahayu Abdurahman pada hari jumaat yang lepas 11:27 am. Semoga kita semua ambil pengajaran termasuklah admin blog nie. Ya Allah, dunia semakin ke penghujung, semakin berat ujian mu.. Selamatkanlah kami daripada perkara-perkara yang merosakkan. Amin!


Monday, April 15, 2013

Genap setahun bergelar usahawan printing t-shirt

Malam ini hanya satu post ringkas untuk anda disebabkan Aku pengembara kena settlekan slideshow lepas ni. Esok ada presentation bai.. nak prepare la malam ni. Hehe.. Macam mimpi plak Aku prepare awal untuk present esok. Biasanya kerja last-last minit.. :)

Ok, bagi yang selalu mengikuti perkembangan blog ni, mesti anda ingat pasal artikel perjalanan bisnes Aku pengembara bukan? Bagi yang tak tahu, bolehlah rujuk sini ---> BISNES TSHIRT PRINTING. Sedar tak sedar, rupanya dah genap setahun.. Ok di bawah ini sedikit gambar yang berkaitan...

 
Rizan Abdul Ali tu, Aniq Bukhary la... :)

 
Design-design inilah yang cuba di exposed terlebih dahulu sebelum menjadi t-shirt yang kita selalu pakai tu.


Penat juga manage design-design bagai ni. Tapi minat punya pasal, semuanya hadapi dengan senyuman. Kalau setakat 100 or 200 helai tempahan T-shirt, In shaa Allah saya settlekan beberapa hari je. Tapi kalau masuk ribuan helai tempahan, saya akan serahkan kepada 'bos besar' untuk di settlekan. Maklumlah selain bisnes benda nie, dalam masa yang sama komitmen sebagai student lebih diutamakan. Dengan pekerja yang ramai, semua permintaan dapat di laksanakan mengikut kehendak pelanggan.

Untuk tempahan, inform je kat sini ---> FB atau pun kalau susah sangat contact nombor nie (0145504453 / 0133610806).. InsyaAllah akan dilayan. Mesej 24 jam, calling di luar waktu kelas.. (^_^)

Video: Serius keluar air mata tengok video ni :'(

Video youtube yang bertarikh 28 januari ini telah menarik perhatian saya. Video sedih ini merupakan hasil perkongsian seorang rakan facebook Erni Amanina Amin dengan descraption seriess keluar airmata tengok video ni. Saya pun apa lagi, melihat tajuk sahaja saya pun try la juga layan video ni manalah tau keluar air mata layan video ni. Dah lama tak nangis. Haha. Apa-apa pun, jom layan video di bawah nangis ke tak?

 
Amacam? dah layan video ni keluar tak air mata? taklah sedih sangat kan? Tapi kalau ada yang nangis pun, confirm kaum-kaum pompuan je. Sebagai seorang yang sering terlibat dalam pembikinan short filem, saya akui kreatif juga orang yang buat video sedih ni. Jalan penceritaan yang baik yang membuatkan siapa yang layan video ni enjoy tetapi agak malang, ianya belum cukup power untuk membuatkan air mata ini jatuh berguguran. Chewah! :D

Apa yang saya dapat daripada video sedih ini, Hargailah mereka yang kita sayang selagi mereka hidup di dunia ini. Jangan sampai suatu hari nanti mereka pergi meninggalkan kita barulah kita sedar betapa kita amat memerlukan mereka (Aplikasikan kisah dalam video ini untuk mak dan ayah kita). 

