AKU PENGEMBARA: 09_11


Thursday, September 29, 2011

Mengapa kita cepat sangat menghukum?

"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol bukan atas kerelaannya..

"Ada sorang wanita.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badannya bertambah..

"Ada sorang orang tua.. Matanya buta.. Telinganya takde.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negara..

"Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. kita lihat tapi Kita tak taw apa disebaliknya.. Mengapa manusia cepat sangat menghukum..?"

p/s: Share post ini ngn kawan2.. mungkin mereka lebih memahami apa yg tersirat..

                                                      *Thankzz 4 Fazza Ridhvuan Zaimi

 

Tuesday, September 27, 2011

Kata-kata cinta & semangat untuk mu

Mengenali seseorang itu mampu memberi sejuta  rasa pada kita, gembira.. sedih.. rindu.. benci.. dan sayang.. tapi sedarkah kita, mengenali seseorang itu sebenarnya satu ANUGERAH.. biarpun hadirnya Cuma seketika dan sekadar teman sementara.. bersyukurlah dengan kehadirannya kerana melaluinya
kita dapat mengenal erti PERSAHABATAN..

Berkawanlah selagi ada hati, Bercintalah selagi dia sudi, Bergembiralah selagi ada teman di sisi, Dan.. Ingatlah aku selagi terasa ia bererti.


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati untuk kita mencarinya.. itulah cinta.....


ada KaLa kiTa x Taw bEtapa DaLam ciNta kiTa.... mEnCinTai, Menyayangi, dAN MeRinDui Nya meMbuaT kiTa sEntiasA ingIN bEraDa dSisi nYa... meNdENgar TaWa nYa , MeLihaT sEnyuM nya i2 SudA CUkuP BerHarga uNtuk KitA.... LoVe 4 mE anD Love 4 u.... :)


Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.


Andai kau sayang pada ku kerna tutur bicara ku, ketahuilah aku mungkin menyakitimu dgnnya.. Andai kau sayang pada ku kerna peribadiku, ketahuilan bahawa aku tak sempurna.. Andai kau sayang pada ku kerna kita sering bersama, ketahuilah yg aku akan meninggalkan mu jua.. maka sayangilah dan terimalah diri ini seadanya …

Ku punyai sepasang mata, tapi tak dapat melihat mu setiap masa.. ku punyai sepasang telinga, tapi tak dapat mendengar suara mu setiap ketika.. tapi ku punyai satu hati yg menyayangi mu sampai bila-bila…
Bahagia rasanya bisa menikmati hidup ini bersamamu sayang. Pilihanku tak pernah salah..


Tuhan menjadikan wanita cantik dan bodoh; cantik, sehingga lelaki mencintainya; dan bodoh, sehingga wanita itu mencintai lelaki itu.


Aku memiliki sepasang mata, tp tdk dapat selalu melihatmu.
Aku memiliki sepasang tangan, tp tdk dapat selalu melindungimu.
Tapi aku memiliki sebuah hati, yang selalu berdoa untukmu.

Kamu tidak mencintai istrimu karena dia cantik,
namun dia cantik karena kamu mencintainya dengan sepenuh hatimu.

Secercah kasih membuat kita sayang, seucap janji membuat kita percaya, sekecil rindu membuat kita kangen, tapi sebuah cinta selamanya bermakna...keindahan cinta akan terlihat jika kita bisa menerima cinta itu apa adanya..


Seseorang yang mencintai kamu,
jarang memujimu.
Tetapi di dalam hatinya
kamu adalah yang terbaik.


MENCINTAI SESEORANG TIDAK MESTI HARUS .MEMILIKI, NAMUN MEMILIKI SESEORANG MAKA HARUS BAIK-BAIK MENCINTAINYA.


