AKU PENGEMBARA: 08_11


Thursday, August 25, 2011

Oh, isteri ku Liza!

Menarik dan menyentuh jiwa.. aku pernah baca kisah tragis nie 3 tahun yg lalu.. x sangka pula baru2 nie aku buka 1 blog, aku jumpa balek kisah nie.. kisah nie x la sedih sangat.. tapi boleh laa.. so, aku nak kongsi la dengan korang.. mungkin ada yg kena di hati.. so, enjoy the story..

 

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......

Tuesday, August 23, 2011

9 Siti yang patut dicontohi

9 Siti yang patut dicontohi
 

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti'ah

Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
 
# 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah. 

Thursday, August 18, 2011

Jenis-jenis kentut yang perlu anda ketahui

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.
* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.
* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.
* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.
* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.
* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.
* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".
* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.
* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.
* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.
* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".
* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.
* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.
* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik.... :)

Dimanakah anda? :P

Tuesday, August 16, 2011

100 manusia paling berpengaruh

Buku yang menjadi bacaan seluruh dunia..

The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Terbitan New York: Carol Publishing Group/Citadel Press karya Michael H. Hart, 1978.



Di bawah ini merupakan senarai 100 manusia paling berpengaruh di dunia. Jom kita lihat:

1 Nabi Muhammad SAW
2. Isaac Newton
3. Nabi Isa
4. Buddha
5. Confucius
6. Saint Paul
7. Tsai Lun
8. Johan Gutemberg
9. Chirstopher Columbus
10. Albert Einstein
11. Karl Marx
12. Louis Pasteur
13. Galileo Galilei
14. Aristoteles
15. V.I. Lenin
16. Nabi Musa
17. Charles Darwin
18. Chin Huang Ti
19. Agustus Caesar
20. Mao Tse-tung
21. Genghis Khan
22. Euclid
23. Martin Luther
24. Nicolas Copernicus
25. James Watt
26. Constantine the Great
27. George Washington
28. Michael Faraday
29. James Clerk Maxwell
30. Orville dan Wilbur Wright
31. Antoine Laurent Lavoisier
32. Sigmund Freud
33. Iskandar Zulkarnaen
34. Napoleon Bonaparte
35. Adolf Hitler
36. William Shakespeare
37. Adam Smith
38. Thomas Edison
39. Anton van Leuwenhoek
40. Plato
41. Gugleilmo Marconi
42. Ludwig van Beethoven
43. Werner Heisenberg
44. Alexander G. Bell
45. Alexander Fleming
46. Simon Bolivar
47. Oliver Cromwell
48. John Locke
49. Michelangelo
50. Paus Urban II
51. Umar bin Khatab
52. Asoka
53. Sain Augustine
54. Max Planck
55. John Calvin
56. William Morton
57. William Harvey
58. Antoine Becquerel
59. Greger Mendel
60. Joseph Lister
61. Nicholas August Otto
62. Louis Daguerre
63. Joseph Stalin
64. Rene Descartes
65. Julius Caesar
66. Francisco Pizarro
67. Hernando Cortes
68. Ratu Isabella I
69. William the Congqueror
70. Thomas Jefferson
71. Jean Jasques Rousseau
72. Edward Jenner
73. Wilhelm Rontgen
74. Johan Sebastian Bach
75. Lau-tzu
76. Enrico Perni
77. Thomas Maltus
78. Francis Bacon
79. Voltaire
80. John F. Kennedy
81. Gregory Pincus
82. Sui Wen Ti
83. Mani (Manes)
84. Vasco da Gama
85. Charlemagne
86. Cyrys the Great
87. Leonard Euler
88. Nicollo Machiavelli
89. Zoroaster
90. Menes
91. Peter the Great
92. Mencius
93. John Dalton
94. Homer
95. Ratu Elizabeth I
96. Justinian I
97. Johannes Kepler
98. Pablo Picasso
99. Mahavira
100. Niels Bohr

Nampak tak? Jika penulis buku tersebut, Hart mampu mengenali Rasulullah sebegini dekat bermakna Hart mengkaji dengan terperinci seluruh sejarah riwayat hidup sehingga kewafatan Baginda. Kenapa Hart memilih Nabi Muhammad S.A.W?
"Saya memilih Muhammad bagi mengetuai senarai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Akan tetapi Baginda merupakan satu-satunya dalam sejarah dunia yang mencapai kejayaan yang paling gemilang yang tidak sahaja dalam agama malah di peringkat sekular (dunia)," kata Hart.
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah manusia yang teragung selamanya dan mampu memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak. Allahumma solli ala saidina Muhammad.

