Aniq Bukhary Channel: 11_12


Sukan, Bola sepak, lawak, isu semasa dll.

Promosi hebat untuk anda!

Friday, November 30, 2012

Fakri Sharani dan Shila Hamzah ada chemistry

Kedua-dua individu ini walaupun berbeza kerjaya tetapi mereka mempunyai satu persamaan ataupun chemistry (istilah bagi Aku pengembara) di mata rakyat Malaysia. Kedua-dua mereka dikritik hebat di bumi sendiri sedangkan negara luar sibuk mengiktiraf dan menyanjung bakat luar biasa yang mereka miliki. Apa agaknya kesalahan yang mereka lakukan sehingga mendapat cemuhan sedemikian rupa?

Fakri Sharani, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena bolasepak tanah air. Satu Malaysia tahu yang pemain muda ini mis pinalti ketika final sukan SEA yang lalu. Hehehe (jangan marah Fakri). Berikutan detik-detik indah itu (^_^), beliau dilemparkan dengan pelbagai cemuhan yang menjadi halwa telinga sehinggakan terwujudnya satu page dalam laman sosial facebook yang berbunyi 'Saya benci Fakri Sharani' (kejam.. kejam...). Menarik bukan? Rata-rata peminat ketika itu berpendapat sepatutnya tiada tempat untuknya dalam pasukan kebangsaan. Tetapi kalau kita fikir-fikir balik, itu merupakan satu kesilapan biasa yang dilakukan oleh mana-mana pemain bola sepak sekalipun (pendapat Aku pengembara). Nama-nama besar dunia seperti Messi pun pernah melakukan kesilapan sama. Kenapa kita cepat sangat menghukum? Aku pengembara teringat akan satu ayat yang pernah keluar dari mulut anak muda ini dalam rancangan majalah 3 yang lalu. Dia cakap, 'Tak kisah la apa orang nak kata. Kalau bola tu tak nak masuk tak masuk juga, buat la macam mana pun (lebih kurang macam tu la..) Bagi aku pengembara, daripada ayat yang diungkapkan itu terselit di dalamnya satu semangat dan kesungguhan striker muda pasukan kebangsaan ini untuk membuktikan sesuatu. Setelah lulus mengharungi ujian mental setelah sekian lama, akhirnya anak muda ini dikatakan akan membawa harapan negara untuk beraksi di Portugal nanti mengikut jejak langkah Nazmi Faiz sebelum ini (Alhamdulillah, berkat kesabaran).

Shila Hamzah, anak kepada Nd Lala, pemilik wajah cantik berlesung pipit, tetapi beperwatakan gedik (orang cakap). Penyayi bersuara lantang bak kata orang tua menyanyi didepan cermin boleh pecah. Beliau tidak penah mendapat apa-apa pengiktirafan dalam negara malah sering dicop gedik oleh media tempatan. Namun sejak kebelakangan ini nama beliau melonjak naik selepas berjaya merangkul anugerah berprestij di China. Fuh!
 
Aku pengembara: Kesimpulannya Fakri dan Shila adalah pasangan yang chemistry dan secocok. Kedua-dua mereka disisihkan oleh peminat tempatan tetapi diangkat dan dijulang oleh peminat negara luar. Uniknya Malaysia (^_^)

# Go Fakri!
# Go Shila! 


Saturday, November 24, 2012

Persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2012 (minggu 2)



Minggu 2

Tema:  Spoof, tiru, parodi, scene atau ajuk dari mana2 babak, adegan, sketsa dari filem, drama samada tempatan atau antarabangsa.

Undian 3 teratas:
1) Jozan
2) Jambu
3) Boboi

Undian 3 tercorot:
- R2
- Dadidu
- Pimai

Persembahan pilihan Aku pengembara minggu ini:
* JAMBU

Buah tangan minggu 1 (pilihan Aku pengembara)

Nak lagi detail?? ---> SINI


Thursday, November 15, 2012

Love: Aku akan sayang dia sampai mati





Aku pengembara: Perkongsian kisah cinta kali ini dipetik daripada kisah cinta yang telah dikongsikan oleh seorang rakan blogger dalam laman blog kreatifnya AMIRA SYUHADA. Serious, pertama kali baca kisah cinta nie beberapa bulan lau, rasa jelous plak. Bila la saya dapat kecapi bahagia macam diaorang nie, rasa macam nak khawin cepat pun ada.. haha. Jelous dowh! Apa-apa pun, thankz to Amira Syuhada coz bagi keizinan pada saya untuk post kisah cinta romantik ini. Akhir kata daripada saya 'Tegur bila aku salah, hulurkan tangan mu bila aku lemah'. ASSALAMUAlAIKUM.

Sunday, November 11, 2012

Penyerahan durian runtuh untuk generasi muda Felda

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menyerahkan sejumlah RM563 juta durian runtuh kepada 112,635 isi rumah Felda di bawah fasa ketiga khusus untuk generasi muda peneroka.

Masing-masing akan menerima RM5,000.

Penyerahan itu dilakukan pada majlis Himpunan Generasi Baru Felda, yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini.

Agihan durian runtuh ini berdasarkan keuntungan selepas penyenaraian Felda Global Ventures di bursa saham.

Jumlah keseluruhan durian runtuh yang diberikan kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua adalah berjumlah RM1.689 bilion.


Thursday, November 8, 2012

Gempak! Kejadian pukul di Sepang (5 gambar)

Kejadian nie berlaku di salah sebuah bengkel kereta di tepi jalan sebelum menuju ke Bagan Lalang. Peristiwa nie secara kebetulan berlaku di hadapan mata Aku pengembara sendiri time tinted kereta hari tu.

Gambar hiasan..

Kereta yang baru di tinted. Tapi bukan kereta nie yang Aku pengembara tinted.. Gambar nie time shoot autoshow kat PJ hari tu. Kereta Aku pengembara (abang punya) gambar kat bawah tu..

Nie la kereta tu.. Tinted sebab panas kalau x tinted. Dah la kulit kita nie hitam, tambah hitam lagi kalau hari-hari kena panas.. ^_^

Ok, kita berbalik kepada topik asal. Nie gambar yang Aku pengembara 'snap' sebelum kejadian. sementara menunggu kereta siap di'tinted', lensa kamera tertarik pada seorang adik cute yang lalu depan bengkel tu.

Aku pengembara
cakap kat adik tu, adik boleh tolong? abang nak tangkap gambar adik, boleh tak? Tak sangka plak adik tu beri respon positif namun hajat tak kesampaian apabila dua budak lelaki menyibuk tetiba masuk nak tangkap gambar juga. Di situlah bermulanya kejadian pukul yang menggemparkan. Lihat gambar di bawah.

Woi pulang balek basikal aku!

Ni la padah kalau guna barang orang tanpa izin. Kan dah kena.. Nasib baik la abang kameraman nie tolong.. kalau x, teruk kena belasah.. hehe

Aku pengembara: Dialog diubah oleh saya sendiri mengikut cadangan dan idea gila rakan-rakan. Post kali ini hanya sekadar hiburan dikala otak semakin serabut nie.. Huh! Apa-apa pun, aku hanya buat yang terbaik untuk anda dan jangan segan tegur bila aku salah dan hulurkan tangan mu bila aku lemah.. Akhir kata, ASSALAMUALAIKUM W.T.B.