✿Lelaki yang BAIK ► lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya
✿Lelaki yang COMEL ► lelaki yang berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
✿Lelaki yang SWEET ► lelaki yang selalu bercakap dengan nada yg rendah
✿Lelaki yang ROMANTIK ► lelaki yang menhadiahkan sebuah doa setiap hari
✿Lelaki yang CHARMING ► lelaki yang mengingatkan si dia tentang ibadat
◕Itu lah LELAKI yang menjadi igauan wanita.. InsyaAllah ♥•♥•♥•♥•


Bila sahabat kata SUKA, tidak semestinya dia CINTA, ini sebab anda TEMAN yang layak diCINTAi, bila sahabat CEMBURU, tidak semestinya dia CINTA, ini sebab anda teman yang BAIK bila jalinkan perSAHABATan, bila sahabat kata RINDU, tidak semestinya dia CINTA, ini sebab dia RINDU teman sebaik anda.. ini bermakna saya berhak kata saya SUKA pada awak, CEMBURU bila awak ketepikan saya, RINDU bila awak lupakan saya.. inilah hebatnya jalinan PERSAHABATAN..


Mengenalimu satu kebahagiaan, Bergurau denganmu satu keriangan, berjauhan denganmu satu kerinduan, menyakiti hatimu satu kesilapan, berpisah denganmu satu kepiluan, kerana tanpamu di sisi aku KESUNYIAN...

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita...

 *kata-kata nie aku cut and paste dari inbox fon aku.. sayang pulak nak buang.. so, aku letak la kat blog aku.. at least bermanfaat la jg.. khas untuk anda..:)


Thursday, September 22, 2011

Misteri disebalik tidur


Post kali ini Aku pengembara ingin berkongsi satu petua yang terbukti keberkesanaannya tetapi sangat sedikit bilangan yang melakukannya. Anda mungkin pernah mengalami masalah sukar untuk bangun pagi. Ini adalah perkara biasa yang didorong oleh pelbagai faktor termasuklah faktor lewat tidur. Hal ini kekadang tidak dapat dielakkan oleh sesetengah orang yang menjadikan waktu malam sebagai waktu terbaik untuk mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Jadi, disini Aku pengembara akan memberikan tips berguna walaupun anda tidur lewat pagi tetapi anda boleh terjaga tepat pada waktu yang anda inginkan. Jika anda tidur pada pukul 4 pagi dan anda ingin bangun tepat pukul 5 pagi, anda boleh melakukannya. Ikuti langkah-langkah di bawah.

step 1: bersihkan tempat tidur anda terlebih dahulu menggunakan selimut anda ataupun benda yang sewaktu dengannya. (di khuatiri tempat tue da ada yang tempah awal.. yang nie hati-hati)

step 2: duduk di atas tempat tidur anda dan imbas kembali apa yang anda telah buat dalam sehari. berapa banyak kebaikan dan kejahatan yang telah anda lakukan.

step 3: kosongkan fikiran (ambek feel.. hehe) sambil menadah tangan baca surah al-fatihah, 3 Qul dan ayat kursi kemudian hembuskan ke seluruh badan. (YG NIE PALING PENTING).

step 4: baring mengikut keselesaan anda tetapi elakkan daripada tidur mengiring ke kiri kerana posisi sebegini jantung kita akan berada di bawah.. ini menyukarkan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. seelok-eloknya mengiring ke kanan.

step 5: maafkan semua orang yang pernah buat salah kepada anda kemudian set dalam kepala anda bilakah waktu untuk anda bangun.

*apabila anda melakukan kesemua di atas dengan betul, jangan khuatir kerana anda akan terjaga tepat pada waktu yang telah anda set dalam minda anda. tapi ingat, jika anda telah terjaga sebelum waktu yang ditetapkan, jangan tidur semula kerana ia akan menyebabkan tips ini tidak berhasil.. SELAMAT MENCUBA..

Tuesday, September 20, 2011

Pesanan penting Johan Raja lawak

Assalamualaikum..