HARGAILAH DAN INGATLAH JASA MEREKA. LOVE MY PARENTS :(

#Terdapat satu lagi video sedih yang pernah saya publish beberapa bulan lalu dan anda boleh lihat di sini ---> YA ALLAH SINGKATNYA HIDUP INI


Saturday, April 13, 2013

Simple giveaway by A & A


Klik banner di atas

Segmen Blogwalking 24 Jam by Emas Putih

Assalamualaikum w.t.b 

Saya Aniq Bukhary dengan rendah diri dan penuh takzimnya menjemput anda untuk join segmen blogwalking 24 jam by emas putih nie. Hadiah menarik menanti anda. :)

 
Klik banner di atas kalau nak join :)


Friday, April 12, 2013

Penyelesaian kenapa tak boleh ping dalam busuk.org

 
Sebelum kita bercerita panjang, ada baiknya kita mengenali terlebih dahulu apakah itu busuk.org (bagi yang tidak tahu). Busuk.org merupakan laman ping aggregator dimana blogger boleh berkongsi entri-entri di blog dengan menghantar artikel secara percuma. Menerusi antara ping anggregator inilah anda akan mendapat traffik blog serta pembaca untuk melawat blog anda.

Namun demikian, Pernahkah anda mengalami masalah apabila anda ingin ping sesuatu artikel dalam busuk.org, komen daripada pengomen blog anda menjadi tajuk dan description artikel seperti di bawah:

"last tu cuba buat bnw. macam smart je. heeee" merupakan antara komen yang terdapat dalam blog saya. Apabila saya ping entry, benda inilah yang akan keluar apabila submit artikel serta gambar tidak keluar seperti di atas. Ok, bagi mereka yang mengalami masalah yang sama jangan berasa bimbang, cuba cara dibawah ini:
  Langkah 1: Pergi ke dashboard kemudian klik setting seperti gambar di atas.

Langkah 2: Selepas anda klik setting, pastikan terpapar seperti gambar ini. Kemudian klik other di bahagian kiri paling bawah sekali seperti dalam gambar di atas.

Langkah 3: Klik remove pada Post Feed Redirect URL seperti dalam gambar kemudian save.

Langkah 4: selepas itu, try submit entry terbaru anda dan lihat perubahan berlaku seperti di atas (gambar di atas ini sekadar contoh artikel yang pernah saya ping). Semoga berjaya :)

Tinggalkan komen anda di ruangan komen di bawah jika tutorial ringkas ini dapat membantu anda (bagi anda yang mengalami masalah yang sama). Kaedah ini saya perolehi daripada seorang roommate yang juga merupakan pelajar jurusan software. Idea ini timbul setelah saya fed up dengan masalah apabila submit entry je, masalah ini yang timbul. Beberapa kali juga try cari solution dekat google pun tak jumpa jalan penyelesaian. So akhir sekali, saya mengambil keputusan untuk merujuk kepada member rapat iaitu ABDUL HAFIZ yang juga study jurusan software engeneering. Alhamdulillah akhirnya settle juga masalah nie dengan bantuan beliau. So, sekarang nie, saya dah boleh ping entry dalam keadaan aman dan damai. Hehe

Aku pengembara: Kalau tak silap saya, ping agreegator kartikel pun selalu mengalami masalah sebegini dan cara ini jugalah jalan penyelesaiannya. Mereka yang belum daftar kartikel boleh daftar dekat sini ---> KARTIKEL

SELAMAT MENCUBA! ^^


Thursday, April 11, 2013

Punca sebenar kejadian pukul ketua tingkatan didedahkan


Siapa tak kenal dengan pemilik wajah di atas. Dia merupakan antara suspek yang dikehendaki kerana disyaki memukul seorang ketua tingkatan bersama rakan-rakannya. Satu Malaysia digemparkan dengan satu video yang tersebar dengan pantas dibeberapa laman sosial beberapa hari lepas [Lihat sini]. Berikutan video panas itu ramai yang bertanya apa sebenarnya punca utama berlakunya kejadian yang begitu memalukan sedemikian rupa. Ok, di sini ada beberapa faktor yang berjaya dikenalpasti menjadi pendorong kepada suspek dan rakan-rakannya memukul ketua tingkatan tersebut.. Setelah siasatan lanjut dijalankan, didapati punca berlakunya hal ini ialah terpengaruh dengan rancangan-rancangan kartun. Lihat sahaja rancangan kartun di bawah ini semuanya memberikan contoh yang tidak baik..

Aladdin suka mencuri..
Pinocchio suka menipu..
Tarzan hidup separuh bogel.. 
Batman terbang laju 320 km/j..
Cinderella balik lewat malam..
Superman pakai underwear kat luar..
Sleeping Beauty pemalas asyik nak tidur..
Snow White tinggal serumah dengan 7 lelaki..