Pautan

Monday, August 15, 2011

Wajah baru artis Malaysia


Berikut saya kumpulkan setakat yang saya dapat artis-artis yang berkenaan. Semoga akan ramai lagi artis yang akan menurut jejak langkah mereka nanti, agar kita semua mendapat kebaikan dan manfaat darinya. Lagi pun artis sangat berpengaruh kepada masyarakat. Jika artis tidak mengambil peluang untuk berdakwah ke jalan yang benar, maka sayang seribu kali sayang lah kerana peluangnya amat terbuka luas.

1 - Ustaz Akhil Hayy

Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia iaitu D'Riyadh.

Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran 'Ustaz Rock' kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.
2 - Azmil Mustafa

Azmil Mustafa adalah seorang pelakon Melayu lelaki yang menjadi fenomena pada lewat tahun 80-an. Antara filem-filem yang yang melonjakkan nama beliau seperti Ali Setan (1985) dan Ali Setan 2. Filem-filem lain beliau seperti Mekanik (1983), Iman Alone (1998), Fifty/Fifty (1991).

Namun kini beliau telah bersara dari dunia lakonan dan lebih menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah-ceramah agama.

"Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah.

Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya.

Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu."

3 - Noorkumalasari
Noor Kumalasari lahir pada tahun 1956 di Singapura. Beliau merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang terkenal pada 1970-an dan 1980-an.

Noorkumalasari merupakan anak kepada S. Roomai Noor dan Datin Hajjah Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.

Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut mengacara, antaranya Anugerah Juara Lagu 1987.

"Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang target untuk berubah. Bila saya bercerai dan tiga tahun menjanda, sembahyang pun bukan semua waktu... Noor berdoa, kalau ada jodoh lagi Noor nak seorang suami yang dapat membantu Noor dekatkan diri dengan Allah.

"Alhamdulillah lepas 3 tahun jumpa suami sekarang... dia dulu moden juga... apa yang (saya) minta Allah makbul..." cerita NoorKumalasari kepada Damaitv.

4 - Aishah
Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand.

Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Kumpulan itu popular dengan lagu-lagu seperti 'Call me' , 'Sensation' , 'Paradise' dan beberapa lagi.

Aishah telah berpecah dengan kumpulan Fan Club pada tahun 1992 dan seterusnya menjadi penyanyi solo.

Aishah telah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 30hb April 2010. Pasangan ini telah bernikah di Narathiwat, Thailand.

5 - Mel (Wings)
Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu.

Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial.

Baru-baru ini Mel muncul dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya. Kata Mel, dia menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana dia pernah bersama Wings satu waktu dulu. Namun kata Mel ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Dia selesa dengan kehidupan sekarang.

Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan. [mStar - 7 Mei 2011]

6 - Wardina
Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot lahir 5 Jun 1979 di Kuala Lumpur, ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja.

Wardina mempunyai darah campuran Australia oleh bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya. Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

7 - Ashraf Muslim
Ashraf Muslim lahir pada 19 September 1981, di Teluk Emas, Melaka. Beliau merupakan anak pertama dari 7 orang adik beradik.

Ashraf merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi filem 'Aku Masih Dara', dan drama-drama tempatan seperti Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Puaka Niang Rapik, Ustaz Amirul dan beberapa lagi.

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional bersama Ustaz Lokman Abdul Hamid, iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak , Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.

8 - Bob Lokman
Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman berasal dari Kubang Krian, Kelantan. Lahir pada tahun 1964 dan kemudian bersekolah dan menetap di Selangor.

Beliau merupakan seorang penulis lirik, pencipta lagu, pengurus artis dan kumpulan muzik, pelawak dan juga pelakon. Pernah menjadi Penulis Lirik Terbaik di Anugerah Juara Lagu TV3 tahun 1989 bagi lagu Isabella yang dinyanyikan oleh kumpulan Search.

Beliau kini telah menyertai parti PAS dan bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah dan juga politik. Beliau juga masih tidak menolak jika ada tawaran berlakon, tetapi akan memilih watak yang sesuai dengan dirinya sekarang.

Bob merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali (1870 - 1933). Menurut beliau, kematian rakan seni secara mengejut membuatkan dirinya semakin mahu mendekati dan mentaati Allah.

“Sebelum ini saya kaya, pendapatan 30 ribu hingga 50 ribu sebulan hasil perniagaan tetapi kekayaan itu tidak memberi ketenangan dan ketenteraman kepada saya. Kemudian saya jatuh, kejatuhan pertama menjadikan saya lupa dunia,” akuinya jujur.