Pada hari  ini saya akan bercerita pasal BATU.. saya nak  berkongsilah  sikit dengan anda semua.  kalau kita tengok dalam Negara kita, kita ada nama-nama tempat yang berkait dengan batu. Contohnya, Batu Gajah di Perak, Batu Berendam di Melaka, dan Batu Buruk di Terangganu.
Tapi bukan batu itu yang saya nak cerita.. ada org mengatakan tentang batu juga, ulat dalam batu pun boleh hidup. mula-mula saya tak percaya adakah ulat dalam batu boleh hidup? Tetapi selepas saya mengkaji, membaca dan melihat sendiri, saya dapati bukan ulat dalam batu sahaja boleh hidup malahan ramai orang lagi yang tinggal dalam batu.. contohnya batu caves.. haha.. masih ramai lagi yang hidup dalam batu.
Batu juga boleh kita kaitkan dengan posmen. Posmen sekarang kalau diorang hantar surat, berbatu-batu jauhnya.. masuk pula dalam batu. Maksud saya masuk dalam letter box la.. rumah orang kayakan semuanya batu.. tapi berbeza  dengan orang-orang dahulu. Dorang x hantar surat tapi dorang hantar batu.  Pasal apa dulu xda kertas,dorang tulis semua atas batu. Itu xpa lg, macam mana pula posmen tukang angkatnya. Dah angkat berat satu hal, dari Melaka sampai Kelantan.. x sampai Kelantan, sampai Terangganu batu turun.. x larat da nak angkat.. lantak lah.. tapi kalau nak tengok batu tu ada kat Tertangganu ya, iaitu batu bersurat. Haha


Sebenarnya bukan batu bersurat yg saya nak cerita..saya nak bercerita tentang batu api. Batu api nie lebih kepada sifat melaga-lagakan org atau meracun-racun org x kira la kita punya masyarakat, negara atau adik-beradik. Masalah batu nie bukan ada zaman sekarang je.. masalah batu nie dari dulu lagi sejak pertama zaman kejadian manusia lg.. bagaimana syaitan menggoda nabi Adam dan Hawa supaya makan buah khuldi maka mereka pun jatuh la ke bumi..
Cerita batu api nie lebih kurang macam cerita saya la. Pendekkan cerita, masa permulaan dulu saya nie jual kereta. Jadi saya masok meminangsampailah minggu depan saya tukar saya punya profesion jadi ahli muzik. Jadi bila masok meminang nie, bakal mak mertua saya reject. Saya Tanya bakal mak mertua saya  “mak napa mak tolak pinangan saya”. Mak dia da la garang dengan sirih dia “ apa ahli music, pantang nenek moyang aku khawin dengan ahli musik engkau tau.. buat apa kau menangis di sini, pergi kau menangis di sana bersihkan kubur.. memeng tempat kau di sana!!”. Saya hampa. Jadi saya fikir apasal la bakal mak mertua saya reject saya punya pinangan. Rupanya pasal batu api nie lah. Rupanya bakal bapak mertua saya batu api.. itu yg x puas hati tu.. padahal main golf sekali tu. Dah la dia x reti main.. susah benar nak masukkan bola dalam lubang. Sampai saya yg bawa bola masok dalam lubang. Ambek hati punya pasal..
Apa bakal bapak mertua saya cakap, saya nie raja judi katanya. Astaghfirullah al adzim.. satu hari tu saya selaklah kamus cari bab 18, itu pun dia kata berjudi.. saya nak tikam nombor katanya.. sedihlah dia tuduh saya bukan-bukan.. jadi saya nak pesan pada anda semua.. permulaan kisah manusia daripada batu dan diakhiri dengan batu nisan. Sekian…

*****
Dipetik dan diubahsuai daripada persembahan Johan ketika awal kemunculannya dalam persembahan Raja lawak.. Aku pengembara pun x ingat minggu ke berapa Johan membuat persembahan ini.. apa pun itu semua x penting, yg menjadi persoalannya sekarang adakah kita batu api yg dimaksudkan oleh Johan itu… renung-renungkanlah..

Monday, September 19, 2011

Sedih: Aku rindu mama

kasih ibu membawa ke syurga..
kekadang kita nie x faham perasaan ibu..
duhai anak, sayangilah ibu selagi mereka masih bernyawa..


