AKU PENGEMBARA: 02_12


Monday, February 27, 2012

Sebuah nostalgia


Potret itu ku tatap lagi, satu demi satu kenangan bersama kak Long berlegar di fikiran. Seboleh-bolehnya kenangan itu cuba aku hapuskan dari ingatan. Namun, semakin aku cuba melupakan, semakin kuat ingatan itu mencengkam naluri ku. Hati ini meratap tiap kali nostalgia itu menghantui. Piano kecil itu terus mengalunkan irama lembut sedang aku terus melayari jiwa ku. Potret itu ku tatap lagi.
Pagi itu, seperti hari2 sebelumnya Kak Long menghantarku ke sekolah. Namun kali ini berbeza sekali. Kak Long menghantarku terus ke dalam kelas ku lalu mengucup dan memeluk ku erat. Pelbagai persoalan hadir di benak ku. Mengapa tingkah Kak Long berbeza kali ini? Pagi itu juga, aku tidak turut serta bersama rakan2 ku yang lain berhimpun di tapak perhimpunan. Gelagat Kak Long benar2 menghairankan ku. Sesi pembelajaran bagi ku cukup membosankan hari itu. Ingin rasanya aku terus pulang. Hati ini memberontak ingin bertemu Kak Long.
Deringan lonceng penamat sesi pembelajaran hari itu benar2 menggembirakanku. Aku bergegas mengemas buku2 nota ku dan memasukkan ke dalam beg ku. Aku mengorak langkah pantas menuruni anak tangga dan terus keluar dari pintu pagar utama. Kehangatan mentari hari itu tidak ku rasakan. Perasaan ku yang bercampur baur dan membuak-buak ketika itu memaksa aku mengorak langkah lebih pantas.
Setibanya aku di perkarangan rumah, aku terpaku. Degup jantungku kian pantas. Ku lihat ayah sedang berbincang dengan imam Ghazali, imam masjid kampung Seroja ini. Pak Long pula bersama beberapa orang pemuda kampung sibuk mengurus sesuatu. Kak Long nak khawin? Aku maju setapak lagi. Namun, langkah ku terhenti lagi. Mak Ngah menangis. Mak Cu menepuk pundak Mak Ngah. Mata Mak Long bengkak, merah. Salina dan Rosidah, kawan baik Kak Long berpelukan sambil bahu mereka terhenjut-henjut. Sedih? Pilu? Kak Long? Aku meluru masuk.
Bacaan yassin memenuhi ruang rumah. Sekujur tubuh di ruang tamu kaku terbaring berlitup dari kepala ke hujung kaki. Aku lihat ibu di sisi tubuh itu. Wajahnya tenang tanpa setitis air mata. Merdu suara ibu membaca yassin diiringi sendu jiran2. Selimut putih itu ku buka. Ya Allah!, Kak Long! Pandangan ku gelap. Kini, barulah aku mengerti mengapa Kak Long beria-ia hendak pulang awal dari kampus. Aku, ibu dan ayah tidak pernah menduga tentang penyakit Kak Long.
UPSR tahun ini bagaikan tidak bererti bagi ku. Namun, mengenangkan wasiat Kak Long untuk mendapat keputusan cemerlang, membakar semangatku. Walaupun aku Cuma mendapat 4A dan 1B dalam UPSR, aku tabah, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Pesan Kak Long berlegar di ingatan.ibu memberikan aku sebuah kotak kecil. Sebuah kotak muzik berbentuk piano Kristal kecil, berada di dalamnya. “Kak Long pesan beri pada Lia kalau dapat keputusan cemerlang”, ayah bersuara. Air mata ku berlinang tanpa dapat ku bendung.
“Tahniah, Lia”, kucupan mesra hangat daripada ibu singgah di pipi kiri ku. Mematikan monolog ku yang panjang. Jari-jemari ibu menyeka air mata ku. Air mata berharga, sebuah kenangan empat tahun lalu. “ sudahlah… kemas beg tu. Ibu dan ayah tunggu Lia kat bawah”. Ibu mengusap rambut ku. Potret Kak Long dan piano kecil itu ku sumbatkan ke dalam beg galas ku. Boring tawaran ke sekolah berasrama penuh itu ku gulung. Kak Long, Lia dapat 8A dalam PMR.