Dah tahu puncanya? Jadi moral of the story, jangan sesekali meniru perangai buruk kartun yang pernah ditayangkan di TV. Oh no, rupanya kartun punya pasal! Hehe.. 

P/S: Artikel nie diulas dengan kepala lutut admin blog ini. Anda dinasihatkan supaya memperbanyakkan ingat Allah s.w.t agar terhindar daripada idea-idea gila admin tersebut. Sekadar hiburan bersama.. Ahakzzz.. 
Peace yo! Assalamualaikum.. (^_^)

Wednesday, April 10, 2013

Malam hariku kini diisi oleh gadis bernama Keesamus

Sudah menjadi kebiasaan Aku pengembara, apabila duduk sahaja depan laptop, tak miss mesti telinga nie nak dengar lagu... Aku pengembara pun tak tahu sejak bila perangai pelik nie wujud. Seingat Aku pengembara dari zaman sekolah menengah lagi telinga ini sudah terbiasa dengar lagu tak kira apa jenis lagu pun. Tak sah kalau sehari tu tak dengar walaupun satu buah lagu. Ingatkan dah masuk U nie akan ada perubahan, tetapi tetap sama seperti dulu.

Cuma bezanya kali ini setiap kali edit something (tak kiralah assignment ataupun permintaan customer)^^ lagu dari youtube menjadi peneman setia sehinggalah beberapa bulan lepas Aku pengembara terjumpa dengan seorang gadis youtube. Bagi Aku pengembara, gadis ini cukup unik kerana dia boleh menyanyikan lagu-lagu melayu dan Indonesia dan dialah yang mengisi malam-malam ku kini. Dia yang dimaksudkan ialah gadis Thailand, Keesamus. So, lagu-lagu Keesamus la menjadi peneman di dalam bilik yang sunyi sepi ini..

Secara jujurnya Aku pengembara cakap suara Keesamus taklah sehebat mana (biasa-biasa saja) namun ianya sudah cukup untuk membuatkanku jatuh cinta mendengar suara sengaunya.. Hahahaha.

Apa-apa pun jom layan lagu bersama Keesamus disamping kerja editing yang berlambak nie..^^

Antara lagu terbaik bagi nyanyian semula gadis Thailand ini (pendapat Aku Pengembara)

Tahukah anda fakta ini:
Keesamus secara tidak langsung telah berjaya menyatukan rakyat Indonesia, Malaysia dan Thailand menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan menerusi Youtube. walaupun pelat, tapi Aku Pengembara tetap respect dengan kesungguhan anak muda ini menyanyikan lagu yang bukan dari bahasanya sendiri. Itu takpe lagi, ada satu statement yang menarik perhatian dan mungkin membuatkan anda semakin sayang dengan wanita bernama Keesamus ini.. Rujuk dibawah..

I'm thai . actually I don't really understand the conflict between Malaysia and Indonesia, sometimes when I see some comments that people may say that I'm malay but I support Indonesia band. It seems that we are having a conflict between each other, which I feel like we are not co-operate. But please remember, we are neighbor right? ^__^ I don't care If someone will hate me haha

P/s: Walau siapa pun kita dan di mana kita berada, kita tetap hamba Allah.. Tak baik gaduh-gaduh. Respect Keesamus.


Tuesday, April 9, 2013

Berharap dapat bertemu Cik Na tukang urut (3 gambar)

Seperti biasa, aku akan teruskan pengembaraan ini. Tetapi pengembaraan kali ini berbeza daripada pengembaraan yang sudah kerana aku tidak berseorangan. Aku ditemani oleh seorang rakan serta kertas assignment black and white photography yang perlu diselesaikan dengan segera. Kali ini Pantai Morib menjadi sasaran setelah Bukit Broga terpaksa cancel last-last minute disebabkan beberapa faktor.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Pantai Morib, hujan pula turun dengan lebatnya. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi ke Sepang (rumah abang) terlebih dahulu untuk mengambil peralatan printing t-shirt yang tertinggal di sana. Hujan seakan tidak memberi sedikit pun ruang untuk kami meneruskan perjalanan maklumlah aku hanya menunggang sebuah motor yang tak beratap.