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Wednesday, September 14, 2011

I love you dalam pelbagai bahasa

I love you :)
1. Afrika - Ek is lief vir jou

2. Albania - te dua

3. Arab - Ana Ahebak / Ana Bahibak

4. Armenia - yes kez shat em siroom

5. Malaysia - Aku cinta kamu

6. Bangladesh - Ami tomake walobash

7. Bolivia - Qanta munani

8. Bosnian - Ja te volim / volim-te

9. Bulgaria - As te obicham / Obicham te

10. Camboja - bon saleng oun / oun saleng bon

11. Canada - Je t’adore

12. Catalan - T’estim

13. China (Mandarin) - Wo ai ni

14. Croatia - Volim te

15. Czech - Miluji Te

16. Danish - Jeg elsker dig

17. Dutch (Belanda) - Ik hou van jou

18. Ecuador - Canda munani

19. English - I love you

20. Eskimo - Nagligivaget

21. Ethiopia - afekereshe alhu

22. Filipina - mahal ki ta

23. French (Prancis) - Je t'aime

24. Georgia - Miquar shen

25. German - Ich liebe Dich

26. Ghana - Me dor wo

27. Hawaii - Aloha au ia`oe

28. Hindi - Main tumsey pyaar karta hoon / Maine Pyar Kiya

29. Hungaria - Szeretlek te’ged

30. Iceland - Eg elska thig

31. India - Mai Tujhe Pyaar Kartha Ho

32. Iran - Mahn doostaht doh-rahm

33. Irish (Irlandia) - taim i’ ngra leat

34. Italia - Ti amo / Ti voglio bene

35. Japan - Anata wa, dai suki desu

36. Kanada - Naanu ninna preetisuttene

37. Kenya - Achamin / Ninakupenda

38. Korea - SA LANG HAE / Na No Sa Lan Hei

39. Lebanon - Bahibak

40. Luxembourg - Ech hun dech gäer

41. Macedonia - Jas Te Sakam

42. Malaysia - Saya cinta kamu

43. Norwegia - Eg elskar deg

44. Persia - Tora dost daram

45. Portuguese - Amo-te / Eu te amo

46. Romania - Te iu besc

47. Russia - Ya vas liubliu / ya liubliu tebia / ya tebia liubliu / Ya polyubeel tebya

48. Spain (Spanyol) - Te quiero / Te amo

49. Srilanka - Mama Oyata Arderyi

50. Swahili - Naku penda

51. Swedia - Jag a”lskar dig

52. Swiss - Ch’ha di ga”rn

53. Syria - Lebanes BHEBBEK / Lebanes BHEBBAK

54. Thailand - Ch’an Rak Khun / Phom Rak Khun

55. Tunisia - Ha eh bak

56. Turki - Seni seviyo rum

57. Ukrainia - ja tebe koKHAju

58. Vietname - Em ye^u anh / Anh ye^u em

59. Welsh [New South Welsh) - ‘Rwy’n dy garu di

60. Yugoslavia - Ya te volim

Tuesday, September 13, 2011

23 petanda lelaki jatuh cinta

Antara tanda-tanda seorang lelaki jatuh cinta (love) kepada seorang wanita:

Love 1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Love 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Love 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Love 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Love 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

Love 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Dup dap dup dap.. :D

Love 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Love 12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Love 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

Love 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Love 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (agak-agak kalau kena tunggu 5 jam nek hangin ke tak? )

Love 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Love 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Love 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. (Aku tak sanggup gadai nyawa aku ;) )

Love 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Love 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

By Dato' Dr Hj Mohd Fadzhilah Kamsah

Monday, September 12, 2011

Awas!! Pengirim E-mail misteri.