Kemudian beliau kembali dilimpahi kekayaan yang berganda namun kekayaan itu membuatkan isterinya lari dan dirinya mengalami masalah tulang belakang hingga lumpuh selama lapan bulan.

“Kekayaan waktu itu tidak menjamin kebahagiaan kepada saya hingga isteri lari dan saya mengalami lumpuh. Kejatuhan kali kedua ini membuatkan semangat saya bertambah kuat dan saya lebih mendekati Allah walaupun ketika itu pendapatan saya tidak ada langsung.

“Saya tahu semua itu adalah atas kehendak Allah, ada masanya dia beri dan ada masanya dia tarik, saya redha atas apa yang berlaku. Bagaimana pun saya tetap akan berusaha mencari rezeki yang bersesuaian dengan diri saya,” katanya.

“Saya tidak tahu bila akan mati tetapi dapat rasai umur tidak panjang kerana sudah dua kali sepatutnya mati akibat serangan jantung tetapi Allah masih memberi peluang, panjangkan umurkan saya.

“Saya mahu mati dalam Islam, tidak mahu mati dalam keadaan leka mencari wang”, ujarnya yang banyak membaca buku agama, mendengar ceramah dan mendekati golongan agama dan seterusnya menyertai jemaah kerana melalui cara itu beliau akan memperolehi apa yang dikehendaki selama ini.

9 - Iwan
Bagi peminat irama dangdut sekitar 90-an, nama Wan Syahman Wan Yunus, 50, atau lebih dikenali dengan panggilan Iwan Dangdut pastinya menjadi sebutan.

Ingat dangdut, ingat Iwan kerana anak seni kelahiran Aceh, Indonesia ini dikatakan pencetus kebangkitan irama dangdut di Malaysia.

Kejayaannya bersama Amalina membuka laluan kepada irama berkenaan seterusnya kepada kemunculan beberapa penyanyi dangdut seperti Sheeda, Mas Idayu dan Haiza.

Lagu-lagu yang dinyanyikan Iwan seperti Memori Daun Pisang dan Wulan masih diminati sehingga kini.

Namun, semua itu sudah lama ditinggalkan apabila Iwan sudah berhijrah dengan melakukan perubahan dari segi penampilan dan mendalami ilmu agama sejak dua tahun lalu.

Dia mula dengan menyertai tabligh sekitar 2009 diikuti mendalami ilmu agama bersama beberapa ustaz, tetapi cintanya kepada dunia nyanyian tidak pernah padam. [Harian Metro]

10 - Erma Fatima
Fatimah bt Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia.

Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987.

Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau. Filem pertama yang beliau arahkan ialah 'Perempuan Melayu Terakhir' lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan.

Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Arahan terakhir beliau setakat ini adalah filem 'Diva Popular' yang menggandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn.
11 - Sham Kamikaze
Shamril Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze adalah bekas pemain gitar utama kumpulan rock Kamikaze.

“Hati saya mula terbuka apabila Allah menemukan saya dengan Imam Satu Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais ketika saya merayau-rayau di utara.

“Orang kata, memang susah untuk orang biasa berjumpa imam besar itu. Sejak itulah, saya percaya ada hikmah tersembunyi yang ingin Allah berikan.

“Syukur saya akhirnya mendapat petunjuk daripada Allah. Sekurang-kurangnya, saya tidak lagi hanyut dengan pelbagai perkara yang melalaikan,” katanya.

“Saya akui, dulu saya jahil. Dengan penampilan memakai subang dan pakaian tidak sopan serta melakukan pelbagai perkara yang menyalahi agama.

12 - Catriona Ross
Catriona Noorhayati Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross @ Cat, adalah seorang pelakon yang berkacukan Melayu dan Scottish.

Tentang pemakaian tudung, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai 2010.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

“Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. [Harian Metro]
13 - Sheila Rusly
Sheila Rusly merupakan pelakon komedi Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Sheila dilahirkan di Selayang pada 1970, memiliki darah campuran Melayu dan Cina. Dia mula bergiat aktif di persada seni sejak tahun 1986 ketika berusia 16 tahun.

Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.


14 - Seniwati Datuk Sarimah
Datuk Sarimah Ahmad lahir pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang, lebih dikenali sebagai Sarimah dan merupakan artis Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya oleh Allahyarham P. Ramlee.

Beliau diberi pengenalan umum melalui filem Ali Baba Bujang Lapok. Seorang yang cepat bersinar bintangnya. Diantara filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.

Filem-filem lain lakonannya ialah Si Tanggang, Indera Bangsawan, Lubalang Daik, Neracha, Raja Bersiong, Ranjau Sepanjang Jalan, Warna-warna hati, Sepi itu indah, Momok the movie dan sebagainya lagi.