Nukilan,
nurul faezah
3 amanah

*Dipetik daripada majalah SEMESTA SMK Umas-umas edisi ke-3 2004.




Wednesday, February 15, 2012

Edit mudah dan cantik

Cari pic yang ingin di edit

Rotate and flip pic tersebut supaya image yang dikehendaki berada dalam keadaan tegak (menggunakan microsoft office).


Crop image seperti dalam pic di atas.

Hasil yang diperoleh.

Putihkan bahagian tepi image menggunakan brush tool yang terdapat dalam perisian adobe photoshop.

sesudah itu, ambil 1 pic sebagai latar dan gabungkan pic yang telah anda crop tadi sehingga anda berpuas hati.

Anda akan dapat hasil seperti ini.

Untuk lebih menarik lagi, gunakan retouch yang terdapat dalam edit picasa.

Anda boleh meletakkan teks yang bersesuaian seperti dalam gambar di atas dan inilah hasilnya...

Contoh gambar yang terhasil melalui kaedah yang sama. SELAMAT MENCUBA!!

*Now everyone can edit. Aku pengembara akan mendedahkan kaedah seterusnya pada minggu hadapan....


Wednesday, February 1, 2012

Love: Lembaran terakhir untukmu sayang


kepangkuan Faiz yg dirindui, semoga dalam rahmat Allah swt. Maafkan Shasa jika warkah ini mengundang 1001 persoalan dalam diri Faiz. Mungkin ini yg terbaik yg pernah Shasa lakukan untuk Faiz.

Di sini, Shasa ingin meluahkan apa yg terbuku di hati Shasa selama ini. Shasa akui, sejak kita bertemu dulu, hidup Shasa tak pernah sepi. Boleh dikatakan hari-hari yg Shasa lalui tak sempurna tanpa celoteh dan lawak-lawak bodoh dari Faiz. Kekadang meluat juga Shasa tengok perangai Faiz tu..

Ingat lagi tak first day Shasa masuk kelas Faiz hari tu, Faiz dengan kawan-kawan Faiz yg lebih-lebih. Rasa macam nak baling je dengan kasut Jazz Star Shasa yg saiz 2 tu. Nasib baik la Shasa student baru lagi masa tu. Tapi, kalaulah diberi peluang, ingin pula rasanya Shasa kembali ke masa itu. Memanglah Shasa akui waktu tu memang Shasa sakit hati. Siapa pun sakit hati kalau asyik kena kacau je. Macam la takde orang lain lagi nak kacau. Lepas tu, waktu rehat dengan muka tak malu depan semua orang, Faiz jerit ‘I love Nursyafiqahhhhhh!!’. Masa tu Shasa buat selamba je walaupun dalam hati malu bagai nak gila.

Faiz, sebenarnya bukan Shasa tak mahu meluahkan kata-kata itu dari bibir Shasa sendiri, tapi Faiz pun tahu jurang antara kita begitu luas. Faiz masih belajar, Shasa pun masih belajar. Perjalanan kita masih panjang Iz. Walaupun begitu, di sini Shasa berani mengatakan yg Shasa pun ada perasaan dengan Faiz. Itu Shasa tak boleh tipu. Mesti Faiz terkejut, tapi itulah realitinya.

Faiz, Sasha tahu saat Faiz baca surat nie, Sasha sudah berada jauh dari Faiz. Faiz jangan nangis ya. Faiz mesti kuat macam Faiz yang Sasha kenal dulu. Sasha terpaksa buat keputusan ini walaupun Sasha tahu malam-malam yg bakal Sasha tempuhi selepas ini penuh dengan air mata. 7 bulan Faiz. 7 bulan yg kita lalui bersama bukan satu tempoh singkat. Banyak memori indah telah kita lakar bersama dan bumi Kulai inilah menjadi saksi.

Sebelum air mata ini mengalir lebih deras lagi, rasanya cukup setakat ini yg dapat Sasha coretkan. Sebelum itu, ada sesuatu yg Sasha nak ungkapkan yg tak termampu lidah ini ungkapkan depan Faiz. Satu perkataan ikhlas dari hati..

I love U so much..
                                       
                                                                                                                           Terlanjur mencintaimu,
                                                                                                                                        Sasha.
                                                                                                                         (Nursyafiqah Kamarudin)

*kisah benar luahan ikhlas seorang kekasih. ikuti luahan seterusnya minggu hadapan :-)