AKU PENGEMBARA: 08_12


Wednesday, August 29, 2012

Maksud disebalik perkataan "Saya Sayang Awak".

Martabatmu MULIA wahai wanita, jangan diletakkan di tempat yang HINA..

Location: Cyberjaya, Selangor.
Camera maker: Canon EOS 550D
Aperture: f/5.6
Exposure time: 1/90 sec
ISO: 100

Wednesday, August 15, 2012

Sedih: Hadirmu dinanti pergimu ditangisi

Location: Nilai, Negeri Sembilan.
Camera maker: Canon EOS 550D
Exposure time: 1/60
Aperture: f/22
ISO: 100




Thursday, August 9, 2012

Benarkah cinta tak pernah hadir tanpa kasih & sayang?

Hasil kerja 10 minit semasa cuti semester yang lalu..
 

Location: S.M.K Kuhara Tawau.
Talent: Muhammad Supizi
Camera maker: Sony Ericksson W810i
Aperture: f/2.8
Exposure time: 1/250 sec
ISO: 80 

Wednesday, August 8, 2012

Soal jawab cinta bersama ustaz episod akhir (4 gambar)

Assalamualaikum semua.. Seperti yang dijanjikan di bulan ramadhan yang mulia ini, Aku pengembara ingin berkongsi sedikit mengenai hasil karya yang membawa sejuta makna bagi Aku pengembara sendiri. Karya ini merupakan hasil sambungan daripada Soal jawab cinta sebelum ini. Bagi yang terlepas episod sebelum ini boleh lihat di sini (Soal jawab cinta 1, soal jawab cinta 2). Episod kali ini merupakan episod yang terakhir dan tiada lagi sambungan daripada kisah ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Apa-apa pun, Jom layan..




 


Aku pengembara:  Karya penuh pengajaran ini sekadar renungan buat semua terutamanya remaja seperti saya. Saya sendiri akui bukan mudah untuk mengelak daripada dunia percintaan di zaman yang semakin mencabar ini. Apa-apa pun, semoga episod akhir ini memberi manfaat dunia dan akhirat kepada kita semua. Seperti biasa, 1 perkataan ikhlas dari hati 'PLEASE TEGUR AKU' kerna saya cuma insan biasa yang tidak lepas dari salah dan silap..

Share jika anda rasakan ianya bermanfaat untuk semua..


Tuesday, August 7, 2012

Perlukah wanita berpenampilan seksi?

Saat seorang wanita cantik dan seksi muncul dalam satu majlis, biasanya sang lelaki akan terus bereaksi.  confirm mesti punya la. Ada yang just tengok tanpa komen ape-ape, ada yang bersiul nakal, ada juga yang bernyanyi dan yang lebih berani ada yang mendekati dan mintak nombor fon. manelah tau nasib pompuan seksi tu gi layan kan?
kalau dah macam tu.. perlukah seorang perempuan berpenampilan SEKSI?

Untuk merungkai persoalan ini, Aku pengembara tertarik dengan satu kajian yang dilakukan oleh seorang rakan blogger yang turut mengambil berat hal ini. Blogger wanita tersebut membuat kajian dengan bertanyakan soalan-soalan berkaitan pandangan lelaki tentang perempuan cantik serta seksi dan ternyata respon yang diberikan agak mengejutkan. Lihat jawapan di bawah:


JAWAPAN 1:
"Lelaki mana wey yang tak suka tengok pompuan cantik dan seksi? cuba ko bagitau aku??. But, aku suka tengok cam tu je. kalau nak ajak kawen? upsss. Nanti dulu. kena pilih-pilih gak. nak kena tengok agama, keturunan, kekayaan..bla..bla.."


JAWAPAN 2
"Aku suka tengok pompuan yang pakai mini skirt. paha putih gebu. Perghhh! tapi kalau nak dijadikan isteri. tak mungkin. aku tak nak isteri aku pegi tayang kat khalayak ramai kecantikan dan keseksian dia tu. itu semua hanya untuk aku sorang je"


JAWAPAN 3
"Pompuan seksi memang mengujakan mata lelaki. tetapi kalau nak pilih calon isteri, aku lebih suka pompuan yang memiliki peribadi seorang muslimah sejati. " (Sini)

Amacam.. menarik tak hasil kajian tersebut?


Soalnya sekarang, lelaki nak pompuan yang cam mana untuk  dijadikan isteri?

