AKU PENGEMBARA: 04_12


Thursday, April 26, 2012

Adakah Aishah masih hidup?


*Kisah seram kembali menghiasi blog Aku pengembara. Jika sebelum ini ada yang mengadu dengan Aku pengembara x dapat tidur semalaman disebabkan kisah seram misteri anak patung, kali ini Aku pengembara mengajak anda menyelami kisah siapa sebenarnya Aishah. Amaran! Bagi mereka yang lemah semangat ataupun menghidap penyakit jantung, diharap anda tidak membuat keputusan yang salah untuk terus membaca kisah seram kali ini. Bagi lelaki pula yang rasakan diri sudah cukup hebat dan jantan sangat, jom ikuti kisah seram ini. Jangan x tidur plak malam nie.. Semoga Aishah tidak menjelma dan menggangu anda pada malam ini. AMIN..

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.
Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.



Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.
Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka. Wallahu alam...

*Seram jg baca kisah nie kan? Benar atau tidak kisah nie tidak dapat dipastikan lagi coz dah lama sangat. Tahun 80-an dulu begitulah kata seorang rakan blogger yang turut mengkaji kisah ini.. Apa-apa pun sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN..

Jgn lupa share dan enjoy malam anda. Hahaha..



Tuesday, April 24, 2012

Lawak : Apabila tandas bersuara (8 Photo)

 *Yang nie biasa kita lihat.

 *Yang nie plak jarang-jarang kita lihat

 *Yang nie pesanan sopan dan penuh makna..

 *Guru prihatin kesayangan anak murid.

 *Berak sembarangan bah..

 *Awas! anda sedang diperhatikan.

 *Jangan ganggu komuniti ini. Hahaha..

 *Pantun dua kerat mempunyai isi tersirat. Hahaha..

Aku pengembara: Hope enjoy dengan post kali ini. Semakin jauh mengembara, semakin banyak plak benda bodoh yang Aku pengembara belajar. Tapi xpa, kadang-kadang benda bodoh itulah yang membuatkan kita menjadi semakin matang dan kreatif. Aku pengembara sebenarnya percaya pada satu istilah yang pelik iaitu istilah 'BANGANG IS KREATIF'. Inilah istilah yang menjadi pegangan Aku pengembara untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dan kreatif. Istilah ini hanyalah pendapat peribadi Aku pengembara sahaja. Kalau ada yang x setuju, simpan dalam hati n nanti kita settle kat luar. Haha.. Apa-apa pun thankz kepada yang sudi baca post kali ini dan jangan lupa share kepada pengguna-pengguna tandas di luar sana agar mereka tahu betapa tandas menderita disebabkan mereka. Hahahahaha....

Monday, April 23, 2012

Gempak! Desaria Villa Puchong runtuh (11 photo)

Satu kejadian yang menggemparkan semua apabila bangunan Desaria Villa Condominium yang terletak di Puchong, Selangor runtuh baru-baru ini. Bangunan yang menempatkan lebih kurang seribu orang pelajar Universiti Limkokwing itu runtuh dan mengalami kerosakan teruk. Mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pada waktu kejadian semua pelajar sempat menyelamatkan diri masing-masing. Saya sempat meninjau tempat kejadian dengan beberapa rakan yang lain dan hasilnya beberapa foto mengerikan ini saya snap untuk tatapan anda.