Beg besar dah bawa, hujan plak.

Melihat keadaan itu, aku, abang dan seorang rakan itu pun membuat sedikit meeting berkenaan perjalanan kami dan keputusan pun dibuat. Abang memutuskan supaya kami bermalam di Sepang dan meneruskan perjalanan pada hari esok. Aku akur. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Hari yang dinanti pun telah tiba dan pagi ahad pun muncul jua. Selepas solat subuh, kami pun memulakan perjalanan dan pada saat itu jugalah aku mendapat idea untuk singgah sekejap di Gold Coast Pantai Bagan Lalang yang pernah saya tulis sebelum ini [KLIK SINI]. Di situlah aku cuba untuk settlekan semua assignment takut kalau-kalau tak sempat pergi ke Pantai Morib.

Antara gambar yang sempat shoot.

Akhirnya sampai di Gold Coast. Selepas melihat jam ditangan telah menunjukkan pukul sembilan pagi, kami pun bersiap untuk meneruskan pengembaraan. Kali ini sesuatu yang buruk telah berlaku, motor wave kesayaangan pula mengalami masalah tayar bocor. Fuh! aku menggaru kepala yang tak gatal. Pegawai keselamatan yang berada di situ menjadi sasaran pertanyaan bengkel berdekatan dan jawapan terbaik dari ladang aku terima. "Kat sini tiada bengkel, korang kena pegi pekan lebih kurang sepuluh kilometer". Dengan senyuman aku menjawab "Thanks uncle" dan berlalu dengan motor pancit itu.

Setelah beberapa minit perjalanan, aku mengambil keputusan untuk singgah bertanyakan kepada seorang penjual kuih yang berada di tepi jalan itu. Belum sempat aku berkata apa-apa, wanita cute itu pun berkata,

"Motor pancit ke?"
"Hehe.. ye la.. bengkel motor jauh lagi ke?"
"dekat simpang depan tu ada..." Jawanya.
"Jalan kaki agak-agak berapa lama?"
"Hehe.. kalau jalan kaki, berpeluh juga la.." jawabnya sambil tertawa kecil mungkin geli hati mendengar soalan bodohku.

Aku dan seorang member itu tiada pilihan. Apa yang ada dalam kepala time tu, bawa motor sampai terjumpa bengkel walaupun tak tahu selok belok jalan dekat situ. Beberapa ketika selepas itu, tanpa diduga datang seorang mak cik yang berpewatakan ganas menawarkan diri untuk menunjukkan tempat untuk betulkan tayar. "Aik! biar betul mak cik ni.." Risau pula aku tiba-tiba pula mak cik tu offer.

"Seorang ikut mak cik dan seorang lagi bawa motor yang pancit tu". katanya.
 
Member aku pun tanpa berfikir panjang menunjukkan isyarat supaya aku yang ikut dengan mak cik yang tidak dikenali sementara dia membawa motor yang pancit bagi mengurangkan bebanan berat. Kami tiada pilihan.

"Tak menyusahkankah?" Tanya ku.
"Takde la, cepat naik". Arah mak cik itu sementara diekori rakan dibelakang yang menunggang motor pancit.

Pada awalnya aku beranggapan mak cik tu ganas orangnya dan ternyata anggapanku silap. Dalam perjalanan aku sempat bertanyakan tempat tinggal mak cik tu dan jawapan panjang diberikan. Mak cik tu bagitahu dia bekerja di airport, ada lima orang anak, tiga orang dah bekeja, dua orang masih belajar dan banyak lagi maklumat yang diberikan sehinggakan tiada ruang untuk aku bercakap. Selepas beberapa ketika itu, kami pun sampai di bengkel motor yang dimaksudkan namun sekali lagi malang menimpa apabila kedai tersebut pula tutup. Terlupa pula aku rupanya hari tersebut merupakan hari ahad.