Persoalan ini mengingatkan Aku pengembara dengan kata-kata seorang rakan semasa kemasukan pelajar baru yang lalu. Time tu Aku pengembara diberi tugas untuk membacakan doa dalam majlis tersebut sekaligus Aku pengembara la antara orang yang terawal dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar baru. Selepas sahaja majlis itu, seorang rakan bertanya kepada Aku pengembara, "Amacam tadi, ramai student pompuan tak?." Dengan nada bergurau Aku pengembara cakap, "Opkoz la ramaiii..  Ada yang cute, ada juga yang seksi. Terpulang la nak pilih mana." jawapan Aku pengembara itu disambut dengan gelak tawa kami berdua. Kemudian dia cakap, Wei! Walaupun aku macam nie, tapi kalau nak cari isteri pun, biar yang bertudung. Sejuk sikit mata nie memandang. Yang tu kalau nak jadikan spear part boleh la. Hahaha.. "

Ada betulnya juga apa yang member Aku pengembara tu cakap. Itulah naluri seorang lelaki, walau macam mana pun jahatnya lelaki itu, apabila mencari isteri seterusnya menjadi pasangan hidup, mereka akan memilih pompuan yang sopan santun dan beragama. At least pakai tudung la. Sebagai seorang lelaki, Aku pengembara sendiri akui hakikat itu. Aku pengembara pun kalau nak cari pasangan hidup, first sekali biar yang beragama. Tak cantik pun tak apa, boleh tutup lampu. Hahaha (macam kenal je ayat nie). Tak champion masak pun tak apa, at least pandai masak nasi n goreng-goreng sikit dah la (yang lain boleh belajar together-gether lepas kawin^^). Apa yang penting, bagi aku cukup la jika dia sanggup berubah bersama-sama aku ke arah yang lebih baik serta sanggup menegurku bila aku lalai daripada tanggungjawab. OPPSSS, TERLEBIH SUDAH! ^_^ (mata comel)


Thursday, August 2, 2012

Hubungan kita sehangat api

Minggu nie kelas foto Aku pengembara agak santai. My lecturer just bagi briefing subjek dan sedikit gambaran tentang perjalanan untuk semester kali ini. Semester nie begitu menguji fizikal dan mental disebabkan lecturer mencabar Aku pengembara dan rakan-rakan untuk mencari foreigner sebagai model untuk shoot fashion nanti. Dengan itu bermula la pencarian bakat-bakat baru Aku pengembara untuk dijadikan model nanti (^_^). Ok, di bawah ini merupakan satu contoh model yang pernah Aku pengembara Shoot beberapa tahun yang lepas dan telah diberikan nafas baru mengikut kehendak rakan-rakan yang inginkan sesuatu karya yang kreatif dan mantap. Kalau rasa best dan kena di hati, bolehlah tekan butang share di bawah post ini dan kalau x best plak, apa boleh buat laa.. Banyak benda lagi yang Aku pengembara belum belajar tentang editing nie.. So, apa tunggu lagi, jom layan karya gila Aku pengembara.


Aku pengembara: Karya seterusnya akan saya publish minggu hadapan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Thankz coz sudi jenguk karya gila ini dan sebarang cadangan bolehlah emailkan kepada saya di alamat yang tertera di atas. Akhir kata daripada saya, sebaris ayat ikhlas dari hati "PLEASE TEGUR AKU". Assalamualaikum...


Wednesday, August 1, 2012

Jiwa ku jiwa bisnes (11 gambar)

Selain daripada menjadi seorang jurufoto part time, Aku pengembara juga turut menjalankan bisnes printing tshirt. Pada awalnya bisnes ini hanya sekadar hobi bagi Aku pengembara coz dari dulu lagi Aku pengembara mempunyai impian untuk memakai baju hasil design sendiri. Entry kali ini sebenarnya menjawab persoalan mengenai gambar kontroversi Aku pengembara yang menjadi bualan hangat rakan-rakan Aku pengembara sendiri. Untuk melihat gambar kontroversi itu, bolehlah klik Sini ---> Aku anak melayu tak kan menyerah kalah.


 Contoh baju yang telah siap dicetak.

Sifu, Abang Azmi menerangkan serba sedikit tentang dunia pencetakan baju.

Rakan seperjuangan dari pelbagai negeri yang turut berkongsi minat yang sama. Hidup melayu!

T-shirt simple. Dalam proses untuk disiapkan.

 Jentera yang digunakan untuk mencetak T-shirt.

Kenangan bersama Abang Azmi ketika di Wangsa maju.

Contoh T-shirt yang telah siap.

Satu lagi contoh T-shirt.

Yang nie menggunakan teknik heatpress.

T-shirt pertama yang saya hasilkan sewaktu awal penglibatan dahulu. (^_^)

Give smile to everyone daripada Aku pengembara. Haha!

*Aku pengembara turut menawarkan khidmat mencetak nombor jersey. Siapa yang berminat, inform je kat sini ---> FB atau pun kalau susah sangat contact nombor nie (0102710167).. InsyaAllah akan dilayan. Mesej 24 jam, calling di luar waktu kelas.. (^_^)