AKU PENGEMBARA: 05_12


Thursday, May 31, 2012

Sedih: Kenanganku tertinggal di Putrajaya (15 gambar)

Perhimpunan jutaan belia 2012 telah pun berlalu dan meninggalkan kesan yang mendalam bagi diri Aku pengembara secara peribadi. Lima hari menghabiskan masa melihat pelbagai karenah manusia dengan menggunakan lensa kamera merupakan satu kepuasan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Tiada apa yang dapat mengembirakan Aku pengembara selain daripada dapat menghasilkan satu gambar yang berkualiti dan memuaskan hati ini. Bagi Aku pengembara inilah masa yang terbaik untuk meningkatkan lagi kemahiran yang ada dalam menggunakan fungsi kamera. 


Entry kali ini Aku pengembara letakkan beberapa gambar untuk tatapan semua terutama rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada hari karnival berlangsung. So, hope enjoy this dan kepada otai-otai photographer jangan lupa komen tentang gambar (bukan blog) supaya Aku pengembara dapat mempertingkatkan lagi kemahiran yang sedia ada. ^_^


Adik comel Putri Adriana menyanyikan lagu cinta untuk nabila yang pernah
dipopularkan oleh kumpulan Melissa satu ketika dulu.

100% tanpa edit.

Seni bina yang terdapat di pusat pentadbiran Putrajaya.

Suasana petang sabtu berdekatan dengan bangunan KBS tempat saya dan rakan-rakan bertugas.

Kupon yang diberikan kepada sukarelawan hari belia termasuklah saya. Banyak juga kan?

Gambar yang dihasilkan ketika sedang duduk menunggu rakan-rakan. 

Photographer by photographer ^_^

Antara gambar panning yang terhasil pada hari kedua.

Air mata kucing pun ada jual. Kesian dengan kucing tu. ^_^

Sasuke. Siapa berani cubalah! Aku pengembara dah try. bukan senang woo..

Peace.. adik nie cuba menyembunyikan gemuruh dijiwa ketika menunggang motor pelik nie. First time la tu ^_^

Tugas getir seorang photographer. Tengok tu.. bukan senang untuk menjadi seorang photographer professional nie.

Suasana santai di hadapan Istana kehakiman Putrajaya.. macam berkelah pun ada..

Tram yang digunakan pengunjung sepanjang 6km tapak karnival.

karya seni menarik yang dapat dihasilkan. Terbaik la! 

Selamat tinggal Putrajaya.. :'(

 

Monday, May 28, 2012

Hari susu sedunia Putrajaya 2012 (8 photo)







Gambar nie 90% sama seperti yang dipaparkan oleh sebuah akhbar tempatan..

Menjalankan tugas sebaris dengan media-media yang sudah berpengalaman luas.
Terima kasih tak terhingga kepada KBS . ^_^ 


Tuesday, May 22, 2012

Soal jawab cinta bersama ustaz (3 photo)




Bersambung.. 

Entry kali ini lebih kepada nasihat untuk para remaja termasuklah diri Aku pengembara sendiri yang sedang meningkat remaja. Aku pengembara akui bukan mudah untuk kita mengelak daripada terjerumus ke dalam dunia cinta yang buta dan membutakan ini. Tetapi harus diingat, cinta sesama insan ini ada batasnya dan hanya pernikahan sahaja yang boleh menghalalkan apa yang sepatutnya. Malu dan segan pula rasanya bagi Aku pengembara mengulas panjang tentang hal ini kerna akhlak belum sempurna di samping ilmu di dada belum mencukupi lagi..

Aku pengembara teringat pada satu kata-kata iaitu "jangan pernah menyentuh hati seseorang jika kamu tidak berniat untuk menikahinya". Mungkin inilah rumusan daripada entry kali ini kerna tindakan itu dikhuatiri akan mengorbankan sekeping hati suci. Sebelum itu, sejuta kemaafan dipinta sebab sambungan daripada karya ini belum siap lagi. Aku pengembara betul-betul buzy sejak kebelakangan nie. Buzy ngn assignment nak tempah studio, lepas tu nak shoot plak. Maklum la semakin dekat cuti sem nie semakin sibuk la dengan final project. Apa-apa pun untuk menghargai anda semua, Aku pengembara akan post juga untuk sambungan 'soal jawab cinta' ini dalam masa terdekat. Semoga dengan entry kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Lagi satu, jika karya nie bermanfaat jangan lupa untuk share kerna ilmu itu hak milik kita bersama. :-)

 

Tuesday, May 15, 2012

Lawak : Jurufoto yang pelik (9 photo)

Aku pengembara pernah terdengar orang cakap, "Hek elleh.. setakat nak tangkap gambar, aku pun boleh!". Aku pengembara pun pergi dekat dengan abang tu dan cakap dengan lembut, "Bang, photographer nie bukannya just TANGKAP GAMBAR, tetapi BUAT GAMBAR. Macam mana satu gambar yang dihasilkan itu mempunyai maksud dan memberi emosi kepada orang yang melihatnya. Kalau setakat tangkap gambar, adik saya yang kecil tu pun boleh". Walaupun agak kasar bahasa, tetapi itulah istilah dan pendapat peribadi Aku pengembara. Bersesuaian dengan itu, untuk menghasilkan satu gambar yang menarik dan mempunyai maksud, pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan oleh photographer untuk menghasilkan gambar yang betul-betul berkualiti. Tak percaya? Lihat di bawah ini..

Lihat teknik nie, Photographer yang posing lebih. Hehe..

Nie pula, salah satu contoh Profesional photographer in Malaysia.

 Lihat pula nie, bukan main fokus lagi abang dan kakak photographer nie.

Apa pula pendapat anda tentang gambar nie? Hehe..

'Teknik kangkang' yang jarang dilakukan oleh mana-mana photographer. :)

Salah satu contoh photographer yang kreatif.

Dengan gaya snap macam nie, memang gempak la hasil kerja
kakak photographer nie. :)

Yang nie pelik sikit. satu dalam seribu. Hahaha..

Yang nie pula, photographer yang mengancam.


Sumber diperolehi daripada google image dan DSLR Aku pengembara sendiri. Gambar-gambar di atas sekadar untuk menghilangkan stress disamping assignment yang berlambak. Tapi relax and cool la. Jangan layan sangat stress tu. Boleh jadi gila ooo.. Apepon, Hope enjoy this!


Monday, May 14, 2012

Baca buku sampai gila (9 photo)

Selamat datang ke pesta buku Kuala Lumpur 2012.

 Suasana penuh sesak dengan kehadiran pengunjung
tanpa mengira peringkat umur.

Tengok mak cik nie, sampai tak tau nak pilih
mana satu kedai nak pergi.

Kumpulan pelajar yang turut memenuhi ruang PWTC.

Di satu sudut, tertarik pula tengok adik-adik nie
baca buku. Cute juga kan?

 Nak cute lagi, tengok kakak Najwa kita seorang nie. Sorry image kurang memuaskan almaklum la gambar curi. Haha.. Saya tanya dia saya nak snap dengan cara halal dia cakap tak payah. Malu. So, terpaksa la guna plan B dan kebetulan plak dia pandang kamera time tu.

Gaya spontan adik nie apabila lensa kamera dihalakan.

Terbaik! itu yang boleh saya katakan apabila melihat kemampuan abang nie lukis muka adik tu. Tak sampai pun 10 minit diperlukan untuk menghasilkan satu lukisan potret yang menarik.

Terpegun melihat bakat yang dimiliki oleh abang tu
sampai tak tahu nak cakap apa..