Merupakan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Dia Ibuku pada Festival Filem Malaysia ke-2, 1981.

SUMBER

Thursday, August 11, 2011

Khubah terakhir Rasulullah s.a.w

Sblm aku smbung stdy kat LimKokWing nie, ada la sekali 2 aku kemas2 bilik.. packing barang la katakan.. kan jalan jauh.. semua buku2 yg x guna time skolah aku buang, yg slebihnya aku simpan dalam bilik.. siapa nak, datang la ambil.. haha.. pening juga mguruskan bilik nie.. 

Tapi aku tertarik dgn satu diari lama.. tengok dari luar, korang pun hilang selera nak baca diari buruk 2.. tapi sda menjadi kebiasaan, kalau nak buang something, aku baca dulu content dalam 2.. aku tertarik pada satu artikel dalam diari 2.. menarik.. di lembaran ini, aku kongsikanlah apa yg aku baca 2.. semoga artikel ini memberi manfaat kpd diri penulis khasnya seterusnya kepada pembaca umumnya..

Semoga bermanfaat

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriyah di lembah uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yg hendak aku perkatakan. Aku x tahu apakah aku dapat bertemu lagi dgn kamu selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada org-org yg tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sbg suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap org muslim sbg amanah suci. Kembalikanlah harta yg diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yg berhak. Jgnlah kamu sakiti sesiapa pun agar org lain tidak menyakiti kamu lg. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitrungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yg melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara benar, maka jaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka jg mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka jg berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamudengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantumu yg setia. Dan hak kamu  atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan org yg kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang 5 kali sehari, berpuasa di bulan ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kpd muslim yg lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yg lebih mulia dari yg lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah kamu akan menghadap Allah pada suatu hari utk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yg telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jgn sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusi tiada lagi nabi atau rasul yg akan datang selepasku dan tidak akan lahir agam baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yg telah aku sampaikan kpd kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah al-quran dan sunnahku.

Hendaklah org-org yg mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada yg lain. Semoga yg terakhir lebih memahami kata-kata ku daripada mereka yg terus mendengar dariku saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu..

Sekian... :(

Wednesday, August 10, 2011

Benarkah Niel Amstrong sampai ke bulan?

"Setapak buat saya, satu loncatan buat umat manusia", - Neil Armstrong


Itu adalah kata yang diabadikan oleh Neil Armstrong bila dia menjejakkan kakinya buat kali pertama di Bulan pada 20 Julai 1969. Tetapi persoalan yang timbul kenapa gambar-gambar yang diambil dan disiarkan oleh NASA terdapat banyak ralat dan "kesilapan teknik" hinggakan orang mula mempersoalkan..

Pernahkah Neil Armstrong jejakkan kaki di Bulan?

Persoalan 1 : Ada angin ke di bulan?
Bulan tidak mempunyai lapisan atmosfera seperti di Bumi. Ini bermakna tiada udara atau angin di situ. Jadi kenapa bendera yang dicacak di permukaan bulan boleh berkibar-kibar?

Persoalan 2 : Tapak kaki gergasi?
Kuasa tarikan graviti di Bulan hanya 1/6 daripada yang ada di Bumi. Namun begitu, seorang lelaki dengan berat 250kg sekali pun tidak akan dapat membuat kesan tapak kaki yang sebegini jelas dan dalam pada permukaan Bulan seperti yang telah dibuat oleh Neil Armstrong. Mungkin sut dia dibuat dari konkrit kot...

Persoalan  3 : Kapal kapas?
Kapal "Lunar Lander" yang dibawa oleh Armstrong dan Aldrin ini menggunakan kuasa sebesar 55 000kg untuk mendarat atau melancarkan dirinya balik ke angkasa. Jadi kalau Neil Armstrong seorang boleh meninggalkan kesan tapak kaki yang begitu jelas, kenapa kapal ini yang jauh lebih berat dan berkuasa tidak meninggalkan sebarang kesan di permukaan Bulan?

Persoalan 4 : Gambar studio ke?
Gambar Neil Armstrong sedang mengumpul sampel tanah yang diambil oleh Buzz Aldrin. Daripada refleksi imej Aldrin pada visor (penutup muka) Armstrong, ia menunjukkan seluruh badan Aldrin disinari matahari. Ini bermakna matahari berada betul-betul di hadapan Aldrin iaitu di belakang Armstrong. Habis kenapa gambar Armstrong tidak menunjukkan matahari?