Sebelum ini Aku pengembara berkongsi dengan anda kisah-kisah yg lebih cenderung kepada lawak sbg media untuk anda menghilangkan tention. Pelbagai maklum balas telah saya terima. Ada yg mengatakan post menghiburkan dan tidak kurang juga yg mengatakan lawak gilerrr sampai x tau nak kata apa. Apa-apa pun, terima kasih atas komen-komen anda. Saya Cuma memberikan yg terbaik untuk anda.


Post kali ini, saya mengajak para pembaca yg setia menyelami 1 lagi kisah cinta yg penuh dgn drama. Walaupun kisah ini bertemakan cinta, namun ianya berbeza dgn kisah-kisah cinta yg lain. Kisah ini hasil kiriman E-mail seseorang yg beriya-iya sangat kisah ini dikongsikan bersama. Saya sendiri x tau mengapa pengirim mendesak supaya kisah cintanya ini dikongsikan. Kisah ini telah diubah mengikut kreativiti Aku pengembara agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Apa-apa pun jom kita selami kisah PENGIRIM E-MAIL MISTERI…

Seperti yang korang tau nama aku Khamis bin Dawson Abdullah. Adapun aku dilahirkan pada hari sabtu tepat pukul 6.57 minit pagi, sampai ke hari nie aku pun tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue.. maybe hari khamis nie hari dier berkenalan dgn cinta hati dier kot.. mana lah aku tau kisah jiwang karat diorang nie.. takde kuasa aku nak ambek tau.. baik aku cerita pasal aku..

Dan untuk pengetahuan korang, aku nie jenis orang yg selekeh.. tapi aku tak tau apesal berjuta-juta awek merayu-rayu nak aku jadi pakwe diorang.. siap ada listing lagi.. maybe wajah aku kot yg buat ramai awek melutut.. biase la kacukan England Malaysia nie.. mak aku lahir sini bapak aku tue yg lahir kat England sana.. aku tetap syukur pada Illahi coz dapat parents yg baik mcm diorang.. kami cukup bahagia..  tapi ada satu bende sedih yg aku nak shere kat korang.. yg nie bukan pasal parents aku, tapi pasal awek-awek aku.. setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku.. itu yg aku bengang sekarang nie..

Yg terbaru Zizie, awek yang aku jumpe time aku beli burger kat pasar malam tempoh hari. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... kalau Zizie tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin.. dan tak akan khawin..

Pelbagai onak duri kami lalui bersama. Dier pun makin sayang kat aku. Makin manja plak tue. Satu hari tue, aku keluar dating la ngn dier kat tepi pantai.. nak bagi romantik siket. Zizie akan bersungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok..

Bukan x mau bawa, tapi aku tak sanggup coz aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah last aku akan jumpa Zizie... Zizie sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku dengar... aku cakap kat dier... .baiklah.. esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis..  . Zizie senyum manja dengar jawapan aku.. aku pun apa lagi, cair la tengok dia senyum macam tue.. cute gilerr budak nie..

Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku melihat senyuman Zizie...
Zizie terus menghaibkan diri tak tahu ke mana... puas aku cari dier tapi x jumpa.. aku try call pun dier x angkat.. aku mesej pun dier x balas.. aku datang rumah pun adek dier kata dier xde.. aku dah agak dah benda nie mesti terjadi punyer..  satu minggu aku tak keluar rumah.. sedih gilerrr.. makan pun aku tak lalu.. aku dah banyak korban untuk dier.. segala-galanya telah aku bg kat dier.. Aku pernah kata aku nak khawin ngn dier.. kali nie aku betul-betul serius nak kan dier.. aku ingat dier la cinta mati aku tapi aku silap… mungkin aku hanya seorang driver dan tak layak untuk dier… aku pasrah…………

satu je aku nak nasihat kat korang, Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti.. mahu tak mahu korang kena naik jugak kereta aku nie.. gerenti!!!


Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian
Kg. Indah Telur Masin Blok 32.


Tuesday, September 6, 2011

Lawak pecah perut kisah telur rebus

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

 bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia tutup mata ku dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal rasa nak kentut pun ada, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Kisah telur rebus

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..

sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...

ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!