*Desaria villa condominium sebelum kejadian

*Pandangan dari tepi Desaria villa sebelum berlakunya tragedi malang itu

*Desaria Villa yang tersergam indah tempat kediaman pelajar Limkokwing

*Angle yang menarik

*Plaza Desaria Villa

*Inilah gambar Desaria Villa selepas kejadian yang sempat diambil

 *Desaria Villa selepas kejadian

 *Desaria Villa selepas kejadian

 *Kesan kerosakan yang merisaukan ramai pihak

 
*Pandangan dari atas kerosakan yang berlaku

Aku pengembara: Tujuan asal gambar ini didedahkan sebenarnya adalah untuk menunjukkan kemahiran dalam penggunaan kamera DSLR. Saya cuba mempraktikkan fungsi auto dan manual focus yang terdapat dalam kamera setelah membuat research dalam beberapa hari nie dan hasil yang saya perolehi cukup menarik. Saya dapati terdapat tiga cara untuk mendapatkan hasil seperti di atas dengan cara yang mudah bagi orang-orang yang malas seperti saya. Haha.. Tapi kalau ada cara lain pun dialu-alukan untuk kongsi bersama dan kalau ada kekurangan boleh la tambah dan komen apa yang patut. Hal ini kerana kemahiran dalam fotografi merupakan satu benda yang subjektif dan tak cukup rasanya untuk saya terangkan pada entry kali ini. Apa-apa pun, bagi mereka yang teringin untuk melihat kerosakan tersebut di hadapan mata, boleh la datang terus ke bilik study yang ada tv besar kat Desaria tu. Kesan kerosakan tu masih ada lagi dan tidak terusik sikit pun... :)


Thursday, April 12, 2012

Kemasukan pelajar baru Limkokwing (14 photo)

 

Aku pengembara: Nie je la post yang sempat upload. Minggu nie busy la. Sibuk fikir pasal assignment, fikir pasal bisnes, hal2 rumah tangga lg sampai xda masa upload pic. Haha.. Tp untuk tidak menghampakan anda semua, inilah hadiah untuk anda. nak bagi cadbury, xda duit plak.. satu dua orang boleh la. Begini la tugas photographer. Tangkap gambar rajin, upload tu yang malas.. hehe. Kepada bdk2 foto dan bdk2 yg minat ngn foto atau bdk2 yg suka tgk foto, silalah komen.. Bukan komen pasal blog, tp komen hasil kerja seorang photographer yang x bertauliah nie.. hehehe



Tuesday, April 3, 2012

Apabila lelaki bercerita pasal cinta

    Langkah mereka terhenti. Sudir menarik tangan Herman ke satu sudut. Ada bangku untuk mereka berdua duduk. Terdiam seketika. “Begini Man, semalam aku bertemu dengan kawan-kawan bekas satu sekolah dahulu. Memang seronok. Tapi ada perkara yang menyentap diriku. 

    “mereka semua gelakkan aku apabila aku akui tidak terlibat dalam couple. Sedangkan mereka dah ada teman wanita. Siap bawak sekali semalam. Tapi aku hanya diamkan diri sahaja,” jujur cerita Sudir. Temannya itu hanya mengangguk. Kemudian bertanya. “Apa yang ada dalam hati kau sekarang ni?” ringkas pertanyaan Herman.

    Aku takut Man. Aku takut dengan semua ni. “Masih aku teringat pesan ustaz Jaafar minggu lepas. Engkau pun dengar sama kan?” balas Sudir. Minggu lalu, ketika mengisi slot aktiviti persatuan, ustaz Jaafar Ali telah menasihati. Sebagai bekalan anak muda sepertinya agar tidak terjerat dalam ujian dunia.

“Ingat, ujian lelaki adalah wanita. Takutilah kamu akan fitnah wanita. Andai engkau tidak kuat, pasti kamu akan hanyut dan dihanyutkan,” pesan ustaz Jaafar.

 “Takutilah kamu sebagai lelaki. Boleh jadi kamu rasakan diri kamu kuat kerana mampu mengangkat bebanan. Namun untuk menjauhi bicara manis wanita, belum tentu.

“Mungkin kamu melihat diri kuat kerana punya tenaga yang hebat. Namun untuk menahan diri daripada melihat aurat wanita ajnabi, belum tentu kamu mampu.

“Barangkali kamu berasa diri dirimu kuat kerana sememangnya kamu dilahirkan begitu. Namun untuk membataskan pergaulan dengan wanita yang masih haram bagimu, belum tentu kamu berjaya,” ustaz Jaafar menutup kuliahnya dengan sebegitu rupa.

BUKAN TIDAK BOLEH BERCINTA, tapi tiada nas di dalam Al-Quran dan hadis yang membenarkan. Maka ketika masih belum berpunya inilah dijadikan peluang untuk mencari ilmu bagi membekalkan diri setelah mendirikan rumah tangga kelak.

    Segala macam contoh telah dipertontonkan. Cerita-cerita teladan sejak zaman berzaman tidak pernah lekang diingatan. Berapa ramai lelaki hanyut hanya kerana lemahnya iman. Ujian mereka benar-benar kaum wanita.


*Walaupun artikel ini begitu singkat namun sudah cukup untuk memberi peringatan kepada diri Aku pengembara seterusnya para pembaca sekalian. Semoga kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah. AMIN..