Persoalan 5 : Mana bintang?
Perasan atau tidak, tiada sebiji bintang pun kelihatan dalam gambar yang diambil. Sepatutnya semua gambar yang diambil di Bulan lebih terang dan jelas berbanding yang diambil dari Bumi kerana ketiadaan lapisan atmosfera di Bulan. Lagi satu ialah keadaan angkasa yang vakum, tiada molekul udara atau bendasing terapung yang boleh memesongkan sebarang pancaran cahaya yang mungkin menjejaskan kualiti gambar. Pendedahan ini ada benarnya. tapi kita lihat pula pendedahan seterusnya..

Benarkah Neil Amstrong pertama kali ke bulan?

Benarkah Neil Amstrong merupakan manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan? Baru-baru ini telah terbongkar fakta yang mengejutkan mengenai keaslian foto yang dikeluarkan NASA..


Inilah yang dunia lihat tentang foto tersebut. Tetapi sadarkah kita ada bayangan yang tertutup dalam gambar tersebut? Sekarang mari kita lihat teliti gambar sebenarnya..




Oooh.. Sekarang terbukti, rupa-rupanya Pak Selamet merupakan orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan.Duluan Yang Sampai Di Bulan bukan Neil Amstrongg.. Hehe^^ jangan marah.

Monday, August 8, 2011

Makna disebalik kata-kata wanita

Disebalik kata-kata wanita

Apakah rahsia di sebalik kata-kata wanita? Setiap kata-kata wanita mesti ada makna di sebaliknya dan makna tersembunyi di sebalik kata-kata perempuan itu:

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, erk?
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi..
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, erk?

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yang 'dia’ dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah la.

Saturday, August 6, 2011

Artikel 18SX


Awak memang nakal (^_^)

# Artikel 18sx tidak terdapat dalam blog ini. Maaf kerana terpaksa mengecewakan anda semua. Tapi jangan risau, saya ada yang lebih baik daripada semua itu ^^.. Daripada melihat artikel 18sx, ada baiknya anda berkenalan dengan penulis blog yang berperangai pelik ini.. Huhu :D 

Owner blog
Tarik nafas dalam-dalam sebelum membaca penerangan di bawah..

Baru-baru ni saya dikejutkan dengan satu mesej yang bertanyakan siapa sebenarnya awak nie? Blog pun agak kreatif dan kekadang idea awak sukar dijangka.. BTW terima kasih la dik.. Ia lebih kepada satu dorongan kepada saya. Sebenarnya sedar atau tidak feedback sedemikianlah membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus memberikan informasi serta idea-idea bangang saya ini. Hehe.. Baiklah, bagi menjawab persoalan itu di sini saya sertakan beberapa fakta berkaitan agar tiada lagi keraguan dihati ^^.

Siapa saya?
Nama penuh Rizan bin Abdul Ali. Nama pena Aniq Bukhary (macam mana dapat nama nie, nanti kita cerita). Dilahirkan dari perut ibu pada 3o April 1991 bertempat di Hospital besar, Tawau. Adik-beradik seramai lapan orang dan anak ke-7 daripada lapan beradik. Mempunyai 21 orang anak buah sehingga tarikh ini (jangan terkejut). Tidak hairanlah jika Aniq Bukhary seorang yang mesra alam dengan kanak-kanak.

Favourite

Suka makan burger dan yang sewaktu dengannya seperti banjo, roti john dll. Hobi blogging, membaca dan mengembara tempat orang. Suka minum susu duch lady kotak yang ada tulis low fat selain tropicana twister. Masakan kegemaran masakan yang berwarna merah tak kira masak sos, masak cili ataupun sambal yang penting masakan itu pedas dan berwarna merah.

Buah kegemaran buah durian, kurma atau nama saintifiknya buah tamar, buah mata kucing dan pisang susu (Kat semenanjung tak tahu orang sebut pisang apa). Meminati dan respect dengan filem KL Gangster arahan Shamsul Yusuf dan filem Titanic arahan James Cameroon bagi international filem. Suka hiburan berentak rock dan sangat meminati selebriti Amy search selain Ustaz Azhar Idrus.

P/s: First sekali nak bagi tahu, kalau anda dapati ada kesalahan ejaan penulisan dalam blog ini, itu adalah perkara biasa (dalam setiap entri mesti ada sahaja yang salah eja). Confirm punyalah, jangan risau. Jika anda mendapati penggunaan kata ganti nama Aku, Saya, Admin, Aniq Bukhary dan Aku pengembara, itu semua merujuk kepada penulis blog. Digunakan mengikut keadaan (Jangan keliru)

Updated: 21 april 2013