Melihat keadaan itu, tiba-tiba mak cik itu pun berkata,
"Anak ni asal mana?"
"Saya asal Sabah, study dekat Cyberjaya, duduk dekat Puchong". Jawabku detail.
"Oh Puchong.. jauh tu nak..." takkan nak balik dengan tayar pancit?"
"Tak pe la mak cik.. nanti saya ikhtihar.." Jawabku yang tidak mahu menyusahkan mak cik itu lagi.

Mak cik itu merenung aku dalam-dalam lantas berkata, "Jom kita pergi kedai sebelah masjid sana. Kat sana ada bengkel motor.. Mudah-mudahan lah buka nak.. mak cik kesian tengok kau dengan kawan kau tu.. Puchong bukannya dekat". Melihat kesungguhan mak cik tu membantu, perasaanku menjadi bercampur baur. Serba salah, terharu dan malu pun ada dengan wanita yang umur dalam lingkungan 40-an itu. Aku sendiri tidak menyangka keprihatinan mak cik itu sampai ke tahap ini.

Tidak lama selepas itu, kami pun sampai di tempat yang dimaksudkan. Alhamdulillah, ada juga kedai cina yang buka hari ahad nie. Hatiku lega. Beberapa ketika lepas itu pula muncul kelibat rakan aku yang dari tadi mengekori dari belakang. Kami pun mengucapkan terima kasih yang tak berbelah bagi kepada mak cik tersebut. Tak sangka pula ada lagi manusia yang berhati mulia seperti mak cik itu.

Alhamdulillah jumpa juga bengkel nie.

"Terima kasih mak cik, tak tahu lagi nak kata apa.." kawanku bersuara.
"Tak apa.. Berapa harga tukar tayar tu?" Tanya mak cik tu.
"Maybe dalam sepuluh ringgit je mak cik.. " Jawab ku ringkas.
"Oh, ada duit tak nie?" Soal mak cik tu on the sport.
"Ada mak cik.." Jawab ku dengan penuh yakin disebabkan malu yang tak terkata dengan mak cik tu. Dalam hati takkanlah yang nie pun mak cik nak bayar. Malu tahap dewa dowh!
"Oklah. Apa-apa hal, nanti contact mak cik ataupun kalau nak kerja dekat airport. Kat dalam tu banyak kerja. Nie ambil nombor mak cik. Cik Na Urut.. selain kerja kat airport, mak cik juga tukang urut.
"terima kasih banyak tau mak cik," Sekali lagi rakan baik ku mengucapkan terima kasih atas budi baik Cik Na Urut itu..
"Ok, hati-hati dalam perjalanan". Sambil berlalu pergi dengan motor maroonnya....

Mulianya hati Cik Na ini.. Aku berharap, satu hari nanti aku akan dapat bertemu dengannya lagi. Jasamu tetap ku kenang..

~SEKIAN~


Wednesday, April 3, 2013

Gambar bukti Christiano Ronaldo benci kepada maksiat


"Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta dia (Mesut Ozil) ajarkan berwudhu".

Alhamdulillah. Ini merupakan satu petanda baik bagi bintang bola sepak Portugal ini walaupun sebelum ini beliau sering sahaja di'cop' sebagai seorang yang sombong dan tinggi diri.

Begitulah statement yang Aku pengembara temui dibeberapa laman sosial yang dinyatakan sendiri oleh pemain bola sepak pujaan ramai ini. Semoga beliau terus mendapat hidayah Allah s.w.t.

Banyak bukti yang menunjukkan kecintaan Christiano Ronaldo terhadap Islam dan ini yang membuatkan Aku pengembara respect terhadap beliau. Sebelum itu, beliau sendiri pernah menghalang perbuatan maksiat yang berlaku di hadapan mata dan berusaha untuk mencegahnya. Macam tak percaya kan? Malas nak cakap banyak, baiklah rujuk gambar di bawah ini..

 
Nampak tak Christiano cuba menghalang? hehe.. Jangan marah. peace yo!

Jumpa lagi dilembaran yang akan datang.. Salam sayang dari Aku pengembara ^^